Khamis, 29 September 2011

JPS Di Hatiku

Aku telah bekerja di JPS selama 5 tahun 1 bulan.. bole dikira satu tempoh masa yang lama juga.. berikut di 'list' kan tarikh2 penting sepanjang perkhidmatanku..

24/8/2006 : Melapor diri di JPS Ibu Pejabat

24/8/2006 - 16/9/2006 : Mengikuti kursus induksi khusus dan suaikenal jurutera baru JPS. Di akhir kursus, dapat surat penempatan di Bahagian Korporat (dahulunya dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Korporat)

19/9/2006 : Melapor diri di Bahagian Pembangunan Korporat. Ditempatkan di Seksyen Pentadbiran dan Hal Ehwal Korporat. Disebabkan kekangan tenaga kerja di seksyen lain, aku dipindahkan ke Seksyen Pengesanan dan Penilaian

9/2/2008 : Bertunang dengan Muhammad Helmi bin Rahim

26/7/2008 : Hari pernikahan aku & suami

20/10/2008 : Ditukarkan ke Seksyen Pusat Sumber dan Pengurusan Maklumat

23/4/2009 : Melahirkan anak pertama, Nur Aqilah binti Muhammad Helmi

27/4/2011 : Melahirkan anak kedua, Nur Faqihah binti Muhammad Helmi

1/8/2011 : Bertukar ke bahagian baru, Bahagian Rekabentuk dan Empangan. Ditempatkan di Unit Rekabentuk 1, Seksyen Rekabentuk

Ni meja aku masa kat Bahagian Korporat. Rindunya kat kawan2 korporat dulu..

Ni plak meja aku kat Bahagian Rekabentuk dan Empangan..

Aku berazam untuk bekerja bersungguh2.. Hasrat di hati nak apply master dan jugak ambik PE. InsyaAllah akan ku usahakan.. Amin..


Keletah Anak2

Akak dah semakin membesar dengan bijak dan ceria.. adik pun semakin bijak dan banyak keletah.. ibu sayang u both sgt2..

Akak & adik

Akak makan keropok

Anak2 kesayangan ibu.. sian pipi adik merah ruam susu.. dulu dah ok, pastu jadi balik

Happy.. =)

Akak syg adik

Main sendiri

Akak n bantal peluknya

Suka pose depan camera

Wah, bergaya adik pakai spec itam.. Kejap je ok, pastu dah nangis.. Agaknya marah sebab pandangan gelap

Pose lagi..

3 org yang disayangi


My Birthday Celebration

Usiaku telahpun mencecah angka 3 baru2 ini.. huhu.. dah 30 tahun dah umur aku.. rasa cepat sgt masa berlalu.. masa aku mula2 kenal suami aku dulu baru 19 thn, skrg dah 30 thn dah.. hehe

Sempena bday aku yang ke 30 thn, suami aku nak belanja makan.. kitorg pun celebrate hari jumaat lepas, one day after my bday.. lepas maghrib kami pun bertolak dari sentul ke san francisco di bangi.. thanks dear hubby for belanja.. n dpt hadiah perfume jugak.. tapi.. kek tak dpt lagi.. hehe

Akak yang comel manja

My hubby

 Ibu & adik yg comel bulat

Minuman

Akak punya - spaghetti carbonara

Ayah punya - Lamb chop

Ibu punya - chicken chop

Adik nak try ambil penutup botol air mineral


Rabu, 28 September 2011

Mom & Dad Nak Ke Sandakan

Teringat lagi tarikh 24/6/2010.. time tu kami 3 org, aku, helmi & aqilah pegi berjalan2 ke sandakan.. dok kat umah sewa along.. sabtu ni plak 1/10/2011, mak n abah nak gi sandakan.. dok seminggu lebih kat umah sewa along.. nak gi jalan2 n bercuti ke sabah.. ye la hari2 mak n abah dok umah je jaga cucu2, sesekali mak n abah nak gi jln2 nak tgk umah n tempat along bekerja.. semoga Allah memberi keselamatan dalam perjalanan pergi dan pulang.. Amin 

p/s : Aku plak kena amik cuti rehat seminggu ler nak jaga anak2.. bos, sila approve ye.. hehe

Kami di airport Sandakan.. time ni dah nak balik dah.. aqilah baru 1 thn 2 bulan time ni.. (28/6/2010)


Jumaat, 23 September 2011

It's My Birthday !


Happy birthday to me.. Dah menginjak ke usia 30 tahun hari ini..
Semoga kehidupanku akan lebih ceria bersama keluarga tersayang, dikurniakan kesihatan yang baik oleh-Nya dan berjaya dalam apa jua lapangan yang aku ceburi.. insya Allah.. Amin

Khamis, 22 September 2011

Happy Wednesday

Salam Aidilfitri..

Tinggal beberapa hari lagi bulan Syawal akan melabuhkan tirainya bagi memberi laluan kepada bulan Zulkaedah untuk memunculkan diri.. Umat Islam dari serata pelusuk dunia akan berpusu-pusu ke tanah suci bagi mengerjakan ibadah haji yang merupakan rukun islam yang ke-5..

Terlalu rindu rasanya nak menulis tapi takde cerita 'gah' pun yang nak dikongsi.. cuma cerita biasa2 aje.. aku dah bertukar ke bahagian baru ni selama hampir 2 bulan.. mmg terasa kelainannya sebab tugas kali ni lebih mencabar kalau nak dibandingkan dengan bahagian lamaku.. namun demikian, setiap bahagian ada kelebihannya masing2 dan setiap pengalaman yang diterima adalah amat berharga.. yang penting setiap hari kena ada azam dan semangat untuk memajukan diri dan berusaha ke arah yang lebih baik..

Banyak juga yang kena belajar balik sebab almaklumlah bila dah lama grad ni, makin lupa la.. apatah lagi sebelum ni cuma buat tugas2 management (tak di apply dalam job task).. tapi takpe yang penting niat kena ikhlas untuk belajar.. insya Allah akan cepat memahami..

** Always be +ve in mind.. **

Khamis, 15 September 2011

Aidilfitri 2011


Assalamualaikum..

Rasanya masih belum terlambat untuk wish Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua.. Raya tahun ni kami sambut di kampung halaman suami tercinta di Kg Kandang, Melaka. Kemudian raya ke-5 kami pulang ke kampung halaman saya di Temerloh, Pahang untuk merayakan hari raya bersama sanak saudara sekaligus untuk menghadiri majlis pertunangan sepupu saya..

Seronok beraya bersama 2 org anak dara saya.. hehe