Selasa, 28 September 2010

September

Assalamualaikum semua..

Lamanya rasa tak update blog ni.. malas plak rasa nak update blog sejak akhir2 ni.. hehe.. btw hari rabu lepas, 22/9/2010, genap la usiaku 29 tahun.. dah memasuki tahun akhir 20-an dah nampaknya.. tahun depan start angka 3 la pulak.. huhu.. anyway wish utk diri sendiri Selamat Hari Lahir Yang Ke-29.. semoga Allah merahmati kehidupanku di dunia dan di akhirat.. Amin..

Hari sabtu baru2 ni pulak, 25/9/2010, idayu telah selamat melahirkan seorg bayi lelaki secara normal, 2.6kg.. nampaknya birthday kami dekat2 la, senang la nak ingat nanti, hehe.. tahniah diucapkan kepada dikwan, idayu dan terutamanya farisa kerana telah menjadi seorg kakak.. hehe..

Tu je la dulu entry utk kali ni.. Lain kali update lagi ye.. Daaa

Selasa, 7 September 2010

Salam Lebaran Buat Semua..

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar Ramadhan semakin pergi meninggalkan kita.. sedih juga rasa di hati sebab amalan yang aku lakukan tak seberapa.. harapanku semoga aku akan dapat terus melaksanakan ibadah dan suruhan-Nya dengan sebaik2nya.. Hari ni dah Isnin, 6 September 2010 bersamaan 27 Ramadhan 1431H.. lagi 2 hari aku dah nak balik kg melaka.. rasa sayu pulak hati ni..

Kalau nak diikutkan persiapan raya kali ni pun dibuat secara sederhana je.. aku tak beli pun baju raya, rasa takde mood nak beli.. baju raya aqilah dah ada 3 pasang.. sepasang baju kurung, 2 pasang lagi baju jalan.. baju jalan tu maklong yg belikan..

Kuih raya dah banyak jugak aku beli.. semua nya kuih tunjuk je.. sabtu lepas husband aku dah bertungkus lumus mencuci & mengemas umah sampai kul 3 pagi.. sian dia, aku tolong skit2 je sbb tak larat.. btw thx so much to him.. mmg rajin husband aku ni.. =)

Lagu raya pun dah semakin byk berkumandang.. nostalgia beraya masa kecik2 dulu kembali menerobos akal fikiranku.. time tu byk dpt kutip duit raya.. skrg takde sape dah nak bg duit raya kat aku sebab dah tua.. huhu.. skrg tukang kutip duit raya anak pulok la.. hehe

Last but not least.. dengan penuh rendah hati aku menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada semua terutamanya kedua ibu bapa & ibu bapa mentuaku, suamiku, anakku, adik beradikku, saudara maraku, sahabat2ku.. dan sesiapa saja yang mengenali diri ini.. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin..

"Andai ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Andai ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati.."

Wassalam..