Selasa, 25 Januari 2011

Aqilahku Sayang

Alhamdulillah.. anak manja ibu dah 1 thn 9 bulan dah.. macam2 kerenah dia skrg.. tapi dia juga la penawar hati, pengubat duka lara.. ibu luv u so much!!! Hmm tgk ler aksi dia tido dalam keta.. memang mengantuk sgt2 ni..




Tengok ler aksi nya pakai seluar jeans, baju n kasut baru ayah beli.. hehe.. suka dia..


Anak ibu pakai tudung.. =)

Rabu, 19 Januari 2011

Teringin..

Sesekali ku rasa teringin.. melewati hatimu yang dingin.. hehe ni cuma lirik lagu je.. just nak post perkara2 yang aku rasa teringin sgt dlm diri ni.. hehe

1. Teringin nak dapat baby lelaki.. (dah scan dah, tapi tak nampak jantina.. almaklumlah anak 1st gegirl, so teringin plak nak anak lelaki, btw tak kisah la lelaki atau perempuan.. ibu tetap sayang anak ibu sepenuh jiwa)

2. Teringin nak tukar bahagian lain pulak.. (almaklumlah bulan 8 tahun 2011 ni genap ler aku 5 tahun kat korporat ni.. sejak dari mula masuk JPS sampailah la ni masih lagi di korporat.. kengkadang dah terasa keboringan yang amat sangat.. wahai pengurusan atasan, cepat2 ler luluskan permohonan aku nak tukar bahagian, nak jugak merasa tugasan yang lain pulek.. huhu)

3. Teringin nak bawak keta manual.. (hahaha, walaupun bawak keta manual mcm kuda, tapi skrg ni mcm teringin pulak nak drive keta manual.. naik bukit ler yang paling menggelabah skit, almaklumlah tak pandai nak balance minyak dan kelas.. hehe)

4. Teringin nak bake cakes n cupcakes.. (memang sedap sgt tgk kek2 n cupcakes yang comey2.. kalau lah aku teror buat sendiri.. kan best!!!)

5. Teringin nak kurus.. (huhu, ni payah skit kot sbb aku kuat makan)

Apa lagi ek??? rasanya byk lagi yang teringin.. tapi tu je la yang terfikir buat masa ni.. hehehe
Apakah pula yang anda teringin??

Khamis, 13 Januari 2011

Saje2

Assalamualaikum wbt..

Hmm sebenarnya takde cerita sensasi pun nak dikhabarkan.. tapi rasa bosan yang membelenggu diri.. so aku pun nak coretkan la apa2 je yang terlintas di fikiran buat masa ni.. heheheh

Alhamdulillah usia kandunganku sekarang sudah masuk minggu ke-25 (maknanya dah 6 bulan lebih dah..).. tetap jugak terasa takut & nervous wpun ni dah 2nd pregnancy.. ye lah yg 1st dulu aku bersalin ceaser.. insya'Allah kalau diizinkan Allah aku nak bersalin normal pula.. Sekarang ni eager jugak nak tau jantina baby wpun scan tak nampak.. tapi takpe la aku & suami tak kisah lelaki atau perempuan.. insya'Allah kami akan menjaga zuriat kami dengan sebaiknya.. memberi didikan duniawi dan ukhrawi yang sempurna utk mereka..

Aqilah sekarang dah 1 tahun 8 bulan lebih, semakin banyak celoteh mulutnya.. tapi yang paling best bila dia dah reti panggil 'ibu' dengan fasih.. dulu reti panggil 'ayah' je..

Antara kegemaran2 aqilah skrg ;
- sangat suka minum susu, setiap pagi & sebelum tidur mesti nak sebotol susu, kalau tak menangis2 nak susu..
- sangat suka makan cokelat.. helmi skrg dah tak bagi slalu2 beli cokelat dah takut gigi dia rosak
- time nak gosok gigi dia mesti jerit..
- sangat suka jalan2.. kalau kita siap2 pakai tudung je, dia pun siap2 dah ambik kasut dia..
- suka baling2 barang.. habis remote astro dibalingnya.. tension helmi almaklumlah baru pasang astro.. hehe
- kurang makan.. payah betul nak bagi dia makan nasi, kdg2 taknak makan nasi, nak susu je
- dah pandai berjoget2 depan tv bila dengar lagu.. nyanyi pun dah pandai skit2.. (slang dia la.. hehe)
- dan lain2 lagi.. hehe

Tu je la serba sedikit entry tuk kali ni.. tengah buat lnpt sebenarnya.. tapi malas pulak nak buat, takpe la next week baru hantar.. hehe

Daaa....

Jumaat, 7 Januari 2011

Biarlah Rahsia

Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku membayangkan
Pahit manis berlaku
Entah siapa yang tahu

Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesakkan
Takkan tugumu kebal tiada pertimbangan
Keheningan malam membangunkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiada ku menjauhi

Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam
Ku putuskan.. biarlah rahsia

Semakin aku hidup dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata2 bertulangkan dusta

Keheningan malam membangunkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiada ku menjauhi

Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam
Ku putuskan.. biarlah rahsia

Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku...

(lirik lagu biarlah rahsia, siti nurhaliza)

Rabu, 5 Januari 2011

Laporan 10 Tahun Perjalanan Hidupku

Assalamualaikum..

Cepat betul masa berlalu.. rasanya mcm masih di bangku sekolah lagi.. chewah..

1999 : Cerita sikit tahun 1999 sebab tahun ni la yang memperkenalkan aku dan suamiku kini.. Alkisahnya aku belajar di Matrikulasi KYPM Bangi dan suami amik Diploma di UiTM (masa tu baru je tukar dari ITM ke UiTM..). Satu hari kawanku ayien nak berjumpa dengan bekas pakwenya, khairi. So kawan aku ni pun ajak le aku meneman sementara khairi pulak ajak helmi meneman. Sejak dari tu la bibit pertama perkenalan kami.. Masa tu masih takde apa2 perasaan pun lagi, just kawan je.. ^_^

2000 : November 2000 aku diterima masuk ke UiTM Arau, Perlis. Memula tu rasa sedih sgt sbb ingatkan dapat kat UiTM Shah Alam.. rupa2nya jauh di hujung Semenanjung. But then tekadkan hati dan bulatkan semangat utk pergi juga menyambung pelajaran dan melengkapkan ilmu di dada.. chewah..

2000 - 2004 : Tempoh pengajian di UiTM.. mcm2 cerita suka dan duka ditempuhi.. zaman remaja..

2005 : Keje sekejap sebagai guru sandaran ganti guru bersalin, ambik English Course kat Citinetics, keje kat RAS Engineering Services Sdn. Bhd., keje PKS kat SPA.. and tahun ni juga la aku dan helmi start couple.. hehe.. setelah sekian lama lost contact, akhirnya contact semula after finish study dan bermulalah bibit2 cinta.. =)

2006 : 24 Ogos 2006 dapat tawaran kerja kat JPS. Yeay akhirnya dapat jugak aku keje tetap.. alhamdulillah.. =)

2008 : 9 Februari 2008 aku bertunang dgn helmi..
26 Julai 2008 kami bernikah dan bermulalah episod baru dalam hidup kami.. hidup berumahtangga..

2009 : 23 April 2009 aku melahirkan puteri sulungku, Nur Aqilah binti Muhammad Helmi.. Akhir November pula, along kena transfer ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan.. sedih sgt rasa..

2010 : Bulan Jun 2010, kami 3 beranak pegi jenjalan ke Sandakan.. bestnya bercuti.. nanti nak plan 4 holiday lagi.. Bulan Julai pula, aku disahkan pregnant lagi.. insyaAllah due April 2011.. sekarang dah 6 bulan pregnant.. semoga semuanya akan sihat & selamat, insyaAllah..

.. Begitulah serba sedikit coretan hidupku sepanjang 10 tahun lepas.. Semoga tahun2 mendatang akan membawa lebih kebahagiaan dalam hidupku.. Aminnn...

Selasa, 4 Januari 2011

Selamat Tahun Baru Masihi 2011


Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2011 kepada semua kawan2.. Sedar tak sedar kita dah menginjak ke tahun 2011 dan azam semestinyalah kena baru dan 'fresh'.. ^_^

InsyaAllah harapnya azam2 aku tahun 2011 ni akan tercapai la.. dengan semangat, kegigihan dan usaha.. tak perlu lah rasanya list kan di sini apa azam2 tahun baru aku, cuma biarlah ianya menjadi azam yang tersemat dalam diri dan sentiasa menjadi dorongan untuk aku sepanjang tahun 2011 ini dan juga tahun2 seterusnya..

Hari ni 3/1/2011, hari pertama memulakan keje bagi tahun 2011, mulakan dengan bismillah.. insyaAllah semua tugas dan amanah yang dilaksanakan akan diberkati oleh Allah..