Selasa, 18 Disember 2012

Apa Yang Best Kat Taiping?

Last week saya menghadiri Mesyuarat Perancangan Kerja Tahun 2013 di Taiping. Kami menginap 3 hari 2 malam di Taiping Golf Resort. Antara makanan yang best kami makan kat taiping adalah..

Kue tiow doli.. order yang special u.. byk gila udang.. (RM10.00)

Mee udang @ kuala sepetang (RM7.00)

Overall.. dua makanan di atas mmg sedap bagi tekak saya..

Khamis, 25 Oktober 2012

Kenanganku..

Masih terngiang-ngiang lagi suaranya dan kepetahan mulutnya berkata-kata..masih terbayang-bayang lagi wajah bersihnya di depan mata.. singkat sangat rasanya saya dapat bersama beliau, hanya 4 tahun lebih sahaja.. dan masih terbayang kesengsaraan yang beliau tanggung di wad ccu hospital melaka.. kami semua menyayanginya.. tapi Allah lebih menyayanginya..

Tanggal 21 Oktober 2012, jam 10.10 pagi, mak mentuaku Hajjah Sapiah binti Hj. Kadir telah pergi meninggalkan kami semua.. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mak dan ditempatkan di kalangan hamba-hamba Nya yang beriman.. insya Allah.. al-Fatihah

Semoga abah tabah mengharungi hidup selepas ni.. abah kuat dan sabar menghadapi dugaan ini..









Kami semua menyayangi mak dunia akhirat.. ikhlas daripada Hj. Rahim bin Bakar, Muhammad Helmi bin Rahim, Muhammad Hanis bin Rahim, Nur Sakinah binti Rahim, Nurul Aini binti Muhamad Mokhtar, Nadrul Syahida binti Mohd Roslan, Nur Aqilah binti Muhammad Helmi, Nur Faqihah binti Muhammad Helmi dan semua..

Rabu, 12 September 2012

Wordless Wednesday??

Bagaimana hendak saya mulakan? First of all.. syukur Alhamdulillah kerana last week saya telah mendapat surat tawaran memangku jawatan J44 dan masih ditempatkan di Bahagian Rekabentuk dan Empangan.

Saya berharap dapat menjalankan tugas dengan lebih rajin dan dedikasi..insya Allah.

Kemudian cerita ttg rumah baru saya.. Alhamdulillah kami sekeluarga telah berpindah ke rumah baru di Kondominium Sentul Utama pada 11 Ogos lalu, seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri. Bila dah duduk rumah sendiri ni, excited nye terlebih sikit, mcm2 nak dihias, nak itu, nak ini.. tapi semuanya kena ikut kemampuan jugak.. hehe

Tak sabar sabtu ni sbb nak pasang kitchen cabinet. Buat yang simple je, cukup2 bajet je sbb dah habis banyak time renovate rumah hari tu.. huhu

Bulan depan pulak bz dengan aqiqah adik n majlis perkahwinan adik ipar. Hope everythings will run smoothly, insya Allah. Masih belum terlambat saya nak wish rasanya sebab masih dlm bulan Syawal.. "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin"

Hari Raya Pertama di Temerloh Pahang

Kakak n adik

Faqihah, Aqilah, Maklong & Afif

Beraya di rumah mia


Selasa, 14 Ogos 2012

Alhamdulillah

Alhamdulillah.. kami telah berpindah ke rumah baru pada sabtu lepas, 11/8/2012. Mmg penat sgt2 sebab kami pindah waktu tengahari dalam bulan puasa. Sangat mencabar. Walaupun rumah belum siap sepenuhnya tapi kami pindah dulu sbb malas nak kelam kabut lepas raya. Lepas ni nak hias2 rumah baru pulak, insya Allah..

Rabu, 8 Ogos 2012

Corat Coret Hari Ini

Salam Ramadhan semua.. cepat betul masa berlalu. Hari ni dah 19 Ramadhan.. bererti kita sudah hampir memasuki 1/3 akhir Ramadhan.. Semoga semua akan lebih istiqamah dalam menjalani ibadah puasa, ibadah wajib dan ibadah2 sunat lainnya..

Saya masih lagi sibuk menguruskan rumah baru, renovate belum siap2 lagi, kadang2 tension jugak bila contractor buat keje lambat ni, harapan nak masuk rumah baru awal tergendala. Apa2 pun insya Allah kami akan mula pindah sikit demi sikit sabtu ni. Banyak jugak benda nak diuruskan untuk pindah rumah ni. Pening dan penat sangat.

My wish list bila dah duduk rumah baru nanti :
  • Nak beli oven. Nak rajinkan diri buat kek, buat kuih, ayam golek dsb..
  • Nak beli mesin jahit. (brother atau singer?). Saya ada belajar buat baju kurung ngan member. Kain dah potong tapi belum jahit lagi. Tak sabar nak siapkan sepasang baju kurung hasil tangan sendiri. Hehe


Itu je kot wish list saya buat masa ni.. akan dtg mesti banyak lagi ni.. hehe

Jumaat, 3 Ogos 2012

Cucu-cucu Wan & Atuk

Cucu sulung : Nur Aqilah & cucu kedua : Nurfarisa Irwana (my niece)

Cucu ketiga : Muhammad Afif Najmi (my nephew)

Cucu keempat : Nur Faqihah


My Home Sweet Home

Ni antara gambar progress renovation rumah saya. Rumah kecik je, buat renovation pun sikit2 je. Hopefully bole siap awal sbb kitorg decide nak pindah sblm raya, insya Allah

Ruang tamu

Bilik

Dapur ~ tak siap2 lagi, adui lamanya..

Khamis, 26 Julai 2012

Google SketchUp

Dalam proses nak pindah umah baru ni, mcm2 interior design yang terpikir. Sambil boring2, saya pun mendecorate la interior design utk umah baru saya nanti.. hehe..

Pandangan 1

Pandangan 2

Pandangan 3

Rabu, 25 Julai 2012

My Dear Daughters

Latest picture of my daughters..
.
.
.

Kakak..





Adik..




Isnin, 23 Julai 2012

Salam Ramadhan

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..

Diucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Bersama-samalah kita meningkatkan amalan untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Semoga kita akan mendapat keberkatan dari-Nya.. insya Allah..



Isnin, 16 Julai 2012

Saya Penat

Seriously, nak masuk umah baru mmg penat sgt2.. byk benda nak kena buat.. skrg umah saya dalam proses renovation sebelum masuk umah baru, insya Allah tak lama lagi siap dan kami boleh packing untuk berpindah ke rumah baru.. excitednyeee..

Yang dah siap : wiring, cornice, pasang lampu kipas. Yang belum siap : grill, cat, accessories toilet, kitchen cabinet.. oh tirednya..

Selasa, 19 Jun 2012

Checklist Pindah Rumah Baru

Alhamdulillah, insya Allah jika tiada aral melintang n treasury dah release semua payment, akhir bulan ni kami akan dapat kunci.. selepas itu, bermula la pula aktiviti2 sebelum bole pindah ke rumah baru..

Rumah kami kecik je, tapi checklist tak mau kalah mcm duduk umah besar.. hahaha

Antaranya adalah :-
Grill
Wiring
Plug, lampu, kipas
Cornice/plaster ceiling
Cat
Railing langsir
Langsir (day n night)
Sofa
TV
Carpet
Aircond
Cermin besar
Pecah dinding untuk besarkan dapur
Kitchen cabinet
Hob & hood
Sink
Water Filter
Microwave
Set katil untuk bilik ke-2
Katil single untuk bilik ke-3
Accessories toilet
Water heater (toilet)
Internet
Astro

Banyaknyeee checklist.. aduh risau gak. Yang wajib buat yang colour biru ni.. yang lain2 ni kena tgk bajet dulu, kalau bajet lebih bole buat, kalau idak kena tunggu next time la nampaknya.. hehe.. Semoga dipermudahkan, insya Allah

Jumaat, 15 Jun 2012

Jom Kira BMI !

Saje je saya post ni supaya senang saya monitor BMI saya.. n supaya saya lebih gigih untuk mencapai BMI yang ideal untuk saya..



.
.
.
.
.

Jom kira BMI di sini

Rabu, 13 Jun 2012

7 & 2

Last friday semasa dok layan tv sebelum check-out, buka rancangan Tanyalah Ustazah. Penceramah yang diundang is my idol, Prof Dr. Muhaya Mohamad. Menurut beliau kita kena jauhkan diri drpd 7 sifat dan amalkan 2 sifat ni dlm kehidupan kita sehari2an..

7 sifat yang perlu dijauhi :
- Takut (hanya perlu takut pada Allah)
- Marah
- Dendam
- Dengki
- Benci
- Tamak
- Percaya tahyul

2 sifat yang perlu diamalkan :
- Kasih sayang
- Bersyukur

* nice to share..

