Khamis, 23 Julai 2015

Minal Aidin Wal Faizin

Assalamualaikum wbt.

Salam aidilfitri, salam kemenangan...

Alhamdulillah setelah sebulan umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, tibalah masa menyambut kedatangan Syawal, bulan kegembiraan buat semua umat Islam tidak kira di mana berada.

Tahun ini kami sekeluarga berhari raya di Melaka. Hari Khamis, (hari mantai umi kata) kami menolong umi (mak mentua tiri) masak mee kari, rendang daging, rebus nasi impit, sup tulang, sambal udang dan urap kelapa. Pukul 2 pagi jemaah masjid tiba utk takbir di rumah.

Hari Jumaat, hari raya pertama. Pagi kami berada di rumah menyambut kedatangan tetamu. Petang kami melawat kubur arwah mak mentua. Malam pula kami beraya di rumah abg abah mentua.

Hari Sabtu, hari raya kedua kami menolong umi menyediakan mee sup untuk jemaah masjid datang takbir di rumah. Malam pula kami beraya di rumah pakcik dan makcik suami. 

Hari Ahad, hari raya ketiga kami ke Jasin untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu suami, Asiah. Selamat Pengantin Baru Asiah & suami. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. Selepas itu kami beraya di rumah saudara umi dan pakcik suami sehingga Maghrib.

Hari Isnin, hari raya keempat kami bertolak balik ke KL. Akhir kalam, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

 Gambar keluarga

 Bergambar bersama umi dan adik ipar

 Selfie dalam kereta

Selamat Pengantin Baru Asiah dan suami