Rabu, 5 Januari 2011

Laporan 10 Tahun Perjalanan Hidupku

Assalamualaikum..

Cepat betul masa berlalu.. rasanya mcm masih di bangku sekolah lagi.. chewah..

1999 : Cerita sikit tahun 1999 sebab tahun ni la yang memperkenalkan aku dan suamiku kini.. Alkisahnya aku belajar di Matrikulasi KYPM Bangi dan suami amik Diploma di UiTM (masa tu baru je tukar dari ITM ke UiTM..). Satu hari kawanku ayien nak berjumpa dengan bekas pakwenya, khairi. So kawan aku ni pun ajak le aku meneman sementara khairi pulak ajak helmi meneman. Sejak dari tu la bibit pertama perkenalan kami.. Masa tu masih takde apa2 perasaan pun lagi, just kawan je.. ^_^

2000 : November 2000 aku diterima masuk ke UiTM Arau, Perlis. Memula tu rasa sedih sgt sbb ingatkan dapat kat UiTM Shah Alam.. rupa2nya jauh di hujung Semenanjung. But then tekadkan hati dan bulatkan semangat utk pergi juga menyambung pelajaran dan melengkapkan ilmu di dada.. chewah..

2000 - 2004 : Tempoh pengajian di UiTM.. mcm2 cerita suka dan duka ditempuhi.. zaman remaja..

2005 : Keje sekejap sebagai guru sandaran ganti guru bersalin, ambik English Course kat Citinetics, keje kat RAS Engineering Services Sdn. Bhd., keje PKS kat SPA.. and tahun ni juga la aku dan helmi start couple.. hehe.. setelah sekian lama lost contact, akhirnya contact semula after finish study dan bermulalah bibit2 cinta.. =)

2006 : 24 Ogos 2006 dapat tawaran kerja kat JPS. Yeay akhirnya dapat jugak aku keje tetap.. alhamdulillah.. =)

2008 : 9 Februari 2008 aku bertunang dgn helmi..
26 Julai 2008 kami bernikah dan bermulalah episod baru dalam hidup kami.. hidup berumahtangga..

2009 : 23 April 2009 aku melahirkan puteri sulungku, Nur Aqilah binti Muhammad Helmi.. Akhir November pula, along kena transfer ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan.. sedih sgt rasa..

2010 : Bulan Jun 2010, kami 3 beranak pegi jenjalan ke Sandakan.. bestnya bercuti.. nanti nak plan 4 holiday lagi.. Bulan Julai pula, aku disahkan pregnant lagi.. insyaAllah due April 2011.. sekarang dah 6 bulan pregnant.. semoga semuanya akan sihat & selamat, insyaAllah..

.. Begitulah serba sedikit coretan hidupku sepanjang 10 tahun lepas.. Semoga tahun2 mendatang akan membawa lebih kebahagiaan dalam hidupku.. Aminnn...

3 ulasan:

  1. so sweet perjalanan hidup aini, senang dan mudah...tak macam saya...hu,hu,hu...

    BalasPadam
  2. Tak semudah itu jugak norma, banyak lagi kisah sedih dlm hidup aini.. setiap org pasti ada dugaan dan cabaran sepanjang hidupnya.. yang penting mestilah tabah menghadapinya dan sentiasa memohon pertolongan daripada-Nya.. insya'Allah..

    BalasPadam