Sabtu, 29 Oktober 2011

My Dream House


Cantiknya.. bole buat idea utk kitchen cabinet nanti.. hehe


Jumaat, 28 Oktober 2011

Dahulu vs Sekarang


Bangunan JPS dulu2..

Bangunan JPS sekitar tahun 2009/2010
.
.
.
.
.
Dan kini, JPS lebih berwajah baru..dah byk renovate.. tapi gambornya takde kat sini.. hehe


Seminggu di Sandakan

Ni antara gambar2 abah, mak & along jenjalan di sandakan ari tu.. 1/10/2011 - 9/10/2011

Kami hantar mak & abah ke KLIA
Masjid Jamek Darulhuda, Daerah Telupid
"Tagal" Sg. Moroli, Kg. Luanti Baru, Ranau
Ikan urut kaki di Ranau
Besar2 jugak ikan..
Ladang Nalapak, Teh Sabah

Teh Sabah bole ambik jadi promoter ni.. hehe


Kaki Gunung Kinabalu
Liwagu Trail
Ladang Strawberry


Tengok perah susu lembu





Pasar Umum Sandakan


Dlm flight ke KL


Sedihnya..

Hari ni genap usia adik 6 bulan.. tapi sob, sob sedihnya sbb dah mula campur adik dengan FM.. stok susu kat umah mak dah abis.. tapi ibu akan tetap pam n bagi direct breastfeed kat adik especially at night.. nak tingkatkan waktu mengepam la supaya susu bole byk mcm dulu lagi.. insya Allah

Adik dah pandai meniarap

Kakak dengan aksi manjanya

Rabu, 26 Oktober 2011

Selamat Pengantin Baru Anoi & Suami

Last saturday, my family and I went to taman tasik titiwangsa to attend anoi's wedding.. Anoi is my neighbour's daughter.. The ceremony was held nearby tasik and it was so wonderful moments especially to the bride and bridegroom.. Here are some of the pictures taken.. =)










Congrats to the newly weds.. ;)

Bila Ni?

Bestnya dgr cite member ku myazara dah dapat kunci umah baru.. n tgh renovate sblm masuk umah barunya.. syoknya tak sabar pulak rasa nak menunggu bila la turn aku pulak.. tak sabar dah ni.. heheh

Dah lama sgt dok menyewa umah org, mmg sgt2 tak sabar nak duduk umah sendiri.. Hopefully end of this year or early next year dah bole duduk umah baru.. post terdahuluku..

"Rumahku.. Syurgaku.."

Sabtu, 22 Oktober 2011

Luahan di Petang Hari

Hari ni saya rasa bosan sgt2.. iye la model plaxis saya bos belum check lagi.. so saya sangatlah bosan nak menunggu bila la bos nak siap semak properties & phase2 dalam model plaxis saya.. arggh nak study buku2 engineering ni rasa malas pulak.. (sambil melirik ke arah jam..) hmm masa pun dah kul 3.45pm.. lagi 45minit je lagi nak balik.. sabar lah.. hehe.. isnin depan pulak saya kena pegi muar untuk lawatan tapak bersama kak wani & kak hajar.. hopefully keje bole siap dlm 1 hari sebab kalau kena continue the next day rasa berat skit la pulak.. iye lah nanti mesti b* sakit sbb full.. nak pam plak nanti nak letak mana nak bawak balik.. huhu.. saya ni jarang2 gi outstation, sbb tu sblm ni tak risau, selalu direct breastfeed je.. uwaaa..

Nak pegi outstation saya plak yg sedih, tak pernah lagi berenggang dengan si kecil.. lagi pulak dia tu anak manja ibu.. tak nampak ibu depan mata dia, dia pun apa lagi..menangis la.. Ada satu benda lagi tak sabar next week.. patiently wait for it aini.. hehe.. betul tak abg?

Mode : *seronoknya sebab esok lusa coti.. time 4 familyyy*

Selingan

My dream car or my husband's dream car? Just a simple MPV 4 our family.. =)

Jumaat, 21 Oktober 2011

Penat dan Letih

Lately, saya sgt2 letih dan mengantuk.. anak tak berapa sihat, selsema dan batuk.. hampir setiap mlm adik akan meragam around kul 2 lebih then after susukan dia, lambat pulak nak tido balik.. kengkadang kul 4 lebih baru dpt tido balik.. hasilnya.. kenkadang kat ofis masih bole bersemangat dan ceria, kengkadang pulak sgt letih dan sleepy mcm hari ni.. i need rest.. especially i need vacation.. can mr hubby?

