Khamis, 16 Disember 2010

Luahan Rasa Di Petang Hari

Nak buat apa ek kalau kita rasa MARAH, TENSION, BENGANG dll ???
.
.
.
Rasa mcm nak marah je.. adakah ini symptom2 time pregnant??
.
.
.
Hmm sian kat baby aku.. lebih baik aku control je perasaan hati ni..
.
.
.
Just cool down n relax..
.
.
.
Hopefully everything will be OK..

I Need A Vacation !!

Hi there.. hari ni dah 15/12/2010.. dah masuk pertengahan disember rupanya.. cepat betul masa berlalu sampai kita tak sedar setiap detik berlalu adakah telah diisi dengan perkara2 yang bermanfaat dlm kehidupan kita?? hmm.. moga2 aku akan sentiasa dapat memperbaiki kelemahan diri dan memulakan setiap hari dengan azam dan semangat baru supaya hari ini lebih baik drpd semalam, esok lebih baik drpd hari ini, dan seterus dan seterusnya.....

Cuti tahun ni dah tinggal 11 hari, tapi cuti hubby plak dah tinggal 1 hari.. hmm.. hajat di hati nak gi bercuti sebab dah lama rasanya tak pegi bercuti makan2 angin.. rasa mcm bosan sgt2.. kalau la dpt gi bercuti kat pantai2 yang nyaman dan damai cam kat gambar bwh ni alangkah indahnya.. huhu.. mayb plan 4 next year la nampaknya.. i really need a vacation.. nak tenangkan minda yang semakin berserabut sejak akhir2 ni.. arggggghhhhhhh
.
.
.

Khamis, 9 Disember 2010

Jalan2

Seronoknya cuti 4 hari, terus sambung cuti sampai selasa sempena Maal Hijrah.. hari ni baru masuk keje.. bila dah cuti lama ni rasa malas pulak nak gi keje, rasa nak dok umah je main2 ngan aqilah.. hehe

Sabtu ari tu kitorg gi tgk movie cite Rapunzel.. memang best cite ni.. kelakar abis.. helmi pun tak abis2 gelak.. sesape yang belum gi tgk tu bole la gi tgk.. mmg recommended.. tak rugi punya..


Ahad pulak kitorg gi jenjalan kat MAHA 2010.. penatnya sesangat.. dah ler ramai org.. takde beli apa2 pun, just pegi sana tgk2 je.. ari isnin pulak gi jenjalan kat Menara KL.. wah, bestnya asyik jenjalan je kejenya.. =)

Jumaat, 3 Disember 2010

Latest Picture Of My Dear Daughter

Lama dah rasanya tak letak gambar aqilah.. Ni gambo2 latest aqilah.. Dah semakin besar dah dia skrg, dan banyak ragam jugak.. hehe
:: Bergambar di Taman Tasik Titiwangsa ::
:: Pandang apa ntah ni?? Tak ingat dah.. :: :: Bergambar di Zoo Melaka ::
:: Hepi nye dia beli topi baru :::: Gambar berlatarbelakang kan burung ::
:: Macam kepanasan je??... Sian dia ::
:: Jalan2 ke Jusco ::
:: Suka makan mushroom soup ::

Isnin, 29 November 2010

Coretan Hari Ini

Salam.. =)

Hari ni masuk lewat skit kat ofis sbb aqilah ada appointment klinik.. umurnya hari ni 1 tahun 7 bulan 6 hari.. hari ni aqilah diberi last injection bagi tahap baby.. skrg ni bukan main lasak lagi, berlari ke sana, berlari ke sini, kalau tak dikawal mmg diterjahnya semua bilik2 yang ada kat klinik tu.. kdg2 tu mmg hilang sabar jugak tapi kena la sabar menangani perangai dan kerenah anak yang semakin membesar ni.. aku ni jenis sabar skit, kalau ayahnya sure dah kena babab dah.. hehehe.. alhamdulillah aqilah dah recover drpd cirit-birit yang dihadapi last week.. semoga anakku akan sentiasa ceria dan bersemangat untuk meneroka pengalaman dunia kanak2 nya.. bila ye nak start ngajar anak mengaji?? insya' Allah nanti bila aqilah dah bole fokus dan menerima pengajaran, aku nak ajar dia ngaji, membaca, mengeja, mengira dsb.. insya' Allah..

