Jumaat, 1 Oktober 2010

Pam Susu

Selamat Pagi semua.. Mulakan harimu dengan senyuman dan keceriaan, semoga kita akan sentiasa ceria dan gembira sepanjang hari.. =)

Hari ni tetiba rasa nak cerita pasal pam susu pulak.. pam susu ni memang penting terutamanya bagi ibu2 yang bekerjaya dan berhasrat untuk menyusukan anak secara exclusive kalau bole sampai umur 2 tahun..

Pengalaman pam susu pertama aku Anakku Manual, rasanya kalau tak salah harganya dlm RM79, pam ni husband aku beli time hari ke-2 lepas melahirkan Aqilah, ye la time tu aqilah tak pandai menghisap terus daripada badan, aku pulak ceaser, dengar2 nurse kata kalau ceaser susu lambat skit kuar drpd bersalin normal.. time memula pakai memang beberapa titik je yg kuar, rasa sedih sgt tambah2 lagi aqilah asyik nangis je sbb lapar.. at last terpaksa bagi dia makan kurma skit dan air masak.. dalam hari ke-3 baru dia pandai mengisap skit2 drpd badan pastu baru dia kurang nangis.. ala sian anak ibu.. kat umah masa dah balik dari hospital ada jugak mengepam skit2 tapi kuantiti nye tak banyak sgt, sakit tangan plak tu mengepam, dpt dlm setengah botol kecik je..

Bila anak aku dah pandai menghisap terus drpd badan, aku dah tak guna pam dah.. kengkadang tu bila time susu banyak sampai basah2 baju aku, bila teringat balik rasa rugi plak tak mengepam dan buat stok time tu.. bila dah start keje, aku pun mengepam kat surau ofis ni, stok mengepam tak dapat banyak sgt, mayb tak pandai sgt kot.. selang beberapa hari ada part yg hilang plak.. aku pun try le beli Pam Pureen Battery Operated, yg ni plak dlm RM150.. tapi aku rasa tak best langsung sbb selain hasilnya tak banyak, ianya lebih menyakitkan, sampai bengkak2 plak breast aku.. bunyi nya pun agak kuat dan bising.. then aku pun decide beli Pam Avent Manual, harganya dlm RM219.. bagi aku pam ni mmg best sbb tak menyakitkan, pengeluaran susu pun smooth je.. tapi aku tak dapat nak menyusukan anak lama, paling lama pun rasanya 7 bulan je.. sbb susu dah semakin mengurang.. jeles gak tgk member2 yg still dapat bf anak wpun dah setahun lebih.. banyak kelebihan BM ni berbanding FM.. selain drpd memberi banyak khasiat kepada bb, kita jugak dapat jimatkan duit sbb FM skrg mmg mahal2.. hmm..

InsyaAllah lepas ni teringin nak beli Pam Spectra 3 plak, dengar2 harganya sekitar RM388++.. hehe.. nak kumpul duit ni start drpd sekarang, sbb tak salah rasanya melabur untuk sesuatu yang bermanfaat kepada anak kita.. memang mahal skit pam ni, tapi bila dah baca komen2 drpd internet dan komen2 drpd ibu2 yang pernah guna pam ni nampaknya it worth.. InsyaAllah lepas ni nak berazam menyusukan baby secara exclusive sehingga 2 tahun.. Semoga dipermudahkan.. Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan