Jumaat, 30 Disember 2011

Kenangan dan Harapan

Wah, sedar tak sedar kita dah berada di penghujung tahun 2011 rupanya.. cepatnya rasa masa berlalu.. hmm apa ye perkara2 best sepanjang tahun 2011?

27/4/2011 - Saya melahirkan puteri kedua saya, Nur Faqihah binti Muhammad Helmi. Masih di HKL. Dan masih juga thru ceaser sama mcm kakaknya.. (dah overdue 5 hari dah time nih)

Pastu yang bestnya dpt 3 bulan cuti bersalin, best giler dok umah.. bila once nak masuk keje je mmg rasa berat nak tinggalkan anak2.. huhu.. masuk keje balik 27/7/2011

1/8/2011 - Bertukar ke Bahagian baru, Bahagian Rekabentuk dan Empangan. Antara wish list saya dulu ni, sebabnya dah 5 tahun di Bahagian Korporat, org lain sume dah bertukar angin, saya je yang masih bertapak di situ.. dok lama2 kat satu2 tempat tak berkembang nanti pengalamannya.. eheheh

Oktober 2011 - Kami dapat beli kereta baru.. suami nak sgt beli MPV, kami pun beli Toyota Avanza.. alhamdulillah..

Itu je rasanya antara perkara besar saya dlm tahun 2011, impian saya tahun 2012 pulak;

~ Saya harap dapat duduk rumah baru early 2012 ni.. pemaju kata supposed dapat duduk dalam bulan feb 2012.. uish mmg tak sabar ni.. bestnya nak deco umah baru

~ Saya nak apply untuk ambik Master. Insya Allah

~ Saya sgt2 berharap adik saya akan lulus dalam peperiksaan akhir A-Level dia di INTEC, Shah Alam.. Kerana result inilah yang bakal menentukan dia dapat sambung belajar di Manipal, India.. Ya Allah, perkenankanlah.. Amin

~ Saya doakan suami saya berjaya untuk peperiksaan Cert IT yang diidam2kan, Insya Allah

~ Saya kena ganti puasa 2 hari.. Ingat Aini!

~ Saya nak buat birthday party utk anak2 saya.. yg bestnya buat sekali je sbb sama bulan.. eheheh..

~ Saya nak bekerja rajin2, nak timba ilmu sebanyak mungkin

~ And last but not least, dan yang paling UTAMA, saya nak jadi anak, isteri dan ibu yang baik.. sentiasa hormati mak, abah, MIL, FIL, taknak dah gaduh2 ngan suami, dan taknak dah marah2 anak.. kena sentiasa COOL

SALAM TAHUN BARU 2012 BUAT SEMUA.. BERSAMA KITA MEMPERBAIKI DIRI KE ARAH YANG LEBIH BAIK.. INSYA ALLAH

Sabtu, 10 Disember 2011

Kebesaran-Mu

Nice and sweet song to me.. lagu tema sinetron indonesia 'Cinta dan Anugerah'

Kau tempatku mengadu hati
Pemberi segala hidup
Dunia dan seisinya milik-Mu
Mencintai-Mu sejati

Ku manusia yang penuh dosa
Berharap ampunan-Mu
Lihat di langit kesempurnaan hadir-Mu
Kau cinta pertama dalam hidup

Allahu Akbar Maha Besar
Memuja-Mu begitu indah
Selalu Kau berikan semua
Kebesaran-Mu Tuhan

Allahu Akbar Maha Besar
Memuja-Mu begitu indah
Selalu Kau berikan semua
Kebesaran-Mu Tuhan



Jumaat, 9 Disember 2011

Jadual Pembayaran Gaji Tahun 2012

Orang lain sibuk dengan skim baru SBPA skrg ni, saya pun dok sibuk la juga nak post jadual pembayaran gaji bagi tahun 2012. Pekeliling baru SBPA belum keluar lagi, nanti once dah keluar, pegawai-pegawai kerajaan diminta membuat pilihan setuju atau tidak mulai 16 hingga 31 Disember 2011. Dengar2 gaji pun ada kenaikan tapi tak tau ler brape.. tunggu dan lihat je la ye.. eheheh..



Khamis, 8 Disember 2011

Mata Ke Hati

Segalanya bermula dari pandangan mata, apabila mata melihat maka akan menyusup ke dalam hati.. Demikianlah juga peribadi dan pengalaman yang ditunjukkan oleh wanita ini yang menjadi kebanggaan saya. Saya amat mengagumi beliau. Antara tokoh wanita yang berjaya dalam kerjayanya dan pemberi motivasi yang bisa membangkitkan aura positif dalam diri setiap pendengarnya.


Beliau ialah Prof Dr Muhaya Mohamad. Beliau adalah seorang ophthalmologist dan pakar lasik di Prince Court Medical Centre. Saya juga suka menonton program bual bicara beliau Mata Ke Hati. Mana la tau satu hari nanti saya berhasrat nak buat rawatan lasik bagi merawat rabun saya ni, boleh saya berjumpa beliau. Insya Allah.. Klik Di Sini







Hopefully one day saya akan jadi seperti beliau.. known as Prof Dr Nurul Aini Muhamad Mokhtar (eheheh.. motivasi diri kena tinggi, baru la matlamat akan tercapai, insya Allah)

My Story

Macam2 nak diceritakan tapi tak pandai nak mengarang ayat.. cite sikit2 je la ek.. last weekend kami menghadiri majlis perkahwinan sepupu helmi di melaka.. dpt snap picture dgn pengantin pempuan je (cousin helmi).. pengantin lelaki tak tau entah ke mana..


Bersama pengantin dan mokcu


Selamat pengantin baru.. dan selamat menjalani kehidupan berumahtangga..

And nak story gak sket ttg anak2.. Alhamdulillah anak2 ibu dah semakin membesar dgn bijak dan sihat skrg.. kakak dah semakin independent dan sgt sayangkan adiknya.. adik pulak skrg dah semakin ligat mengesot ke depan dan ke belakang.. kalau dok dalam buai pulak kejap je dah keluar berdiri sambil berpaut kat buai.. risau jugak ibu takut adik jatuh.. hmm


Kakak dan ayah


Hai adik.. sampai ke kaki nak drive?? Eheheh..


My 2 princess


Kakak si manja

Jumaat, 2 Disember 2011

Relaxing




Last week, after kami shopping barang-barang di NSK Kuchai Lama, saya didatangi oleh promoter Slimming Sanctuary mention and persuade me to take their promotion for just RM38 (katanya price asal worth RM300 ++). Saya pun ambik satu dan suami satu..


Antara promotion saya ;
1x Full Body Slimming
1x Full Body Contour Wrap
1x Aroma steam bath
Free Tummy Massage


Dan promotion suami saya ;
1x Abdominal Stim For Men
Thermal Wave (Tummy)
Thermal Wrap (Tummy)
Tummy Massage


Maka kedua2 nya berharga RM76.. kami just nak ambik the promotions once sbb belum pernah lagi pegi slimming centre ni.. saje2 je nak merasa.. bukan serius pun.. harap2 kami tidak tergoda dengan pujukan sales agent diorg utk ambik session2 seterusnya.. mahu 5, 6k harganya.. haha..

Saya Yang Lemau


Semenjak dua menjak ni mood dan semangat saya udah semakin down.. May b antara beberapa faktor kat bawah ni kot..

- Saya sangat letih sejak akhir2 ni.. balik keje then masak for dinner, menguruskan anak2, siapkan brg2 anak, iron baju dsb.. masuk tido pun lewat, bgn tido lagi la lewat..

- Saya banyak kena belajar benda baru, mcm2 software.. sampai otak saya jadi letih..

- Saya memikirkan masalah berat bdn saya yang makin bertambah hari demi hari ni.. org kata breastfeed anak berat bdn turun, tapi saya ni tak pun..

- Ni dah end of the year kot.. kalau early of the year tu mesti bersemangat dan berkobar2 nak achieve mcm2 target.. (alasan)

- Saya tak sabar nak masuk rumah baru.. supposed rumah saya siap dan boleh diduduki bln disember ni.. tapi postpone sampai februari la pulak sbb belum dpt CF.. hopefully pemaju jgn postpone lagi, kalau tak nak tuntut ganti rugi.. haha..

- Saya tak sabar nak bercuti2 malaysia dgn family saya.. dah lama tak cuti2 dengan husband n anak2..

- And last but not least, saya tak sabar nak tunggu bonus bln disember ni.. eheheh.. my husband, my daughters n i nak shopping baju2 baru.. eheheheh..

- Chaiyok2.. sentiasa positifkan diri dalam apa jua keadaan..


p/s : Happy Disember kawan2..