Jumaat, 26 November 2010

My Pregnancy Moment

Alhamdulillah.. my 2nd pregnancy dah masuk minggu ke-19.. semalam ada checkup bulanan mcm biasa dan scaling gigi.. checkup bulanan mcm biasa, check air kencing, check tekanan darah, timbang berat, check Hb darah dan check perut.. alhamdulillah result semuanya normal.. dapat gak dgr jantung bb semalam.. rasa tak sabar plak nak nak gi scan perut.. kemudian tengahari pulak pegi klinik gigi sebab ada appointment scaling gigi.. punya la nervous sbb ni 1st time nak buat scaling gigi, masa 1st pregnancy dulu doktor ada cuci skit2 je.. aduh time buat scaling tu memang sakit dan nyilu especially bila tang tepi2 gusi tu.. banyak la jugak darah yang kuar.. huhuhu.. tapi ok la jugak sebab doktornya pun, Dr. Noor Syahida memang peramah sgt2.. orgnya pun suka senyum je.. lepas buat scaling tu mmg rasa best je gigi.. petang smlm pulak bawak aqilah gi klinik sbb dia dah 2 hari cirit birit.. kesian plak tgk dia sbb punggung nya dah merah2 dah.. tapi nak makan ubat punya la payah sampai terjerit2.. hopefully anak ibu will recover very soon.. insyaAllah..

Jumaat, 5 November 2010

Bulan November Menjelang Sudah

Assalamualaikum..

Lamanya tak bersiaran.. ada member kata blog ni dah berabuk, tak di update.. hehe.. kengkadang tu ada je cerita yang nak di update, tapi bila tunggu3 dah lupa.. last2 tak di update.. hehehe

Tgk tu.. sedar tak sedar, dah masuk bulan november dah rupanya.. cepatnya masa berlalu.. pejam celik pejam celik tak lama lagi tahun 2010 akan berlalu meninggalkan kita.. Nak masuk tahun 2011 pulak.. kena bukak buku baru la pulak lepas ni.. bak kata pepatah, buang yang keruh ambil yang jernih.. semoga tahun2 yang mendatang akan menjanjikan kebahagiaan yang lebih lagi buat diriku, keluargaku dan semua pembaca2 budiman sekalian..

Esok cuti sempena hari deepavali.. malam ni kami ber-3 akan pulang ke kampung melaka.. sesaje je balik sbb husband kata dah lama tak balik melaka.. pastu nak gi jenjalan kat zoo melaka.. hehe.. selalu kalau balik melaka jarang dpt pegi jalan2, asyik terperok kat umah je.. disebabkan melaka dah jadi negeri maju pada 20.10.2010 ari tu, aku pun nak pegi la jenjalan sekitar bandaraya melaka.. hehehe

Rasanya setakat tu dulu entry ku kali ini.. insyaAllah akan di update lagi bila ada kelapangan..

daa... :)

Khamis, 7 Oktober 2010

Test Darah

Semalam, 5/10/2010, aku ada appointment amik darah & minum air glukos di Klinik Ibu Mengandung & Kanak2 Sentul.. Seawal jam 7.30 pagi lagi aku dah tercegat kat klinik tu.. tapi ibu2 mengandung pun ramai juga.. terpaksa la aku menunggu sehingga jam 10.00 pagi baru dapat ambik darah kali pertama dan minum air glukos.. punya la manis minum air glukos sampai rasa nak termuntah tapi kutahan juga takut test tak jadi dan kena repeat next time.. waktu nurse cucuk nak amik darah kali pertama tu punya la sakit, pedih sgt rasa, maklum la dah lama dah tak kena amik darah ni.. then aku kena menunggu 2 jam berikutnya baru la amik darah kali kedua.. mmg lapar sgt rasa perut sbb kena puasa start pukul 10.00 mlm sebelum tu sampai la kul 12 lebih baru la procedure tu abis.. habis je amik darah kali kedua, aku pun cepat2 pegi kedai nasi lemak sbb dah terlalu lapar sgt.. hehehe..