Selasa, 18 Oktober 2011

Adik Tido Ganas

Adik.. adik.. anakku nur faqihah dah semakin ganas tido.. tido nak kena buai baru lena.. tapinya punya la ganas tido.. pusing sana, pusing sini.. kadang2 kepala dah terjulur ke bawah dah.. aduhai adik.. yang tak bole tahannya dah 3x adik jatuh dari buai.. sekali tu jatuh landing bawah bantal (mmg letak bantal kat bawah buai tu sbb risau adik jatuh), sekali tu pulak time ibu, ayah n akak tgh tido, sedar2 adik dah meniarap bawah buai tu, tak tau ler bila adik turun, tapi takde plak nangis apa2.. so ibu agak mesti adik jatuh landing bawah bantal then terus meniarap kat tikar.. n the third time pulak ptg smlm adik pusing sana, pusing sini, tiba2 'pekk' dgr dahi adik dah terhentak kat toto.. aduhai adik.. nasib baik nangis kejap je.. kemudian ibu dah taruk 2 biji bantal kat bawah buai sbg protection.. risaunya..

Sabtu, 15 Oktober 2011

Sekadar Peringatan Utk Diri Sendiri & Semua

Hati.. hati.. kadangkala hati ini sukar dimengerti.. hanya Allah tempat mengadu dan meluahkan segala yang terbuku di hati ini.. semoga hati ini akan sentiasa mengingati-Nya tidak kira di masa susah atau senang.. Jangan hanya di waktu susah sahaja kita mengingati-Nya, tapi di waktu senang kita melupakan-Nya..

Ya Allah, Kau jadikanlah aku dan keluargaku serta semua umat Islam di muka bumi-Mu ini sentiasa istiqamah mengerjakan solat.. Walau dalam apa keadaan sekalipun, solat seharusnya menjadi perkara utama daripada perkara2 lain.. Sebagaimana firman Allah Taala fi kitabihil aziz.. "Asta'inu bissobri wassolah.." (Mintalah pertolongan daripada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat..), maka hendaklah kita sentiasa menjaga solat 5 waktu, insya Allah hidup kita akan lebih terarah dan hati2 kita akan menjadi tenang..

Sebagai manusia biasa, aku juga tidak terkecuali mengenai perkara ini.. kadangkala terlalu lalai dan mengabaikan waktu solat.. dan solat juga tidak se-khusyuk yang diharapkan.. semoga aku dapat memperbaiki ibadah solatku hari demi hari dan sentiasa istiqamah untuk melaksanakan amalan2 yang diperintahkan oleh-Nya.. dan menjauhi larangan2-Nya.. insya Allah.. Amin Ya Rabbal Alamin..



Jumaat, 14 Oktober 2011

Kring2.. "Hello!"

Hari ni rasa mengarut plak nak tepek gambar handset2 yang pernah aku guna start dari mula pakai handset sampai skrg..hehe

ni 1st handset aku yg paling season skali.. hehe.. punya la besar gaban.. time ni abah beli sebab aku masuk uitm kat arau thn 2000.. sebab jauh di hujung semenanjung, abah pun beli la sebuah handset utk aku.. tapi time ni mmg nampak gah ler jugak, almaklum lah time tu tak ramai lagi yg pakai handset.. aku ler antara beberapa org yg ada handset.. so wpun besar gaban, kira bangga la jugak.. hehe


Lepas tu rasanya aku ada guna handset siemens.. tapi gambornya takde kat sini.. after that aku bertukar pulak ke handset nokia 3210.. waktu tu handset ni dah dikira handset yang mahal ler jugak.. tapi ada gak lebih mahal skit, nokia 3310.. aku pun menyimpan angan2 utk memilikinya suatu hari nanti..

kemudian apabila dah ada duit lebih skit, aku pun membeli nokia 3310.. waktu tu mahal lagi handset ni, nak dekat 600.. aku beli time discount dpt la 400 lbh.. handset ni dah old of stock, takde kuar dah skrg ni.. waktu dulu2 simcard punya la mahal, 200 lbh.. tapi kalau skrg ni murah je simcard..


lepas tu aku ada guna beberapa handset lagi rasanya.. tapi tak ingat model apa, yg pastinya masih nokia.. lepas tu pulak aku beli nokia 6120 ni.. mmg best handset ni sbb pink gitu.. nampak ladies.. tapi handset ni kamera dah tak berapa clear, kabur je nampak.. maka finally aku bertukar ke nokia C6-01.. dah masih dipakai sehingga sekarang..


hehe, my paling best handset setakat ni sbb touch screen.. hehe.. after all, nampak sgt aku ni penggemar nokia kan.. wpun dah kuar jenama lain yg best2 spt samsung, htc, blackberry etc, aku masih tetap pilih nokia.. dah sebati kot dlm diri.. hehe.. alkisahnya ttg handset2 ku.. tamat cerita..