Isnin, 29 November 2010

Coretan Hari Ini

Salam.. =)

Hari ni masuk lewat skit kat ofis sbb aqilah ada appointment klinik.. umurnya hari ni 1 tahun 7 bulan 6 hari.. hari ni aqilah diberi last injection bagi tahap baby.. skrg ni bukan main lasak lagi, berlari ke sana, berlari ke sini, kalau tak dikawal mmg diterjahnya semua bilik2 yang ada kat klinik tu.. kdg2 tu mmg hilang sabar jugak tapi kena la sabar menangani perangai dan kerenah anak yang semakin membesar ni.. aku ni jenis sabar skit, kalau ayahnya sure dah kena babab dah.. hehehe.. alhamdulillah aqilah dah recover drpd cirit-birit yang dihadapi last week.. semoga anakku akan sentiasa ceria dan bersemangat untuk meneroka pengalaman dunia kanak2 nya.. bila ye nak start ngajar anak mengaji?? insya' Allah nanti bila aqilah dah bole fokus dan menerima pengajaran, aku nak ajar dia ngaji, membaca, mengeja, mengira dsb.. insya' Allah..

Jumaat, 26 November 2010

My Pregnancy Moment

Alhamdulillah.. my 2nd pregnancy dah masuk minggu ke-19.. semalam ada checkup bulanan mcm biasa dan scaling gigi.. checkup bulanan mcm biasa, check air kencing, check tekanan darah, timbang berat, check Hb darah dan check perut.. alhamdulillah result semuanya normal.. dapat gak dgr jantung bb semalam.. rasa tak sabar plak nak nak gi scan perut.. kemudian tengahari pulak pegi klinik gigi sebab ada appointment scaling gigi.. punya la nervous sbb ni 1st time nak buat scaling gigi, masa 1st pregnancy dulu doktor ada cuci skit2 je.. aduh time buat scaling tu memang sakit dan nyilu especially bila tang tepi2 gusi tu.. banyak la jugak darah yang kuar.. huhuhu.. tapi ok la jugak sebab doktornya pun, Dr. Noor Syahida memang peramah sgt2.. orgnya pun suka senyum je.. lepas buat scaling tu mmg rasa best je gigi.. petang smlm pulak bawak aqilah gi klinik sbb dia dah 2 hari cirit birit.. kesian plak tgk dia sbb punggung nya dah merah2 dah.. tapi nak makan ubat punya la payah sampai terjerit2.. hopefully anak ibu will recover very soon.. insyaAllah..

Jumaat, 5 November 2010

Bulan November Menjelang Sudah

Assalamualaikum..

Lamanya tak bersiaran.. ada member kata blog ni dah berabuk, tak di update.. hehe.. kengkadang tu ada je cerita yang nak di update, tapi bila tunggu3 dah lupa.. last2 tak di update.. hehehe

Tgk tu.. sedar tak sedar, dah masuk bulan november dah rupanya.. cepatnya masa berlalu.. pejam celik pejam celik tak lama lagi tahun 2010 akan berlalu meninggalkan kita.. Nak masuk tahun 2011 pulak.. kena bukak buku baru la pulak lepas ni.. bak kata pepatah, buang yang keruh ambil yang jernih.. semoga tahun2 yang mendatang akan menjanjikan kebahagiaan yang lebih lagi buat diriku, keluargaku dan semua pembaca2 budiman sekalian..

Esok cuti sempena hari deepavali.. malam ni kami ber-3 akan pulang ke kampung melaka.. sesaje je balik sbb husband kata dah lama tak balik melaka.. pastu nak gi jenjalan kat zoo melaka.. hehe.. selalu kalau balik melaka jarang dpt pegi jalan2, asyik terperok kat umah je.. disebabkan melaka dah jadi negeri maju pada 20.10.2010 ari tu, aku pun nak pegi la jenjalan sekitar bandaraya melaka.. hehehe

Rasanya setakat tu dulu entry ku kali ini.. insyaAllah akan di update lagi bila ada kelapangan..

daa... :)