Isnin, 28 November 2011

1433 Hijrah

Selamat Tahun Baru Hijrah 1433H

Salam buat semua.. Semoga amalan kita akan lebih ditingkatkan untuk mencari keredhaan-Nya.. Sorry for all my wrongdoings..

May Allah bless us always.. Amin..

Jumaat, 25 November 2011

Tiga Golongan Ahli Syurga

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah dan bersifat adil dan dikurniakan taufik, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum kerabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai" - Riwayat Muslim.

Jadi disimpulkan tiga golongan ahli syurga ;
  • Pemerintah yang berlaku adil dalam pemerintahannya
  • Orang yang mempunyai sifat kasih sayang serta berlemah lembut khususnya kepada ahli keluarga umumnya serta sesama orang Islam
  • Seseorang yang tabah dan cekal menghadapi kesusahan hidup tanpa mengharapkan pertolongan orang lain

Untuk renungan kita bersama..

Sumber : Milenia Muslim

Rabu, 23 November 2011

Lajunya Dia..

Semalam time ibu n ayah kat dapur, letak adik kat depan tv, tgk2 adik dah sampai kat dapur dah.. semakin laju dah dia mengesot ke dpn.. =)




Hidup Ini Satu Perjalanan

Hidup ini merupakan perjalanan yang tidak bernoktah sehingga lah kita akan menemui Tuhan kita di akhirat nanti iaitu di Syurga yang kekal abadi.. insya Allah

Walaupun hidup penuh dengan ranjau, dugaan dan cabaran.. hidup tetap perlu diteruskan dengan menempuhinya.. setiap orang pasti tidak akan lari dari sebarang masalah dalam hidupnya, namun bagaimana cara kita menempuhinya itu lah yang akan mendewasakan kita.. apa yang baik kita jadikan tauladan, dan apa yang tidak baik kita jadikan sempadan.. kita lah yang mencorakkan kehidupan kita sendiri supaya ianya menjadi lebih terarah, tersusun dan bermatlamat..

Kaya atau miskin bukanlah ukuran untuk menuju kebahagian hidup, tetapi kehidupan yang hakiki ialah di mana kita patuh menjalankan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya.. "Semiskin-miskin orang adalah orang yang miskin dari segi adab dan budi bahasanya.."

Ya Allah, hamba-Mu terlalu ingin menunaikan umrah dan haji di Tanah Suci-Mu Ya Allah.. Semoga kami sekeluarga akan dimurahkan rezeki agar dapat menunaikan ibadah di sana.. Insya Allah (suka sgt baca pengalaman kawan-kawan yang dah berpeluang menjejakkan kaki ke sana.. Alhamdulillah)

credit to fuzahkifli for this pic.. gambar ni memberi maksud yang mendalam bagi saya..

p/s : Be nice to each other
Always be positive
Sentiasa mensyukuri nikmat-Nya
Tekun dan sabar kunci kejayaan


Tahniah Harimau Muda !!

Balik keje smlm sampai rumah around 7.45 pm, terus siap2 mandi & mandikan anak2 sbb nak tercongok dpn tv nak tengok final malaysia menentang indonesia mlm tadi.. makanan pun dah siap2 tapau sbb tak sempat nak masak hehe..

Keseluruhan permainan mmg mendebarkan.. 5 minit terawal indonesia dah menjaringkan gol mmg men'down'kan skit mood dan semangat, tapi malaysia tetap bangkit menyamakan kedudukan 1-1 di separuh masa pertama.. Nampak both player main bersungguh2 nak merangkul pingat emas n alhamdulillah harimau muda sekali lagi mengalahkan garuda.. Alhamdulillah..

Dengar kat radio hot fm pagi tadi ada yang tanya PM dapat cuti tak hari ni? hehe.. tapi PM mention banyak kos yang terlibat kalau diberi cuti ni.. n dia suh work harder.. takpe la as long as kita muncul sebagai juara, itu dah cukup ok dah.. mana taknya ibu segala pingat emas ni.. hehe.. (suka sgt tengok khairul fahmi yang cekap menangkap bola.. mmg berbakat!)

Aku n suami pun menjerit tak hengat.. finally kat flet kitorg tu menjerit2 org bersorak n bunga api pun meletup di sana sini.. wah, mengalahkan hari merdeka pulak.. by the way, CONGRATS HARIMAU MUDA!!

skuad harimau muda


Selasa, 22 November 2011

Gaya Akak Bergambar

Akak kalau bergambar suka sgt tunjuk apa saja yang dipegangnya.. hehe.. tak caye tgk gambar2 kat bwh ni.. lawak pulak kengkadang tgk..




3.3.3.3

Dear all,

Sabtu baru2 ni genap la usia perkahwinan kami selama 3 tahun, 3 bulan, 3 minggu dan 3 hari.. Wow, what a beautiful numbers.. hehe.. Rasa mcm baru semalam je majlis pernikahan kami.. cepat betul masa berlalu..

Pagi2 lagi kami dah bersiap2 untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan helmi, kamal di melaka.. and then tido satu mlm di melaka, esoknya ahad bertolak awal pagi utk menghadiri majlis perkahwinan kawan helmi, pokjak di cheras pula.. what a tiring weekends..

