Khamis, 7 Oktober 2010

Test Darah

Semalam, 5/10/2010, aku ada appointment amik darah & minum air glukos di Klinik Ibu Mengandung & Kanak2 Sentul.. Seawal jam 7.30 pagi lagi aku dah tercegat kat klinik tu.. tapi ibu2 mengandung pun ramai juga.. terpaksa la aku menunggu sehingga jam 10.00 pagi baru dapat ambik darah kali pertama dan minum air glukos.. punya la manis minum air glukos sampai rasa nak termuntah tapi kutahan juga takut test tak jadi dan kena repeat next time.. waktu nurse cucuk nak amik darah kali pertama tu punya la sakit, pedih sgt rasa, maklum la dah lama dah tak kena amik darah ni.. then aku kena menunggu 2 jam berikutnya baru la amik darah kali kedua.. mmg lapar sgt rasa perut sbb kena puasa start pukul 10.00 mlm sebelum tu sampai la kul 12 lebih baru la procedure tu abis.. habis je amik darah kali kedua, aku pun cepat2 pegi kedai nasi lemak sbb dah terlalu lapar sgt.. hehehe..

Pastu aku amik cuti je smlm sbb rasa malas pulak nak masuk petang.. hmm hopefully result darah akan ok.. kalau tak ok aduh takutnya...

Sabtu, 2 Oktober 2010

Rindu

Lagu ni aku suka sgt dgr.. Lagu 'Rindu' by Hijjaz..

Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu

Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan

Orang-orang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya

Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri yang solehah
Keluarga bahagia

Para pencinta kedamaian
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera

Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukan
Keampunan Tuhannya

Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu kepada Tuhan


Jumaat, 1 Oktober 2010

Pam Susu

Selamat Pagi semua.. Mulakan harimu dengan senyuman dan keceriaan, semoga kita akan sentiasa ceria dan gembira sepanjang hari.. =)

Hari ni tetiba rasa nak cerita pasal pam susu pulak.. pam susu ni memang penting terutamanya bagi ibu2 yang bekerjaya dan berhasrat untuk menyusukan anak secara exclusive kalau bole sampai umur 2 tahun..

Pengalaman pam susu pertama aku Anakku Manual, rasanya kalau tak salah harganya dlm RM79, pam ni husband aku beli time hari ke-2 lepas melahirkan Aqilah, ye la time tu aqilah tak pandai menghisap terus daripada badan, aku pulak ceaser, dengar2 nurse kata kalau ceaser susu lambat skit kuar drpd bersalin normal.. time memula pakai memang beberapa titik je yg kuar, rasa sedih sgt tambah2 lagi aqilah asyik nangis je sbb lapar.. at last terpaksa bagi dia makan kurma skit dan air masak.. dalam hari ke-3 baru dia pandai mengisap skit2 drpd badan pastu baru dia kurang nangis.. ala sian anak ibu.. kat umah masa dah balik dari hospital ada jugak mengepam skit2 tapi kuantiti nye tak banyak sgt, sakit tangan plak tu mengepam, dpt dlm setengah botol kecik je..

Bila anak aku dah pandai menghisap terus drpd badan, aku dah tak guna pam dah.. kengkadang tu bila time susu banyak sampai basah2 baju aku, bila teringat balik rasa rugi plak tak mengepam dan buat stok time tu.. bila dah start keje, aku pun mengepam kat surau ofis ni, stok mengepam tak dapat banyak sgt, mayb tak pandai sgt kot.. selang beberapa hari ada part yg hilang plak.. aku pun try le beli Pam Pureen Battery Operated, yg ni plak dlm RM150.. tapi aku rasa tak best langsung sbb selain hasilnya tak banyak, ianya lebih menyakitkan, sampai bengkak2 plak breast aku.. bunyi nya pun agak kuat dan bising.. then aku pun decide beli Pam Avent Manual, harganya dlm RM219.. bagi aku pam ni mmg best sbb tak menyakitkan, pengeluaran susu pun smooth je.. tapi aku tak dapat nak menyusukan anak lama, paling lama pun rasanya 7 bulan je.. sbb susu dah semakin mengurang.. jeles gak tgk member2 yg still dapat bf anak wpun dah setahun lebih.. banyak kelebihan BM ni berbanding FM.. selain drpd memberi banyak khasiat kepada bb, kita jugak dapat jimatkan duit sbb FM skrg mmg mahal2.. hmm..

InsyaAllah lepas ni teringin nak beli Pam Spectra 3 plak, dengar2 harganya sekitar RM388++.. hehe.. nak kumpul duit ni start drpd sekarang, sbb tak salah rasanya melabur untuk sesuatu yang bermanfaat kepada anak kita.. memang mahal skit pam ni, tapi bila dah baca komen2 drpd internet dan komen2 drpd ibu2 yang pernah guna pam ni nampaknya it worth.. InsyaAllah lepas ni nak berazam menyusukan baby secara exclusive sehingga 2 tahun.. Semoga dipermudahkan.. Amin..