Rabu, 3 Disember 2014

Family Vacation To Penang

Setelah lama planning nak bercuti, akhirnya jumaat lepas, 28 November 2014 kami sekeluarga pegi bercuti dan jalan2 di Pulau Pinang. Kami menginap di Hotel Seri Malaysia, Bayan Lepas, Pulau Pinang tiga hari dua malam. Seronok anak2 dok hotel.


Teruja sbb first time lalu Jambatan Kedua Pulau Pinang









Hotel Seri Malaysia, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Antara tempat-tempat makan dan tempat yang dilawati adalah seperti gambar-gambar di bawah ;

Nasi Kandar Beratur


 Awal sgt dtg, kedai tak bukak lg. Huhu






Alkisahnya kami ni sampai punya la awal dalam kul 8.30 mlm,  so kami pun menunggu punya la lama sbb Nasi Kandar Beratur ni buka pukul 10.00 mlm. Ada je kedai Nasi Kandar Masjid meniaga smpai kul 10.00 mlm tapi sbb dah teringin nak mkn Nasi Kandar Beratur, kami pun tunggu je la. Tiba kul 10.00 mlm mmg dah panjang org beratur, at last dpt jugak kami merasa. Rasa dia ok la bagi tekak kami, makan pun kena cepat2 sbb anak2 dah meragam, huhu..

Bukit Bendera


 Naik train ke Penang Hill









 Sempat jugak hubby melihat permandangan bandar Pulau Pinang dari atas




Jeruk Pak Ali



Nasi Kandar Pelita



Masa ni kami sesat tak jumpa jalan nak gi Nasi Kandar Line Clear. At last kami makan Nasi Kandar Pelita dekat ngan hotel

Husain Pasembor




Hussain Pasembor ni kat Padang Kota Lama. Disebabkan teringin nak rasa kami cari la jalan. Nasib baik ada waze kalau tidak tak jumpa jugak cari jalan, huhu. Kat sini banyak sgt gerai, ada pasembor, char kue tiow, mee udang, nasi berlauk, nasi goreng2 dan lain2 lagi. Sempat jugak hubby mengurut kaki lepas tu, rm20 for half an hour.

Nasi Kandar Line Clear



Credit pic : google

Masa ni tak sempat nak snap pic. Org punya la ramai, bersesak2. Dengan anak meragam lagi. Kami pun cepat2 la makan sebelum bertolak pulang ke KL


Nampaknya tempat makan je byk ni. Hehe. Masa agak terhad tak sempat nak lawat tempat lain lg seperti Batu Feringgi, Padang Kota Lama, Komtar dll.. mayb next time, insya Allah. Lepas ni bercuti kena plan lama skit, baru byk tempat bole pegi. 

Ok c u next time.. Daa

Selasa, 2 Disember 2014

Majlis Kecemerlangan PASTI WP 2014

Assalamualaikum.

Entry pertama tahun 2014 setelah lama tak bersiaran. Dah bersawang dah blog ni, baru terasa rindu nak menulis kembali.

Tahun ni akak dah mula bersekolah 5 tahun di PASTI Ibnu Sina, dekat je ngan umah kat Tmn Dato Senu. Setiap pagi ayah akan hantar sebelum kul 8 dan balik kul 12 atuk akan jemput. Thanks to abah sbb hari2 tolong jemput aqilah dan pica balik dari sekolah.

Alhamdulillah aqilah dah mula sedikit2 belajar dan dapat catch-up dengan baik. Semester pertama aqilah dpt no. 7 dan semester kedua, alhamdulillah aqilah dpt no. 1. Terima kasih kpd cikgu Nurul dan cikgu2 lain yang mengajar, semoga Allah membalas jasa kalian.

Baru2 ni 22 November 2014, berlangsung majlis utk pelajar2 cemerlang PASTI WP di Greenwood. Alhamdulillah dan tahniah buat anak ibu, semoga lebih cemerlang di masa akan datang.