Beberapa keping gambar di melaka..

My adorable daughters

Hubby & 2 anak daranya

With nenek melaka

Atuk tgh basuh moto

Ayah sayang adik

With my sunshines


Jumaat, 18 November 2011

Dalam Hatiku..

Aku punya impian 'itu'.. akan ku berusaha untuk memilikinya.. insya Allah



Rabu, 16 November 2011

Pusing2 Mydin Ayer Keroh

On the way balik dr melaka semalam kami singgah di Mydin Ayer Keroh.. akak apa lagi, nak main kereta kesukaannya..

Mmg favourite dia main keta ni..

Us

Adik pun nak join

Singgah makan RFC.. Wah, tergelak besar adik


Selamat Bertunang Hanis & Syida

Selamat bertunang buat adik ipar, hanis & pasangannya syida pada 13/11/2011 yang lalu..





aik, mana seluar anak aku ni? tinggal pampers je.. hehe


Sabtu, 12 November 2011

Wajah Kesayangan Hamba




ibu love u both forever n ever..

me.. in a cartoon character.. eheheh.. (tak sama saiz bdn.. hehe)

11.11.11

Cantiknya tarikh hari ini.. 11.11.11.. kita tunggu tarikh2 cantik yang seterusnya 20.11.2011, 12.12.12, 20.12.2012.. hehehe

Hari ni jumaat, tenang dan mendamaikan.. malam ni kami sekeluarga akan bertolak ke melaka, nak siap2 untuk majlis pertunangan adik ipar, hanis ahad ni.. semoga semuanya berjalan dengan baik, insya Allah..

Nanti saya snap beberapa gambar dan tepek kat blog ni ye.. eheheh.. btw selamat bertunang buat hanis dan shida pada 13.11.2011..

mode : (syahdunya.. teringat time saya bertunang 9.2.2008 dahulu.. kenangan masih segar di ingatan.. 5 bulan lebih selepas itu 26.7.2008, kami disatukan dengan ikatan pernikahan.. alhamdulillah.. semoga kekal hingga ke Syurga.. Amin..)


*gambar masa kami bertunang di Temerloh Pahang 09.02.2008*

Jumaat, 4 November 2011

Rumah Oh Rumah !

Lebih kurang beberapa bln lepas menagement office sentul murni ada memaklumkan kpd kami yang kami bakal duduk rumah baru sekitar September - Disember 2011. Hati berbunga2 riang sbb dah tak sabar nak dok umah baru.. Tapi kelmarin kami pegi semula management office nak tanya ttg progress rumah baru, kami dimaklumkan CF belum dpt lagi sbb longkang sekitar kondo belum siap.. katanya ada setinggan indon tak mau pindah dan minta ganti rugi 50k.. aduhai, bikin kacau la.. katanya lagi mungkin Februari 2012 dijangka dapat duduk.. lamanya lagi.. boring betul la aku mcm ni!

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Semasa aku dlm pantang anak kedua, adik iparku ada dtg tido kat umah sbb esoknya dia nak pegi interview kerja.. Semasa dia nak pergi interview, katanya dia tertinggal psp nya kat bilik kedua.. bila dia call suamiku tanya tentang psp nya, kami cari tak jumpa.. takut dia tersalah letak atau tertinggal kat mana2.. namun dia tetap berkeras ckp mmg dia ada letak atas katil sblm dia kuar gi interview..

Dipendekkan cerita, adik ipar aku n makwenya, shida pegi ke pusat perubatan darul syifa' untuk mengadu tentang barang hilang.. ustaz yang membaca ayat2 dan meneliti permasalahan ini menyatakan ada org telah memukau masuk rumahku dan mengambil psp tersebut, kemudian psp tersebut telah dijual di salah sebuah pasar mlm di kuala lumpur.. namun katanya lagi jika barang itu kembali semula, jangan dipersoalkan kewujudannya.. kemudian, aku menjadi takut mendengar berita itu.. aku memberitahu adikku dikyah tentang perkara ini dan dia menyuruh kakak kawannya 'melihat' perkara ini kerana katanya dia sejak dari kecil dapat 'meneliti' perkara2 seperti ini.. tapi kakak kawannya memberitahu psp tersebut masih ada di rumahku, cumanya psp itu tersorok di suatu tempat yang tidak diketahui.. katanya ia cuma merupakan kecuaian sahaja di mana kita tersalah meletakkan psp tersebut.. aku dan suamiku menjadi keliru.. kami pun berusaha mencari psp tersebut di sana sini tapi tidak jumpa juga..

Sekian lama perkara itu semakin dilupakan.. kemudian kelmarin aku mencari2 polisi insuran kami yang diletakkan di bilik ketiga dlm sebuah beg mengkuang.. selepas meneliti polisi2 kami, alangkah terkejutnya aku apabila mendapati psp tersebut ada dalam beg itu.. mmg sgt2 terkejut.. alhamdulillah dah jumpa kembali.. tapi kebenarannya.. HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI..