Isnin, 26 Januari 2015

Pizza Hut Time

Sebelum balik melaka jumaat lepas, sempena hari gaji chewah.. kami pun makan di Pizza Hut Sentul Raya. Kami try pizza baru Jam Packed Pizza.. sedap jugak




 Ayah dan kakak
 Tengok ayah tu suap arif dia yg menganga

Amboi lapar kakngah
Yang paling comel.. arif ibu dah pandai duduk kat kerusi.. sayang dia
.
.
.
.
.
.
.

Esoknya kami balik melaka sempena wani kawin. Selamat pengantin baru wani dan wan firdaus. Tahniah & semoga bahagia selamanya

Movie Time

Last tuesday, lepas balik keje kami terus siap2 nak nonton movie kartun tajuknya Big Hero 6. Ini adalah aktiviti tahunan bersama keluarga anjuran ofis helmi, Alstom Asia Pacific Sdn. Bhd. 

Kali ni untuk mengelakkan jam, kami ke GSC Nu Sentral dengan menaiki lrt. Punya la lama kami tak naik lrt smpai tak reti nak berhenti di stesyen mana. Setelah bertanya, rupanya kami kena berhenti di Stesyen Masjid Jamek kemudian naik tren lain untuk ke Stesyen KL Sentral.

Penat jugak sbb terkejar2, at last tak sempat nak snap gambo sbb movie dah nak start. Dalam panggung, cuma faqihah yg tgk smpai abis cerita. Aqilah n arif dah tido di pertengahan cerita sbb penat.

Overall cite ni mmg best dan kelakar. Akak bagi 5 bintang! 

 Mengisahkan seorang budak bernama Hiro Hamada yang super duper genius, mencipta microbot sendiri, dibantu oleh robot ciptaan abgnya 'Baymax' dan kawan2 abgnya yang akhirnya berjaya membongkar sebuah kebenaran
 Akak dan arif dah tido. Kakngah pun dah penat
 Ayah dan arif dah terlelap dalam lrt
 Kami yang masih ceria walaupun kepenatan

Isnin, 19 Januari 2015

Majlis Meraikan Perpisahan Pn Lily & En Zaki

Petang jumaat lepas, kami warga Seksyen Empangan mengadakan majlis ringkas sempena meraikan Pn. Lily yang akan berpindah ke BPSP MOA kerana mendapat kenaikan pangkat J48 dan En. Zaki yang akan bersara pada Mac 2015.

Semoga Pn. Lily akan lebih sukses di tempat baru dan En. Zaki akan lebih bahagia dan berjaya dalam apa jua aktiviti yang akan dilaksanakan selepas bersara nanti.





Rabu, 14 Januari 2015

Sesi Prasekolah 2015

Kelmarin, isnin, 12/1/2015 merupakan hari pertama persekolahan bagi tahun 2015 selepas Kerajaan mengumumkan sesi persekolahan yang sepatutnya bermula pada 5/1/2015 ditunda kepada 12/1/2015 ekoran daripada kejadian banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia sejak akhir Disember 2014.

Setelah sebulan lebih bercuti, akak akhirnya memulakan persekolahan di sekolah baru iaitu di Prasekolah SKBBS. Aqilah dan sepupunya farisa dpt masuk Prasekolah Arif. Cikgu kelas namanya Cikgu Wahida. Semoga anak ibu dpt belajar dengan baik dan memperoleh kecemerlangan dalam bidang akademik, sahsiah, ko-kurikulum dan lain2 lagi, insya Allah.

Bergambar dulu sblm pegi sekolah. Sian kakak kena pakai tudung PASTI dulu sbb belum beli tudung baru. Faqihah pulak mengamuk sbb kena bgn pagi. Hehe
 Beratur sebelum masuk kelas
Prasekolah Arif
(sama pulak dgn nama adik arif.. hehe)
 Sesi suaikenal dengan kawan2
 Ibu stay umah maklong tunggu aqilah blk sekolah
Time balik pun kena beratur jugak
 Kepenatan hari pertama sekolah
Hari kedua dah dpt pakaian seragam sekolah
Ceria

Rabu, 7 Januari 2015

Lunch @ Seoul Garden, KL Festival City Mall

Assalamualaikum semua.

Hari ni dah 7 Januari 2015. My first entry dalam tahun 2015. Rasanya masih belum terlambat untuk saya wish Selamat Tahun Baru 2015, semoga dikurniakan kesihatan yang baik, umur yang panjang dan diberkati, dimurahkan rezeki, istiqamah dalam ibadah, kebahagiaan dalam hidup, dan memperoleh kejayaan di dunia dan di akhirat.

Hari ni saya dan ofismates makan tengahari di Seoul Garden, KL Festival City Mall. Kami makan2 sempena meraikan kejayaan Bahagian Rekabentuk dan Empangan, JPS yang telah meraih tempat pertama dlm 5S dan Anugerah Pembudayaan Inovasi.



Sampai2 wajib kena bergambar dulu. Hehe (dengan kak z, kak lily dan kak shima)

Aziah


 Bergambar dengan kak shima

 Memang banyak pilihan makanan. Ada untuk steamboat, ada untuk grill, ada makanan2 bergoreng, sushi, buah2an, aiskrim, abc, pelbagai pilihan air, pelbagai pilihan sos/kuah dan mcm2 lagi







 Ofismates


Ofismates

Lastly, bergambo dulu sebelum balik.. hehe.. 
Alhamdulillah kenyang. Next time bole dtg ngan family plak

Ok daa..