Pastu aku amik cuti je smlm sbb rasa malas pulak nak masuk petang.. hmm hopefully result darah akan ok.. kalau tak ok aduh takutnya...

Sabtu, 2 Oktober 2010

Rindu

Lagu ni aku suka sgt dgr.. Lagu 'Rindu' by Hijjaz..

Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu

Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan

Orang-orang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya

Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri yang solehah
Keluarga bahagia

Para pencinta kedamaian
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera

Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukan
Keampunan Tuhannya

Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu kepada Tuhan


Jumaat, 1 Oktober 2010

Pam Susu

Selamat Pagi semua.. Mulakan harimu dengan senyuman dan keceriaan, semoga kita akan sentiasa ceria dan gembira sepanjang hari.. =)

Hari ni tetiba rasa nak cerita pasal pam susu pulak.. pam susu ni memang penting terutamanya bagi ibu2 yang bekerjaya dan berhasrat untuk menyusukan anak secara exclusive kalau bole sampai umur 2 tahun..

Pengalaman pam susu pertama aku Anakku Manual, rasanya kalau tak salah harganya dlm RM79, pam ni husband aku beli time hari ke-2 lepas melahirkan Aqilah, ye la time tu aqilah tak pandai menghisap terus daripada badan, aku pulak ceaser, dengar2 nurse kata kalau ceaser susu lambat skit kuar drpd bersalin normal.. time memula pakai memang beberapa titik je yg kuar, rasa sedih sgt tambah2 lagi aqilah asyik nangis je sbb lapar.. at last terpaksa bagi dia makan kurma skit dan air masak.. dalam hari ke-3 baru dia pandai mengisap skit2 drpd badan pastu baru dia kurang nangis.. ala sian anak ibu.. kat umah masa dah balik dari hospital ada jugak mengepam skit2 tapi kuantiti nye tak banyak sgt, sakit tangan plak tu mengepam, dpt dlm setengah botol kecik je..

Bila anak aku dah pandai menghisap terus drpd badan, aku dah tak guna pam dah.. kengkadang tu bila time susu banyak sampai basah2 baju aku, bila teringat balik rasa rugi plak tak mengepam dan buat stok time tu.. bila dah start keje, aku pun mengepam kat surau ofis ni, stok mengepam tak dapat banyak sgt, mayb tak pandai sgt kot.. selang beberapa hari ada part yg hilang plak.. aku pun try le beli Pam Pureen Battery Operated, yg ni plak dlm RM150.. tapi aku rasa tak best langsung sbb selain hasilnya tak banyak, ianya lebih menyakitkan, sampai bengkak2 plak breast aku.. bunyi nya pun agak kuat dan bising.. then aku pun decide beli Pam Avent Manual, harganya dlm RM219.. bagi aku pam ni mmg best sbb tak menyakitkan, pengeluaran susu pun smooth je.. tapi aku tak dapat nak menyusukan anak lama, paling lama pun rasanya 7 bulan je.. sbb susu dah semakin mengurang.. jeles gak tgk member2 yg still dapat bf anak wpun dah setahun lebih.. banyak kelebihan BM ni berbanding FM.. selain drpd memberi banyak khasiat kepada bb, kita jugak dapat jimatkan duit sbb FM skrg mmg mahal2.. hmm..

InsyaAllah lepas ni teringin nak beli Pam Spectra 3 plak, dengar2 harganya sekitar RM388++.. hehe.. nak kumpul duit ni start drpd sekarang, sbb tak salah rasanya melabur untuk sesuatu yang bermanfaat kepada anak kita.. memang mahal skit pam ni, tapi bila dah baca komen2 drpd internet dan komen2 drpd ibu2 yang pernah guna pam ni nampaknya it worth.. InsyaAllah lepas ni nak berazam menyusukan baby secara exclusive sehingga 2 tahun.. Semoga dipermudahkan.. Amin..

Selasa, 28 September 2010

September

Assalamualaikum semua..

Lamanya rasa tak update blog ni.. malas plak rasa nak update blog sejak akhir2 ni.. hehe.. btw hari rabu lepas, 22/9/2010, genap la usiaku 29 tahun.. dah memasuki tahun akhir 20-an dah nampaknya.. tahun depan start angka 3 la pulak.. huhu.. anyway wish utk diri sendiri Selamat Hari Lahir Yang Ke-29.. semoga Allah merahmati kehidupanku di dunia dan di akhirat.. Amin..

