Selasa, 19 Jun 2012

Checklist Pindah Rumah Baru

Alhamdulillah, insya Allah jika tiada aral melintang n treasury dah release semua payment, akhir bulan ni kami akan dapat kunci.. selepas itu, bermula la pula aktiviti2 sebelum bole pindah ke rumah baru..

Rumah kami kecik je, tapi checklist tak mau kalah mcm duduk umah besar.. hahaha

Antaranya adalah :-
Grill
Wiring
Plug, lampu, kipas
Cornice/plaster ceiling
Cat
Railing langsir
Langsir (day n night)
Sofa
TV
Carpet
Aircond
Cermin besar
Pecah dinding untuk besarkan dapur
Kitchen cabinet
Hob & hood
Sink
Water Filter
Microwave
Set katil untuk bilik ke-2
Katil single untuk bilik ke-3
Accessories toilet
Water heater (toilet)
Internet
Astro

Banyaknyeee checklist.. aduh risau gak. Yang wajib buat yang colour biru ni.. yang lain2 ni kena tgk bajet dulu, kalau bajet lebih bole buat, kalau idak kena tunggu next time la nampaknya.. hehe.. Semoga dipermudahkan, insya Allah

Jumaat, 15 Jun 2012

Jom Kira BMI !

Saje je saya post ni supaya senang saya monitor BMI saya.. n supaya saya lebih gigih untuk mencapai BMI yang ideal untuk saya..



.
.
.
.
.

Jom kira BMI di sini

Rabu, 13 Jun 2012

7 & 2

Last friday semasa dok layan tv sebelum check-out, buka rancangan Tanyalah Ustazah. Penceramah yang diundang is my idol, Prof Dr. Muhaya Mohamad. Menurut beliau kita kena jauhkan diri drpd 7 sifat dan amalkan 2 sifat ni dlm kehidupan kita sehari2an..

7 sifat yang perlu dijauhi :
- Takut (hanya perlu takut pada Allah)
- Marah
- Dendam
- Dengki
- Benci
- Tamak
- Percaya tahyul

2 sifat yang perlu diamalkan :
- Kasih sayang
- Bersyukur

* nice to share..

Isnin, 11 Jun 2012

Cerita Hujung Minggu

Last week kami suami isteri ambik cuti khamis jumaat sbb nak bwk anak jenjalan ke port dickson. Seronok tgk anak2 happy. Khamis tengahari kami bertolak ke PD dan check-in di Hotel Avillion Admiral Cove around pukul 2.45 pm. Lepas je check-in terus bwk anak2 mandi swimming pool.. happy betul diorg.. petangnya anak2 tertido kepenatan.. mlmnya pulak kami makan ikan bakar di Restoran Ikan Bakar MPPD

Esoknya lepas breakfast, sekali lagi kami mandi swimming pool sbb aqilah nak mandi lagi.. suka betul dia berenang2 dengan pelampung dia tu.. kemudian kami check-out kul 12.30 pm dan terus bertolak ke Tampin utk menghadiri majlis perkahwinan sepupu helmi. Kami check-in di Hotel Bajet Y&Z. Walaupun cuma hotel bajet, tapi keselesaan dan kebersihannya tetap memuaskan. Kami menghadiri majlis perkahwinan sepupu helmi dan petangnya terus bertolak balik ke Melaka untuk menghadiri majlis perkahwinan belah lelaki pula.

Rumah mentua di Melaka tengah renovate besarkan rumah. Nanti rumah dah siap bole upload di sini. Rumah saya jugak yang belum lagi dapat diduduki. Tak sabarnya!

Baru tiba di Hotel Avilion Admiral Cove

Happy anak2 mandi swimming pool

Akak tak bole berenggang dengan pelampungnya

Akak semakin berani

Di Hotel Bajet Tampin

Selamat Pengantin Baru

Wanita2 comel.. hehe

Rabu, 6 Jun 2012

Jom Coti !!

Bestnya esok nak bercuti ke PD ngan suami n anak2.. 1 hari je pun.. dok kat avillion admiral cove.. jumaat pulak lepas checkout nak bertolak ke Tampin untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu helmi pada hari sabtu.. ahad pulak majlis belah lelaki kat Melaka.. fuhh mesti penat minggu ni.. Enjoy!!!



Azam Pertengahan Tahun?..Hehe

Sedar tak sedar dah setengah tahun dah berlalu.. cepat dan pantas sungguh rasanya masa itu berlari.. sebulan lebih lagi umat Islam akan berpuasa di bulan Ramadhan.. Ya Allah, sihatkanlah tubuh badanku agar aku dapat melakukan ibadat sebanyak2 nya di bulan2-Mu yang mulia ini.. Rejab, Syaaban, Ramadhan..

Hari ni puasa. Kena ganti puasa 2 hari. Best gak puasa ni, dapat mengawal nafsu makan.

Sempena dah setengah tahun ni, saya nak buat azam baru la..
  • Saya nak kurangkan berat badan, insya Allah dengan usaha dan kesungguhan.. i can do it!
  • Saya nak bekerja dengan bersungguh2
  • Saya nak start ajar anak saya mengaji Muqaddam
  • Saya nak kurangkan penggunaan kad kredit.. Skrg ni ada 3 kad kredit, hmm rasanya nak terminate 2 la, nak tinggalkan 1 je
  • Saya harap adik saya akan berjaya dalam exam A-Levelnya dan dapat fly ke India untuk further study dalam bidang Perubatan this September
  • Saya nak duduk umah baru (lambatnya nak tunggu pemaju call suruh ambil kunci.. hmm.. harap2 dapat beraya kat umah baru)
  • Saya nak berbelanja dengan berhemah, taknak boros2 lagi
  • Saya nak tingkatkan self confidence diri
  • Saya nak celebrate our 4th anniversary di restoran2 best (aik, tadi kata nak kurangkan berat bdn, ni nak makan best2 plak.. adoi.. ala sesekali takpe kot.. hehe.. our anniversary time bulan puasa, makan berbuka la nampaknya)
  • Saya nak jadi isteri mithali untuk Muhammad Helmi bin Rahim dan ibu yang baik dan penyayang untuk Nur Aqilah binti Muhammad Helmi & Nur Faqihah binti Muhammad Helmi
  • Apa lagi ek? Rasanya byk lagi.. ehehe

Isnin, 4 Jun 2012

Mood Ceria

Thanks dear hubby for the present (walaupun birthday saya lambat lagi..) Dah lama dah nak, akhirnya dapat jugak.. hehe.. nanti dpt duit kutu nak beli lagi la..