Selasa, 31 Disember 2013

Thn 2013 Bakal Melabuhkan Tirainya..

Assalamualaikum.

Lama dah saya tak menulis dlm blog ni.. hari ni dah hari terakhir thn 2013. Esok kita bukak diari baru, azam dan matlamat pun kena baru. Nanti saya akan tulis cerita2 thn 2013. Btw selamat tahun baru 2014 buat semua.. Good luck!!!

Rabu, 31 Julai 2013

Produk2 Yang Pernah Ku Ambil

Macam2 produk aku beli nak kurus.. punya la fanatik.. tapi tak kurus2 pun lagi.. huhu.. antaranya seperti di bawah ;

Aku makan beauty umaira ni lepas dengar kak ton bgtau khasiatnya dalam WHI. Dah lebih kurang 4 kotak aku makan beauty umaira ni. Beli online dalam RM230 sekotak

ALSD2 ni aku beli lepas terpegun tgk brochure dia kata satu tin bole turun 3-5kg. Tapi aku dah abis satu tin tak turun2 pun lagi. Huhu. Padahal dah ikut dah diet dia yg agak strict. 1 lagi tin aku tak bukak lagi ada kat umah. Beli online gak RM340 dpt 2 tin ALSD2, 1 ketostik dan free 1 shaker

Felinna ni aku beli sbb dgr2 best bole mengurangkan ukur lilit bdn dan sekaligus menurunkan berat bdn, best pakai dia sbb tak terlalu panas dan baunya wangi. Ukuran pinggang dah turun 2 inci. Hehe. Beli online jugak time promosi 2 botol RM120

Baru2 ni pulak aku sibuk nak try shaklee. Ambik yang trial dan sebotol lecithin. Yang ni aku makan alfalfa, bole menambahkan susu bdn, herb lax untuk mencuci perut dan lecithin untuk dietary supplement. Beli kat kawan RM90

Yang ni pun aku sibuk nak try gak. Skrg ni aku nak amalkan minum ni je tgahari, dgr2 minum ni je akan kenyang so bole menyekat skit selera makan. Beli kat kwn gak, dia bagi harga ahli RM121
.
.
.
.
.
Tu le serba sedikit cerita aku yang beli mcm2 tapi tak kurus2 pun jugak. Skrg ni aku rasa nak amalkan petua Kevin Zahri la diet dengan kiraan kalori, nanti aku nak beli e-book dia ler.. hehe

Yang penting kurus secara sihat, insya Allah..

Khamis, 20 Jun 2013

Lawatan Teknikal Ke Rompin, Pahang

Pada 17 - 19 Jun 2013 yang lalu, Bahagian Rekabentuk dan Empangan, JPS telah mengadakan aktiviti taklimat profiling dan lawatan teknikal ke Rompin, Pahang. Kami telah menginap di Lanjut Golden Beach Resort, Rompin.

Sempat kami bergambar di pantai sebelum main bola tampar pantai.. 




Selasa, 9 April 2013

Coretan Pertama Tahun 2013?

Assalamualaikum semua.

Apa khabar? Semoga sihat2 selalu dan sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah. Lama betul rasanya tak post something kat blog ni. Dah bulan april baru nak post coretan pertama bagi tahun 2013. Bukanlah terlalu sibuk tapi kadang2 belum ada cerita best yang nak dikongsi bersama. Hehe

Saya dan keluarga macam biasa, alhamdulillah sihat. Cuma penat sedikit melayan anak2 yang sedang membesar. Doa saya semoga anak2 membesar dengan sihat, cepat belajar dengan baik, belajar mengikuti suruhan Allah dan menjauhi larangan-Nya, menghormati orang tua dan sentiasa bahagia dunia dan akhirat. Amin

Ok kawan2. Semoga kita sentiasa berusaha meningkatkan ibadah wajib dan sunat bagi mendapat keredhaan Allah dan memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat, insyaallah.

Selamat mengundi buat semua. Pilihan di tangan anda untuk menentukan tampuk pemerintahan yang boleh menjurus kita ke arah kebaikan di dunia dan di akhirat. Tarikh sebenar pilihanraya belum ditetapkan oleh SPR lagi. Tapi perang bendera dah hebat di merata2! Hehe