Hari sabtu baru2 ni pulak, 25/9/2010, idayu telah selamat melahirkan seorg bayi lelaki secara normal, 2.6kg.. nampaknya birthday kami dekat2 la, senang la nak ingat nanti, hehe.. tahniah diucapkan kepada dikwan, idayu dan terutamanya farisa kerana telah menjadi seorg kakak.. hehe..

Tu je la dulu entry utk kali ni.. Lain kali update lagi ye.. Daaa

Selasa, 7 September 2010

Salam Lebaran Buat Semua..

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar Ramadhan semakin pergi meninggalkan kita.. sedih juga rasa di hati sebab amalan yang aku lakukan tak seberapa.. harapanku semoga aku akan dapat terus melaksanakan ibadah dan suruhan-Nya dengan sebaik2nya.. Hari ni dah Isnin, 6 September 2010 bersamaan 27 Ramadhan 1431H.. lagi 2 hari aku dah nak balik kg melaka.. rasa sayu pulak hati ni..

Kalau nak diikutkan persiapan raya kali ni pun dibuat secara sederhana je.. aku tak beli pun baju raya, rasa takde mood nak beli.. baju raya aqilah dah ada 3 pasang.. sepasang baju kurung, 2 pasang lagi baju jalan.. baju jalan tu maklong yg belikan..

Kuih raya dah banyak jugak aku beli.. semua nya kuih tunjuk je.. sabtu lepas husband aku dah bertungkus lumus mencuci & mengemas umah sampai kul 3 pagi.. sian dia, aku tolong skit2 je sbb tak larat.. btw thx so much to him.. mmg rajin husband aku ni.. =)

Lagu raya pun dah semakin byk berkumandang.. nostalgia beraya masa kecik2 dulu kembali menerobos akal fikiranku.. time tu byk dpt kutip duit raya.. skrg takde sape dah nak bg duit raya kat aku sebab dah tua.. huhu.. skrg tukang kutip duit raya anak pulok la.. hehe

Last but not least.. dengan penuh rendah hati aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada semua terutamanya kedua ibu bapa & ibu bapa mentuaku, suamiku, anakku, adik beradikku, saudara maraku, sahabat2ku.. dan sesiapa saja yang mengenali diri ini.. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin..

"Andai ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Andai ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati.."

Wassalam..

Isnin, 23 Ogos 2010

Iftar @ Hotel Seri Pacific

Assalamualaikum wbt pembuka bicara.. Alhamdulillah hari ni dah hari ke-13 Ramadhan.. dah nak masuk pertengahan Ramadhan rupanya.. aku pulak sejak semalam tak berapa sihat, asyik selsema, batuk je..

Jumaat lepas, aku ngan hubby berbuka kat umah mak, mak masak nasi lauk kari ayam, ikan goreng, ikan masin, ulam2an, roti jala makan ngan kuah kari ayam, bubur lambuk, tempoyak & sambal & pengat keledek.. wah, mmg kenyang sgt2 makan, cadangnya nak gi bazar ramadhan tapi memandangkan dah banyak lauk, kami pun cancel kan la niat tu.. lepas kekenyangan, abg pun pegi sembahyang terawih kat surau.. tapi tunggu punya tunggu, abg tak balik2 lagi, rupa2nya dia gi jumpa kawan dia plak kat wangsa maju.. adeh.. penat menunggu sebab dah ngantuk gaban, last2 balik umah dlm kul 12 tgh mlm..

Esoknya pulak, as usual lepas subuh masing2 terbongkang balik atas katil.. bila aqilah terjaga kul 10 lebih, baru la aku bangun buatkan dia susu.. sian aqilah mesti haus kejap je dah habis susu diminumnya.. hehe.. then kitorg pun bersiap2 nak gi jalan tar sebab nak cari baju raya aku & aqilah.. tapi baju raya aku punya la payah nak cari sebab banyak yg tak berkenan.. last2 beli baju raya aqilah je kat semua house.. hehe.. mesti comel anak ibu nanti pakai baju kurung di pagi raya.. ayah nak cari tudung utk aqilah tapi tak jumpa2 lagi.. lepas tu pulak kitorg balik sentul dulu sebab nak siap2kan aqilah sblm gi berbuka puasa kat Hotel Seri Pacific.. gathering member2 UiTM hubby ku..

