Isnin, 11 April 2011

Pengalaman 38 Minggu

Nervousnya rasa.. lebih kurang 2 minggu je lagi due dateku.. due nya 22/4/2011. Semoga Allah mempermudahkan segalanya.. Amin.. Last week terasa mcm ada keluar air tapi tak pasti plak air ketuban atau bukan.. Jumaat mlm lepas keje aku, suami n aqilah pun pegi la hkl untuk check.. aduhai punya la lama procedure nya.. dari pukul 8 lebih sampai kul 11.. lepas bukak fail dan check air kencing, aku berbaring utk prosedur check jantung baby, check menggunakan spekulum dan check VE.. selepas dipastikan rupanya bukan air ketuban yang bocor, kalau air ketuban dah kena bagi antibiotik untuk mengelakkan kuman masuk melalui tempat bocor.. jalan pun belum buka lagi.. Lepas tu ingatkan dah sudah dah prosedur nya, rupanya belum lagi. Lepas tu kena check CTG pulak lebih kurang stgh jam.. dah la panas sgt kat tempat tu, sampai berpeluh2 aku.. after that kena buat scan pulak.. tunggu lama jugak sbb nak kena tunggu doktor senior.. aduh perut dah semakin berbunyi2 lapar sbb tak makan apa2 dr ptg.. selepas scan akhirnya disahkan air ketuban banyak dan mencukupi.. lepas habis semua prosedur kitorg apa lagi terus bergegas ke kg baru makan nasi berlauk.. aqilah pun sgt kelaparan nampaknya.. after that sbb letih sgt2 terus balik rumah, sampai umah dlm kul 12 mlm agaknya.. aqilah terus mengamuk2 nak tido sbb dah ngantuk sgt dah.. sian anak ibu.. aku pulak wpun kepenatan dan mengantuk yg amat sgt, tetap tak dpt melelapkan mata.. mungkin nervous agaknya..