Rabu, 18 Mei 2016

Wordless Wednesday


Kenangan di hari pernikahan *26 Julai 2008*

My hubby & I
8 years of marriage.. forever till Jannah

Khamis, 12 Mei 2016

Cameron Highlands

Assalamualaikum.

Entry kali ini adalah entry yang nak di-update tapi asyik tertangguh je sekian lama. 4 hingga 7 April yang lepas, aku ada mesyuarat VE di Cameron Highlands. Maka, aku pun teruja la nak pegi sebabnya dah umur 35 ni belum pernah lagi menjejakkan kaki ke cameron highlands. Hubby amik cuti 4 hari dan anak2 pun bercuti dari pegi sekolah 4 hari jugak. Mula2 rasa nak tinggalkan akak dan kakngah kat rumah along sebab sayang plak nak suh diorg absent, tapi helmi kata tak best kalau ada yang tak ikut. So aku pun buat la surat memaklumkan ketidakhadiran anak2 ke sekolah.

Mesyuarat aku pack juga 4 hari tu pagi smpai mlm, jadi encik suami la yang bawak anak jalan2. Seronok juga sebab kat sana cuaca nyaman je. Kat KL time tu mmg panas, tido malam pun berpeluh2. Jadinya helmi pun beriya2 nak pegi sbb nak tido malam nyaman sket katanya. Eheheh.

Al-kisahnya mlm sblm pegi tu aku dan helmi dah siap2 rebus nasi impit dan masak rendang ayam buat bekal dlm perjalanan. Kami bertolak pagi dan singgah di rnr rawang untuk breakfast bekal yang kami bawa tu.


Nyum2.. sedap jugak aku masak rendang ayam walaupun baru 1st try

Kemudian kami pun meneruskan perjalanan. Dengan tak disangka2, ada satu kejadian berlaku yang membuatkan kami panic. Jarum temperature naik smpai paling high. Nasib baik dah dekat dengan RNR mana ntah, kami pun brenti utk check. Rupa2nya husband aku dah isi air mlm sebelumnya pastu lupa plak nak tutup radiator cap dia.. adoi abg.. abg.. Lepas tu helmi masukkan dalam 3 botol air mineral besar. Ya Allah bahaya betul, nasib baik takde apa2. Pastu kami pun teruskan perjalanan.

Kami menginap di Hotel Copthorne, Cameron Highlands. Plan lepas ni nak beli monopod, bole amik gambar satu family.. :)

Anak2 bersantai di bilik hotel

 Lepas check-in, kami jenjalan ke Kea Farm.. sebelah hotel je


 Arif dan ayah.. menikmati aiskrim strawberry


Akak dan kakngah menikmati aiskrim strawberry

Bestnya nengok strawberry kat sana.. segar2 dan murah2

 Esoknya ayah bwk anak2 jenjalan ke Boh Tea Centre Sungei Palas. Bagus akak2 tolong jaga adik


 Akak pegang daun teh sambil berlatar belakangkan ladang teh. Helmi sempat beli 5 kotak boh tea dgn pelbagai perisa


 Petangnya plak, lepas ibu abis mesyuarat, kami jenjalan ke Taman Bunga dan Serangga


 Smileee.. ;)


 Time nak balik lps check-out sempat pekena kek di cafe hotel


On the way balik, singgah Lavender Garden.. cantik2 bunga di sini. Banyak gambar tapi letak ni satu je la. Hehe

Ok daa, smpai di sini dulu entry kali ini. Bersambung di entry akan datang..