Khamis, 25 Februari 2016

Puding Kastard Trifle

Assalamualaikum.

Last 2 weeks saya ada try buat puding kastard trifle yang mana saya dpt resepinya drpd FB (terima kasih kpd tuan punya resepi). Alhamdulillah menjadi, sedap dan kami satu family pun suka makan.

Bahan2 dan cara penyediaan adalah seperti berikut :

Bahan-bahan :
1) Kek gulung (ikut suka nak guna perisa apa) - potong ikut ketebalan yang uols suka, tapi jangan tebal2 sangat
2) 1 tin susu cair
3) 1 tin buah2an dalam tin (kalau nak guna fresh fruit pun ok, i.e strawberry, kiwi etc)
4) 1 kotak jelly crystal powder (saya guna brand nona)
5) 3 sudu besar tepung kastard (sudu penuh2 membukit tau)
6) 4 sudu besar gula (kalau nak lebih manis bole tambah)

Cara penyediaan :
1) Susun kek gulung tadi dalam bekas, mcm pic kat bawah ni. Make sure takde lubang antara susunan kek tu. Kalau ada pandai2 la cubit balance kek dan tampung kat mana2 tempat yang ada lubang tu ye. Pastu tekan2 skit kasi mampat.


2) Asingkan buah2-an dalam tin daripada airnya. Ambil airnya kemudian renjis atau sudukan atas kek tadi bagi lembab2 manja gitu. Jangan basah melampau2 plak.

3) Dalam periuk masukkan 1 tin susu cair tadi. Pastu sukat air dalam tin susu tadi. Guna 1 tin air juga. Kemudian masukkan gula dan tepung kastard. Guna hand whisk & kacau2 semua kasi sebati dan tepung kastard takde lagi berketul2. Kemudian baru masakkan atas api yang kecil. Kacau sentiasa sampai ada letupan2 kecil baru tutup api.

4) Pastu tuang kastard atas kek gulung tadi dan ratakan. 


5) Agak2 kastard dah hampir nak keras baru susun buah2-an atas kastard tu. Make sure tekan2 skit buah2-an tu supaya nanti bila tuang jelly buah2-an tu tak timbul.


6) Settle semua tu ketepikan dan masak jelly tadi (ikut cara2 masak kat kotak jelly tu yer)

7) Bila dah masak jelly tu tuang kat atas kastard buah2-an tadi. Tuang pelan2 tau. Lagi elok kalau sendukkan satu persatu. Dah habis tu simpan dalam peti sejuk smpai jelly mengeras then boleh makan.. yummy!


Ok, then.. selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan