Rabu, 23 November 2011

Hidup Ini Satu Perjalanan

Hidup ini merupakan perjalanan yang tidak bernoktah sehingga lah kita akan menemui Tuhan kita di akhirat nanti iaitu di Syurga yang kekal abadi.. insya Allah

Walaupun hidup penuh dengan ranjau, dugaan dan cabaran.. hidup tetap perlu diteruskan dengan menempuhinya.. setiap orang pasti tidak akan lari dari sebarang masalah dalam hidupnya, namun bagaimana cara kita menempuhinya itu lah yang akan mendewasakan kita.. apa yang baik kita jadikan tauladan, dan apa yang tidak baik kita jadikan sempadan.. kita lah yang mencorakkan kehidupan kita sendiri supaya ianya menjadi lebih terarah, tersusun dan bermatlamat..

Kaya atau miskin bukanlah ukuran untuk menuju kebahagian hidup, tetapi kehidupan yang hakiki ialah di mana kita patuh menjalankan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya.. "Semiskin-miskin orang adalah orang yang miskin dari segi adab dan budi bahasanya.."

Ya Allah, hamba-Mu terlalu ingin menunaikan umrah dan haji di Tanah Suci-Mu Ya Allah.. Semoga kami sekeluarga akan dimurahkan rezeki agar dapat menunaikan ibadah di sana.. Insya Allah (suka sgt baca pengalaman kawan-kawan yang dah berpeluang menjejakkan kaki ke sana.. Alhamdulillah)

credit to fuzahkifli for this pic.. gambar ni memberi maksud yang mendalam bagi saya..

p/s : Be nice to each other
Always be positive
Sentiasa mensyukuri nikmat-Nya
Tekun dan sabar kunci kejayaan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan