Rabu, 14 Januari 2015

Sesi Prasekolah 2015

Kelmarin, isnin, 12/1/2015 merupakan hari pertama persekolahan bagi tahun 2015 selepas Kerajaan mengumumkan sesi persekolahan yang sepatutnya bermula pada 5/1/2015 ditunda kepada 12/1/2015 ekoran daripada kejadian banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia sejak akhir Disember 2014.

Setelah sebulan lebih bercuti, akak akhirnya memulakan persekolahan di sekolah baru iaitu di Prasekolah SKBBS. Aqilah dan sepupunya farisa dpt masuk Prasekolah Arif. Cikgu kelas namanya Cikgu Wahida. Semoga anak ibu dpt belajar dengan baik dan memperoleh kecemerlangan dalam bidang akademik, sahsiah, ko-kurikulum dan lain2 lagi, insya Allah.

Bergambar dulu sblm pegi sekolah. Sian kakak kena pakai tudung PASTI dulu sbb belum beli tudung baru. Faqihah pulak mengamuk sbb kena bgn pagi. Hehe
 Beratur sebelum masuk kelas
Prasekolah Arif
(sama pulak dgn nama adik arif.. hehe)
 Sesi suaikenal dengan kawan2
 Ibu stay umah maklong tunggu aqilah blk sekolah
Time balik pun kena beratur jugak
 Kepenatan hari pertama sekolah
Hari kedua dah dpt pakaian seragam sekolah
Ceria

Tiada ulasan:

Catat Ulasan