Isnin, 11 Jun 2012

Cerita Hujung Minggu

Last week kami suami isteri ambik cuti khamis jumaat sbb nak bwk anak jenjalan ke port dickson. Seronok tgk anak2 happy. Khamis tengahari kami bertolak ke PD dan check-in di Hotel Avillion Admiral Cove around pukul 2.45 pm. Lepas je check-in terus bwk anak2 mandi swimming pool.. happy betul diorg.. petangnya anak2 tertido kepenatan.. mlmnya pulak kami makan ikan bakar di Restoran Ikan Bakar MPPD

Esoknya lepas breakfast, sekali lagi kami mandi swimming pool sbb aqilah nak mandi lagi.. suka betul dia berenang2 dengan pelampung dia tu.. kemudian kami check-out kul 12.30 pm dan terus bertolak ke Tampin utk menghadiri majlis perkahwinan sepupu helmi. Kami check-in di Hotel Bajet Y&Z. Walaupun cuma hotel bajet, tapi keselesaan dan kebersihannya tetap memuaskan. Kami menghadiri majlis perkahwinan sepupu helmi dan petangnya terus bertolak balik ke Melaka untuk menghadiri majlis perkahwinan belah lelaki pula.

Rumah mentua di Melaka tengah renovate besarkan rumah. Nanti rumah dah siap bole upload di sini. Rumah saya jugak yang belum lagi dapat diduduki. Tak sabarnya!

Baru tiba di Hotel Avilion Admiral Cove

Happy anak2 mandi swimming pool

Akak tak bole berenggang dengan pelampungnya

Akak semakin berani

Di Hotel Bajet Tampin

Selamat Pengantin Baru

Wanita2 comel.. hehe

Rabu, 6 Jun 2012

Jom Coti !!

Bestnya esok nak bercuti ke PD ngan suami n anak2.. 1 hari je pun.. dok kat avillion admiral cove.. jumaat pulak lepas checkout nak bertolak ke Tampin untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu helmi pada hari sabtu.. ahad pulak majlis belah lelaki kat Melaka.. fuhh mesti penat minggu ni.. Enjoy!!!



Azam Pertengahan Tahun?..Hehe

Sedar tak sedar dah setengah tahun dah berlalu.. cepat dan pantas sungguh rasanya masa itu berlari.. sebulan lebih lagi umat Islam akan berpuasa di bulan Ramadhan.. Ya Allah, sihatkanlah tubuh badanku agar aku dapat melakukan ibadat sebanyak2 nya di bulan2-Mu yang mulia ini.. Rejab, Syaaban, Ramadhan..

Hari ni puasa. Kena ganti puasa 2 hari. Best gak puasa ni, dapat mengawal nafsu makan.

Sempena dah setengah tahun ni, saya nak buat azam baru la..
  • Saya nak kurangkan berat badan, insya Allah dengan usaha dan kesungguhan.. i can do it!
  • Saya nak bekerja dengan bersungguh2
  • Saya nak start ajar anak saya mengaji Muqaddam
  • Saya nak kurangkan penggunaan kad kredit.. Skrg ni ada 3 kad kredit, hmm rasanya nak terminate 2 la, nak tinggalkan 1 je
  • Saya harap adik saya akan berjaya dalam exam A-Levelnya dan dapat fly ke India untuk further study dalam bidang Perubatan this September
  • Saya nak duduk umah baru (lambatnya nak tunggu pemaju call suruh ambil kunci.. hmm.. harap2 dapat beraya kat umah baru)
  • Saya nak berbelanja dengan berhemah, taknak boros2 lagi
  • Saya nak tingkatkan self confidence diri
  • Saya nak celebrate our 4th anniversary di restoran2 best (aik, tadi kata nak kurangkan berat bdn, ni nak makan best2 plak.. adoi.. ala sesekali takpe kot.. hehe.. our anniversary time bulan puasa, makan berbuka la nampaknya)
  • Saya nak jadi isteri mithali untuk Muhammad Helmi bin Rahim dan ibu yang baik dan penyayang untuk Nur Aqilah binti Muhammad Helmi & Nur Faqihah binti Muhammad Helmi
  • Apa lagi ek? Rasanya byk lagi.. ehehe

Isnin, 4 Jun 2012

Mood Ceria

Thanks dear hubby for the present (walaupun birthday saya lambat lagi..) Dah lama dah nak, akhirnya dapat jugak.. hehe.. nanti dpt duit kutu nak beli lagi la..

Jumaat, 25 Mei 2012

3 Hari Di Penang

Isnin sampai rabu baru2 ni kami warga BRE bertolak ke Hotel Vistana, Pulau Pinang untuk menghadiri Mesyuarat Pelan Strategik BRE (2011 - 2015), Mesyuarat SKT BRE & Lawatan Teknikal ke Jambatan Kedua Pulau Pinang.. di samping tu aktiviti tambahan adalah bertanding bowling dengan JPS Pulau Pinang, tapi saya tak menang pun.. dpt nombor belakang2.. hehe














* tapi gambar lawatan teknikal takde sbb dr kamera org lain.. nanti la saya upload kemudian.. =)