Sabtu, 27 Ogos 2011

Nak Cuti Beraya.. Yeay !!

Sunyi betul rasa hari ni.. org pun dah tak ramai.. parking pun byk kosong.. hehe
Lagu raya semakin byk berkumandang.. aku pun ari ni takde mood nak buat keje.. jasad je dok kat ofis ni, fikiran asyik dok pikir balik kg, kuih raya, duit raya dll lagi..

Just wanna wish to everybody "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.. hati2 ye pulang ke kampung halaman masing2.. sentiasa alert di jalan raya.. pastikan kenderaan anda dalam keadaan yang selamat untuk berjalan jauh.. mohon maaf atas segala kesalahan sama ada disedari atau tidak, tutur kata yang terkadang menyinggung perasaan, dan salah laku perbuatan sama ada disengajakan atau tidak.. Salam Aidilfitri semua.."



Khamis, 25 Ogos 2011

Genap 5 Tahun

Hi dear friends.. Untuk makluman semua hari ni 24/8/2011 genap la 5 tahun aku bekerja di JPS sebagai jurutera awam (penolong pengarah).. cepatnya masa berlalu.. aku masih ingat lagi tarikh lapor diri di jps 24/8/2006.. dan telah 5 tahun tarikh itu berlalu..
"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau berkatilah pekerjaanku ini Ya Allah.. Kau berkatilah rezeki yang Engkau kurniakan hasil daripada pekerjaanku ini Ya Allah.. Kau permudahkanlah urusan-urusan kerjaku.. dan Kau jadikanlah aku seorang yang tekun berkhidmat demi agama, bangsa dan negara dan menjadi insan yang cemerlang serta berjaya di dunia dan di akhirat.. Amin Ya Rabbal Alamin.. "
Happy 5th Anniversary Penolong Pengarah !!

Mood Hari Ini

Adoi.. hari ni teruk betul rasa.. dah ler mengantuk tahap gaban, malas tahap gile pulak tu.. keje aku ni dah pending lama dah disebabkan ke'malas'an aku ni.. naik pening2 aku ngadap pc n laptop ni ari2.. arrgghhh agaknya dah nak raya ni kot, prestasi keje pun makin menurun..
Apa2 pun.. chaiyok2.. keje tetap keje.. jgn main2!!
Aku cuti raya 27/8 - 6/9.. waa wee bestnya..

Rabu, 24 Ogos 2011

Apa Yang Saya Sayang?

Apa yang saya sayang dlm hidup saya?


  • Allah

  • Nabi Muhammad S.A.W

  • Mak & abah saya

  • Suami saya

  • Anak2 saya (mereka adalah nyawa saya)

  • Adik beradik saya

  • Mak & abah mentua saya

  • Keluarga saya

  • Kawan2 saya (ramai kawan yang saya sayang.. tak muat nak mention kat sini)

  • Kerja saya (hasil keje ni la saya dapat rezeki tiap2 bulan)

  • Kondo saya (wpun belum siap tapi ttp sayang sbb beli guna pinjaman perumahan kerajaan)

  • Keta kelisa saya (wpun comel ttp sayang sbb it was my 1st car)

  • Kenangan2 saya.. hanya saya dan Dia yang tahu..

  • Dan byk lagi rasanya.. mungkin belum terfikir buat masa ni.. I LOVE U ALL !!!

Isnin, 22 Ogos 2011

Monday Blues

Salam.. hari ni time pegi keje terkocoh2 sebab dah lewat.. padahal bgn awal 3.30 pagi.. 3.30 pagi tu, bgn anak menangis nak menyusu pastu terus sahur, pastu terus siap2 nak gi keje.. tapi kat ofis ari ni kurang plak rasa mengantuknya.. agaknya sbb sibuk ngadap laptop nak buat example guna software plaxis ni kot..

Thn ni rasa malas betul nak pikir pasal persiapan raya.. alhamdulillah baju2 anak2 dah setel.. baju raya aku & hubby belum beli lagi, tak tau la at last nanti beli ke tak.. kuih raya pun tak beli.. malas la nak beli, beli utk umah mak je.. beli byk mcm thn lepas last2 buang je sbb dah berbulan2 tak makan.. haha.. terasa sgt malas nak memikirkan persiapan raya.. agaknya sbb kurang sgt amalan di bulan puasa ni kot.. huhu.. masih ada masa lagi, cepat tingkatkan amalan!!!

Biar la persiapan ala kadar, tak mahu berlebih2an dalam menyambut hari raya.. mmg la perlu bergembira dengan kedatangan bulan Syawal tapi jgn pula berbelanja berlebih2an demi utk bermegah2 kepada tetamu yang dtg.. Thn ni mcm biasa balik melaka dulu pastu balik temerloh.. Thn lepas raya ber3, thn ni ber4 pula.. ayah, ibu, aqilah & faqihah.. our happy family.. =)

Khamis, 18 Ogos 2011

Cerita Pagi Ini

Warrgghh ngantuknya saya pagi ni.. best nye kalau dpt tido waktu2 mcm ni.. mana tidaknya every night tido around kul 11 @ 12 dan bgn kul 4 pagi.. bgn nak mengepam n sahur la skit2 ala kadar.. mesti makan wpun sikit.. hehe

Alang2 dah mengantuk, rasanya baik aku menulis apa2 yang patut.. nak cite ttg anak2 la..

My 1st daughter - Nur Aqilah



  • Dah berusia 2 thn lebih

  • Sangat byk keletah n semakin petah berkata2.. kadang2 kalau berckp tu tak berhenti2

  • Skrg dah pandai nak pakai gincu n bedak compact.. kadang2 tak sedar bila kita balik keje dia dah buka beg tgn ambik gincu n bedak nak pakai.. nak cantik.. kalau tak diberi karang menangis terguling2

  • Tapi kalau bab makan mmg payah.. kdg2 nak kena paksa makan.. kalau pedas lagi dia taknak makan.. aduhai kakak, dah semakin kurus dah awak!

  • Sangat sygkan bantalnya.. kalau nak tido takde bantal mengamuk2 nak bantal dia

  • Sometimes dah pandai berdikari.. duduk sorg2 tgk tv time ibu sembahyang

  • Dan yang obviousnya, nampak dia sgt sygkan adiknya!!

My 2nd daughter - Nur Faqihah


  • Anak ibu yang manja.. selalu nak kita ada dekat dia.. kalau tak menangis la jawabnya

  • Ibu sgt geramkan pipinya yang bulat!

  • Dah berusia 3 bulan lebih

  • Skrg dah belajar2 nak meniarap

  • Dah pandai nak ckp2 skit ngan org guna bahasa dia

Yang pastinya, ibu syg 2-2 anak ibu sgt.. mmuuuuaaaahhhhh!!!!!

Oh Duniawi !!

Selamat pagi dan salam Ramadhan..

Hari ni rasanya nak menulis tentang sikap dan perilaku seseorg.. entah kenapa rasa sedih sgt bila memikirkan ada org yg sgt sombong dan bongkak dengan kedudukan dan jawatan duniawi ni.. sampai sanggup menuding jari dan sentiasa mencari kesalahan org lain.. memang kacang lupakan kulit.. ingatlah bahawa hidup ini umpama roda.. ada masa kita berada di atas, dan ada masanya kita akan berada di bawah.. oleh itu ingat2 lah.. (peringatan untuk diri sendiri juga)

Rabu, 17 Ogos 2011

17 Ramadhan


Salam 17 Ramadhan buat semua..

Lebih kurang 2 minggu shj lagi bulan Ramadhan akan bersama kita buat masa ini dan kemudian ia akan melabuhkan tirainya bagi memberi ruang kepada kehadiran bulan Syawal.. Sesungguhnya jikalau kita mengetahui apa yang ada di bulan Ramadhan itu, nescaya kita akan menginginkan setiap bulan itu adalah bulan Ramadhan.. Para alim ulama' akan bersedih dengan kepergian bulan Ramadhan.. bulan untuk mengutip pahala sebanyak2 nya.. manakala bagi sebilangan org tentu akan merasa gembira kerana tidak perlu lagi menahan diri drpd lapar dan dahaga.. sedih kerana pernah melihat anak muda lelaki yang beragama islam makan di khalayak ramai tanpa ada perasaan segan silu.. (geram pun ada)

Tahun ni kami sekeluarga bersederhana je nak sambut raya.. beli baju anak2 je.. baju kami suami isteri belum beli pun lagi.. mungkin beli di saat2 akhir.. kalau tak sempat pakai je baju lama.. hehe

