Khamis, 25 Februari 2016

Puding Kastard Trifle

Assalamualaikum.

Last 2 weeks saya ada try buat puding kastard trifle yang mana saya dpt resepinya drpd FB (terima kasih kpd tuan punya resepi). Alhamdulillah menjadi, sedap dan kami satu family pun suka makan.

Bahan2 dan cara penyediaan adalah seperti berikut :

Bahan-bahan :
1) Kek gulung (ikut suka nak guna perisa apa) - potong ikut ketebalan yang uols suka, tapi jangan tebal2 sangat
2) 1 tin susu cair
3) 1 tin buah2an dalam tin (kalau nak guna fresh fruit pun ok, i.e strawberry, kiwi etc)
4) 1 kotak jelly crystal powder (saya guna brand nona)
5) 3 sudu besar tepung kastard (sudu penuh2 membukit tau)
6) 4 sudu besar gula (kalau nak lebih manis bole tambah)

Cara penyediaan :
1) Susun kek gulung tadi dalam bekas, mcm pic kat bawah ni. Make sure takde lubang antara susunan kek tu. Kalau ada pandai2 la cubit balance kek dan tampung kat mana2 tempat yang ada lubang tu ye. Pastu tekan2 skit kasi mampat.


2) Asingkan buah2-an dalam tin daripada airnya. Ambil airnya kemudian renjis atau sudukan atas kek tadi bagi lembab2 manja gitu. Jangan basah melampau2 plak.

3) Dalam periuk masukkan 1 tin susu cair tadi. Pastu sukat air dalam tin susu tadi. Guna 1 tin air juga. Kemudian masukkan gula dan tepung kastard. Guna hand whisk & kacau2 semua kasi sebati dan tepung kastard takde lagi berketul2. Kemudian baru masakkan atas api yang kecil. Kacau sentiasa sampai ada letupan2 kecil baru tutup api.

4) Pastu tuang kastard atas kek gulung tadi dan ratakan. 


5) Agak2 kastard dah hampir nak keras baru susun buah2-an atas kastard tu. Make sure tekan2 skit buah2-an tu supaya nanti bila tuang jelly buah2-an tu tak timbul.


6) Settle semua tu ketepikan dan masak jelly tadi (ikut cara2 masak kat kotak jelly tu yer)

7) Bila dah masak jelly tu tuang kat atas kastard buah2-an tadi. Tuang pelan2 tau. Lagi elok kalau sendukkan satu persatu. Dah habis tu simpan dalam peti sejuk smpai jelly mengeras then boleh makan.. yummy!


Ok, then.. selamat mencuba!

Majlis Perhimpunan & Sambutan CNY JPS

Assalamualaikum.

Semalam 24 februari 2016 telah berlangsung Perhimpunan Bulanan JPS dan Sambutan Chinese New Year di perkarangan Ibu Pejabat JPS.

Majlis telah dirasmikan oleh my favourite boss, Y. Bhg. Dato' Ir. Hj. Zulkefli bin Hassan. Hadirin ramai yang memakai baju merah kerana mengikut masyarakat cina lagi merah lagi ong. Menu jamuan adalah spaghetti, kuih2, cheese tart, limau dan jajan2.











Khamis, 18 Februari 2016

Luahan Rasa

As salam.

Hmm, tak tahu mcmana nak cakap. Tak tahu mcmana nak luahkan isi hati. Tak pandai nak bercerita dengan org sana sini. Mayb blog ni je la medium terbaik untuk aku meluahkan perasaan yang terbuku di hati.

Lately rasa mcm bekerja pun tak seronok. Bukan sebab surrounding kat ofis ni, surrounding kat sini ok. Kawan2 semua ok dan best. Mungkin perasaan hati ni membayangkan tugas kat sini dah tak syok kot. Aku dibayar gaji untuk laksanakan tugas, tak kira la tugas tu mcmana sekalipun. Kerja tu amanah, kena laksanakan seikhlas hati (muhasabah diri)

Dua anak dah bersekolah tahun ni. Memang agak penat. Mood bila penat mula la asyik nak marah je. Tapi aku bersyukur dikurniakan seorang suami yang cukup rajin. Kat rumah dia rajin memasak, basuh baju, sidai baju, mandikan anak2 dll. Kalau dpt suami pemalas mau nye aku tertonggeng buat semua keje rumah sorang2.

Pagi2 dah mengomel aku ni. Hmm mayb i need time for vacation. Jeles dgr kwn2 nak ke Phnom Penh, Korea, Jogja dll.. bila la peluang aku plak utk gi bercuti? Mayb next time, insyaAllah..


Rabu, 3 Februari 2016

Fever

Assalamualaikum.

Hmm.. memang musim demam agaknya sekarang ni, tambahan pula cuaca makin panas. Last week kami sekeluarga demam, batuk, selsema. 

Mula2 helmi demam hari khamis, kemudian faqihah demam hari jumaat malam, kemudian aku dan arif demam hari ahad, dan yang terakhir aqilah demam hari isnin. Fuhh memang melepek je masing2. Nasib baik masa kami demam, helmi dah recover. So dia yang buat kerja rumah dan memasak untuk kami. Thanks hubby!!!.. Plan kami nak makan steamboat kat D' Kayangan Steamboat Buffet pun terpaksa dibatalkan :(

Sebelum tu kami makan ubat yang ada, tapi hari isnin, bila dah semua demam kami pun ke HKL. Dpt ubat punya byk untuk 4 org. Hehe. Dan aku, aqilah dan faqihah dpt MC satu hari. Tapi hari ni aqilah dan faqihah masih tak sekolah lagi sebab demam masih tak kebah lagi.

Semoga kami sekeluarga cepat sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik, insyaAllah.