Kat bawah ni ler gambo2 yang sempat aku ambik drpd foto org lain.. hehe




Ari ahad pulak, lepas zohor kitorg gi jusco cheras selatan.. aku beli sandal scholl, hubby pulak beli kasut keje valentino rudy.. setelah penat shopping yang tak seberapa, kitorg bertolak pulak ke Putrajaya berbuka puasa ngan member sekolah teknik hubby.. kitorg iftar kat Ceritera Lake Garden Cafe, Putrajaya.. fuhh mmg minggu yang meletihkan.. Tahun ni raya kat melaka dulu, mlm raya pertama plak plan nak buat bbq.. wah bestnya.. balik temerloh pulak mayb raya ke-4/5.. dok temerloh sampai sabtu sbb terus sampai majlis peruz kawin.. Aku dah apply cuti raya dah 8 - 19 sept.. bos pun dah accept.. wah bestnya..

Selasa, 17 Ogos 2010

7 Ramadhan

Alhamdulillah.. kita telahpun memasuki hari ke-7 dalam bulan Ramadhan ini.. diharapkan juga ibadah puasa yang telah kita laksanakan akan diterima oleh Allah S.W.T.. insyaAllah

Sesekali teringat masa puasa zaman kanak-kanak dulu.. bila petang je dah tak bole buat keje, dok terlepek je kat atas sofa.. memang menghitung je waktu berbuka puasa.. bila azan je punya la tak menyempat terus ngap.. hehe memang kelakar.. tapi sekarang Alhamdulillah umur dah semakin dewasa, perut juga dapat menahan lapar dan dahaga serta dapat menghayati kesengsaraan dan kelaparan yang dialami oleh golongan yang kurang bernasib baik..

Di harap pada bulan Ramadhan kali ini aku dapat melaksanakan ibadah puasa dengan baik di samping ibadah2 lain.. kerana sesungguhnya pahala yang dijanjikan oleh Allah pada bulan ini amatlah besar (rasa rugi kalau tak grap peluang ni..) InsyaAllah harapanku semoga sentiasa istiqamah melakukan amal ibadah dalam hidupku.. ("Anda buat, anda dapat" ~ versi kata2 Ustazah Siti Nor Bahiyah.. :D)

Aku masih lagi teringat ayat yang diajar oleh guruku semasa di Sekolah Menengah dan insyaAllah akan sentiasa aku amalkan dalam hidupku..

Allahumma arinal haqqa haqqan warzuknat tiba'ah
Wa arinal bathila bathilan warzuknaj tinabah

Sekian, wassalam..

Khamis, 12 Ogos 2010

Ramadhan 1431H

Assalamualaikum semua..dan salam Ramadhan ;

Alhamdulillah, kita semua masih dipanjangkan umur oleh Allah S.W.T dan dapat menikmati keberkatan dan keindahan bulan Ramadhan kali ini.. Hari ni 1st Ramadhan.. pagi tadi bangun kul 4.45 pagi sempat gak bersahur ngan hubby. Kitorang makan nasi lauk ikan kari, telur cincang kicap & air milo panas. Alhamdulillah.. Aqilah belum puasa lagi sbb kecik lagi.. Pagi2 lagi dah minum susu.. hehe

Semoga di bulan Ramadhan yang mulia ini, kita akan dapat meningkatkan ibadah dan mencari sebanyak mana pahala sebagai bekalan hidup kita di dunia dan di akhirat.. Amin.. Selamat menjalani ibadah puasa.. =)

Jumaat, 6 Ogos 2010

Jamuan Korporat

Alhamdulillah.. kenyangnya rasa perut ni sbb ada jamuan korporat tadi.. macam2 makan.. tadi lapo sangat2, skrg dah kenyang sgt2 pulak.. hehehe.. ok la nak gi sembahyang pulak ni, dah nak dekat kul 3 pun tak sembahyang2 lagi..

Jumaat, 30 Julai 2010

It's Friday!

Heppi nya hari ni.. sebab hari ni hari jumaat.. weeeeee..
Malam ni nak balik melako pulak, atuk n nenek helmi nak buat kenduri doa selamat + kenduri arwah.. To all, selamat berhujung minggu.. =)


Khamis, 29 Julai 2010

Luahan Perasaan

Hmm.. tensionnya ari ni.. mcm2 keje, ngan keje itu, keje ini, audit itu, audit ini.. arghhhhh bosannya.. rasa nak balik tido je.. makan+tido+makan+tido = ?

Aduh, insaf la sikit.. tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan.. hajat di hati nak banyakkan amalan dan berdiet di bulan puasa ni.. Ramadhan yang ditunggu hampir tiba..

Buat semua.. SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK INI, SEMOGA AMALAN PUASA KITA AKAN DITERIMA OLEH-NYA.. PERBANYAKKANLAH AMALAN2 MULIA SEPANJANG BULAN RAMADHAN INI, SEMOGA MEMBERI KEINSAFAN DALAM DIRI KITA DAN MENYESALI DOSA2 YANG TELAH LALU.. =)


Isnin, 26 Julai 2010

Happy 2nd Anniversary To Me & Husband

Alhamdulillah.. hari ni 26/7/2010 genaplah 2 tahun usia perkahwinan kami.. Happy anniversary to me & my husband.. Dia mmg seorang suami yang baik, rajin, penyabar dan bertanggungjawab.. =)

Semoga ikatan perkahwinan ini akan kekal selama2nya hingga ke Syurga dan sentiasa diberkati oleh-Nya.. Amin.. =)


Kami di airport Sandakan

Khamis, 10 Jun 2010

Aktiviti Hujung Minggu Ini..

Lusa, Jumaat kami nak balik melaka sebab ada sepupu helmi kawin.. Malasnya nak mengemas baju.. huhuhu.. Tak sabo rasanya nak bercoti2 ke sandakan.. hehehe..


glitter-graphics.com

Rabu, 9 Jun 2010

Bengang

Warggghhhh bengangnya.. Nape la skrg ni asyik tak bole je nak upload gambar kat blog ni?? Tak tau la apa sebabnya.. Mesti ada setting yg lari ni.. Tapi tak tau la nak buat mcm mana.. Skrg nak taruk gambar pun tak bole dah.. Adui.. Tensionnya!!!

Jumaat, 4 Jun 2010

Di Pagi Khamis Yang Hening..

Alhamdulillah.. kenyangnya perut ni.. Pagi tadi ada buat masak2 kat ofis ni.. makan nasi lauk sardin, sup sayur, ikan kering, telur dadar, timun dan sambal belacan.. Bos2 gi meeting kat Lumut so budak2 ofis ni pun masak2 ler.. hehe.. Bila plak nak diet ni??? Adoi!!!

Selasa, 1 Jun 2010

KL - Temerloh - Kuantan - KL

Hari Jumaat lepas, ingat nak bertolak pagi ke Temerloh, last2 bangun lewat then kitorg bertolak ke Temerloh lepas Helmi balik dari sembahyang Jumaat.. Bila dia balik je dari sembahyang, katanya rasa mcm nak demam then dia decide balik jugak kampung..

Mak, abah n afiq sampai kg dlm kul 2 rasanya. Kitorg sampai kat Temerloh masa tu dah petang n semua persiapan kenduri tahlil dah siap.. Then mlm tu kenduri tahlil pastu badan helmi dah semakin panas, dia tido dlm bilik wan.. Mlm tu jugak lepas kenduri kitorg pegi klinik..

Helmi terus je makan ubat sebab esok nak pegi Kuantan pulak.. Esok paginya bila bangun badan helmi masih lagi panas, then lepas mandi semua dia kata ok bawak perlahan2 gi Kuantan.. Sampai kat majlis org kawin punya la awal.. Baru sikit je org ada.. Then pegi tgk elly kat atas umah dia tgh bersolek n bersiap2.. Lepas makan, kitorg pun balik awal nak gi check-in Hotel Seri Malaysia Kuantan sebab helmi masih tak sedap badan.. Tak sempat la jumpa dengan kengkawan lain.. Btw selamat pengantin baru kepada Elly & Aus.. =)

Then kitorg pun check-in kat hotel dlm kul 2pm.. Helmi rehat tido sebab dia tak sedap bdn.. Mlm baru kitorg kuar gi Tanjung Lumpur makan ikan bakar.. nyum2 sedapnya.. punya la banyak makan sampai sakit perut.. Pastu gi jenjalan kejap kat padang MPK.. Aqilah pun apa lagi, berjalan ke sana sini la dia.. hehe

Esoknya lepas breakfast kat hotel, dlm kul 11 kitorg pun bertolak balik ke KL.. Wah, mmg hari minggu yang sgt memenatkan..

~ Nurul Aini ~

Jumaat, 21 Mei 2010

Coretan Hari Ini

Salam.. =)

Lamanya rasa tak update blog ni.. Takde cerita yang menarik sgt nak dihebahkan.. so lama la blog ni bersarang tanpa di-update.. hehehe..

Petang ni along nye flight balik sandakan lepas seminggu dia bercuti.. Semoga selamat dalam perjalanan.. insyaAllah.. Tak sabar pulak rasanya nak menunggu 24 jun sebab nak pegi bercuti ke sandakan.. yeay.. mesti Aqilah suka nak gi jenjalan ke sabah ni..

Sabtu, 1 Mei 2010

Jamuan Korporat

Alhamdulillah.. kenyangnya rasa perut ni sbb makan byk tadi sempena jamuan perpisahan beberapa org pegawai bahagian korporat.. Adui sakit perut kekenyangan pulak ni.. Tadi makan nasi beriani, sate, laksa, buah anggur dan air sirap.. Tapi kek secret recipe tak dapat sbb tengok2 dah abis dah.. dah licin tinggal kotak je.. huhu.. tapi takpe la sebab last week dah makan kek secret recipe sempena hari jadi Aqilah.. ada skit lagi dalam peti ais.. hehe..

Jumaat, 23 April 2010

Happy Birthday Aqilah !

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, setelah sekian lama tak tulis blog, akhirnya aku tulis gak hari ni.. Hari ni 23/4/2010, genaplah setahun umur anakku, Nur Aqilah binti Muhammad Helmi.. Selamat Hari Lahir buat anakku, semoga menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.. insyaAllah..

Rasa cepat je masa berlalu, tak sedar rupa2nya dah setahun dah aku melahirkan Aqilah.. Kami akan berusaha mendidik dan memberikan pendidikan duniawi dan ukhrawi yang sempurna buatnya.. insyaAllah..

Kalau takde aral melintang, insyaAllah esok nak buat majlis sambutan kecil2an meraikan hari lahir Aqilah yang pertama.. Lepas ni Aqilah kena cepat2 belajar berjalan hehe.. nanti pegi Sandakan bole berlari2 kat umah Mak Long.. hehe..


glitter-graphics.com

tqvm.. =)

Khamis, 8 April 2010

Tempat2 Menarik di Sandakan.. =)

Tengah boring2 tadi aku pun surf la internet cari tempat2 menarik di Sandakan.. sesaje je cari nanti bole la gi jenjalan kat Sandakan nanti.. hehe

1.   Pulau Berhala
2.   Pulau2 Penyu - Pulau Selingan, Pulau Bakkungan Kecil, Pulau Gulisan
3.   Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok
4.   Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary
5.   Taman Buaya
6.   Taman Perikanan Jaya
7.   Australian Memorial
8.   Agnes Keith's House
9.   St. Michael and All Angels Church
10. Puu Jih Shih - kuil
11. Masjid Besar Sandakan
12. Sam Sing Kung - kuil

Berikut ler yang dapat dicari.. bole la gi melawat nanti.. tapi church n kuil tak mau melawat..

p/s : Along, tempat menarik mana yg ko dah pegi??

Gambor..

Salam,

Di sini ada beberapa gambor yang latest.. gambor masa kat melaka hari tu.. hehehe

Aqilah dan sepupunya, Farisa

Jumaat, 26 Mac 2010

It's Friday.. =)

Salam,

Hari ni Jumaat, 26 Mac 2010. Hari Jumaat selalu hari yg best sbb rehat tgahari lama n esok lusa cuti... yeyeye.. bole rehat.. =)

InsyaAllah mlm ni flight along dari Sandakan - KL. Baca doa naik kenderaan tau, semoga selamat dalam perjlnn & selamat sampai insyaAllah.. Aku, helmi ngan aqilah plak mayb mlm ni balik melako plak sbb mak helmi suh balik melako ada org kawin.. Nanti isnin ler dpt jumpa along.. nanti bole la kita gi beli hadiah afiq n ko blanja makan.. hehehe..

Tak sabar mau makan kotam yang diterbangkan khas dr sandakan.. =D

Ok, that's all 4 now.. Daaa... Adios!!

~ Nurul Aini ~ 

Rabu, 24 Mac 2010

Aqilah 11 Bulan

Salam,

Hari ni 23/3/2010, genap la umur aqilah 11 bulan.. lagi sebulan je nak umur setahun dah anak aku.. rasa cepat je masa berlalu.. rasa mcm baru je lahirkan aqilah dulu, rupa2nya dah nak setahun dah masa berlalu.. hehehe..



Aqilah bergambar bersama sepupunya, Farisa


p/s : Along, bulan depan hari jadi aqilah ko nak kasi hadiah apa? yg mahal2 ok jugak.. hehehe

Selasa, 16 Mac 2010

Sunway Lagoon & I-City

Salam,

Hari Sabtu lepas, 13 Mac 2010, kami sekeluarga pegi jenjalan n mandi manda di Sunway Lagoon. Heheheh best ler jugak bawak aqilah berenang2 sambil pakai pelampung.. Dia ok je sebab dia tak takut air.. Terjerit2 je dia.. Tapi gambo ler tak dapat ambik sbb takut camera masuk air.. Dapat snap beberapa pic je masa kat dry park..

Ni ler jam yg kena pakai sepanjang berada dlm sunway lagoon nie..

Time ni masa memula sampai kat Sunway Lagoon..

Bergambar sebelah kandang harimau..

Time ni dah kat dry park.. Aqilah muka dah kepenatan lepas berenang..

Naik gondola..

Time ni masa naik cawan pusing.. Pening kepalo time ni..

Bergambor dekat kolam ikan..

Time ni pulak helmi tgh naik kapal pusing2.. Aku takut nak naik sbb dah ada pengalaman naik ngan along dulu, mmg sakit dada naik benda ni.. Time ni kapal berpusing 360 darjah..



Lepas balik dari sunway lagoon plak, kitorg singgah kat i-city shah alam, tgk lampu warna warni.. tapi tak bersinar sgt la sbb time kitorg pegi tu belum malam lagi..






Jumaat, 12 Mac 2010

SPM oh SPM..

Salam,

Hari ni 11 Mac 2010 merupakan tarikh di mana pelajar2 yang menduduki SPM 2009 akan menerima keputusan mereka.. Dan tak terkecuali jugak adikku, Muhammad Afiq bin Muhamad Mokhtar.. Dia telah melakar sejarah dalam keluarga kerana merupakan ahli keluarga yang pertama mendapat SPM semua A... 12A

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah Taala di atas rezeki kurniaan-Nya ini.. Semoga afiq akan lebih cemerlang dalam pengajian tinggi dan kerjayanya nanti.. insyaAllah.. Semoga dia akan sentiasa mengekalkan kecemerlangannya dan konsistensinya seperti sblm2 ini.. UPSR 5A, PMR 9A dan SPM  12A.. I'm proud of u..

InsyaAllah aku jugak akan mendidik anakku sedari awal lagi supaya dia akan cemerlang dalam persekolahannya, pengajiannya serta kehidupannya nanti.. insyaAllah.. =)

~ T. A. H. N. I. A. H. ~




p/s : Along, ko nak bagi afiq hadiah apa? hehehe..

Khamis, 11 Mac 2010

Laptop Kami

Salam,

Hari ni nak cerita ttg laptop.. Wah, skrg ni helmi dah dpt laptop opis baru, jenama DELL Latitude E6400 ATG.. Laptop aku plak jenama DELL Studio.. Wah, sama2 DELL la nampaknya.. Tapi laptop aku cantik skit sbb warna ungu.. Hehehe..


Laptop Helmi


Laptop Aku