Assalamualaikum

Khamis, 11 Ogos 2011

Rindunya Kawan2 Saya

Berposing lepas ambik gambar kat lobi (nak masuk dlm kompendium)


Majlis jamuan kat korporat
Kat The Chicken Rice Shop The Mall, celebrate sempena perpisahan sally
-


-

-

-

-

Waaaa rindunya kat kwn2 korporat saya.. nanti kita jumpa lagi ye.. ada masa saya dtg sana.. =)

Kisah Aku dan Dia

Pelik pulak rasanya tetiba nak bercerita ttg kisah aku dan dia.. hehe.. sesaje je sebab tgh boring skrg ni agaknya.. pertemuan kami bermula pada tahun 1999 di mana pada waktu itu aku sedang menyambung pelajaran dalam bidang matrikulasi kpm di kolej yayasan pelajaran mara bangi.. pertemuan yang tidak dirancang sebab aku cuma bertujuan untuk meneman kawanku berjumpa dengan kawannya, dan dia pulak meneman kawannya berjumpa dengan kawanku.. sejak dari pandangan pertama, aku mcm dah tau yg dia ni akan jadi 'someone' dlm hidup aku satu masa nanti.. tapi just dalam fikiran je la sbb time tu muda lagi n baru nak sambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.. kengkadang tu ada la jugak calling2 sbb baru berkenalan.. after aku abis matrik, dpt pulak kat uitm arau.. uihh jauhnya.. masih lagi berhubung dan berutus surat (time tu internet2 ni x canggih lagi, masih lagi zaman mengutus surat..hehe) tapi dah semakin kurang sebab bz ngan study, assignment yang melambak n exam kot.. ingat lagi dia pernah bagi aku valentine card, masih simpan lagi rasanya.. tu dulu, skrg tak mo dah celebrate valentine2 ni.. after grad thn 2004, aku kembali contact2 ngan dia n tak sangka akhirnya kami couple (betul2 dah x ingat tarikh couple), tapi yang ingatnya time tu aku keje jadi cikgu sambilan kat sekolah rendah.. pastu tunang 9/2/2008, nikah 26/7/2008, majlis di belah pihak lelaki 2/8/2008. Alhamdulillah sehingga kini kami telah dikurniakan 2 org puteri yang comel dan akan sentiasa menjadi belahan jiwa dan pengarang jantung kami.. Semoga hubungan yang dibina atas dasar cinta ini akan terus berkekalan selama2nya hingga ke Syurga.. Amin

Rabu, 10 Ogos 2011

Ramadhan Al-Mubarak

Time's running very fast.. Dalam sedar tak sedar kita skrg telah berada di 1/3 Ramadhan dan tanpa kita sedari Ramadhan akan sedikit demi sedikit meninggalkan kita.. Hati ini merasa sedih kerana belum sempat melaksanakan ibadah yang banyak di bulan yang penuh barakah ini.. Ya Allah Ya Tuhanku, berilah aku kekuatan dan semangat yang kuat untuk aku tambahkan amalanku yang tidak seberapa di bulan-Mu ini dan bulan2 seterusnya.. Pengalaman bekerja sambil menjaga 2 org anak kecik memang menguji kekuatan. Penat jgn ckp la, tapi aku kena sentiasa sabar.. Breastfeed time Ramadhan ni pun menguji kesabaranku juga, almaklumlah stok kat umah mmg takde, so setiap hari kena perah wpun stok berkurang sbb berpuasa.. Lepas ni nak pam at consistent hour la wpun tak banyak sbb hopefully akan banyak nanti.. Amin

Sabtu, 6 Ogos 2011

Rindu Nak Menulis

Salam Ramadhan buat semua.. =)

Lama dah tak update blog.. rindu rasanya.. alhamdulillah saya telah selamat melahirkan seorg lagi bayi perempuan pada 27/4/2011 yang lalu.. dah selamat pun cuti bersalin 3 bulan.. baru je masuk keje balik 27/7/2011 ari tu.. dan sekarang saya telah bertukar ke bahagian baru, lapor diri ke bahagian rekabentuk dan empangan pada 1/8/2011..

Ok, will updates more later..