Selasa, 6 Oktober 2015

Jemput Mak di KLIA

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi kerana mak telah selesai mengerjakan ibadah Haji di Tanah Suci Makkah. Mak berada di Madinah dan Makkah selama 47 hari.

Malam Sabtu lepas kami sekeluarga dan mak itam sekeluarga menjemput mak di KLIA Sepang. Flight mak mendarat pukul 8.50 mlm. Suasana penuh sesak dengan ahli keluarga yang menunggu ketibaan keluarga masing-masing yang pulang dari mengerjakan ibadah Haji. 

Walaupun pada tahun ini byk dugaan jemaah Haji di sana, tragedi kren tumbang dan juga tragedi rempuhan di Mina, alhamdulillah Allah memudahkan urusan jemaah-jemaah Haji di sana. Perkara yang berlaku adalah takdir Allah (tentu ada hikmah tersembunyi yang kita sendiri tidak tahu) dan tidak harus mematahkan semangat dan nawaitu kita untuk dijemput menjadi tetamu Allah di bumi suci Madinah dan Makkah.

"Ya Allah, semoga kami akan dijemput mengerjakan umrah dan Haji di Tanah Suci-Mu Ya Allah".. Aamiin

Berikut antara gambar2 yang sempat dirakam sewaktu kami menunggu mak di KLIA..








Rabu, 19 Ogos 2015

Mak Mengerjakan Haji Tahun Ini 2015M/1436H

Assalamualaikum wbt.

Malam Isnin, 17/8/2015 kami sekeluarga menghantar mak ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Paklong, idham, tasya dan ikmal pun turut datang ke sana. Shamsul ada keje di Ampang, stay di De' Palma, jadi mlm sebelum kami bertolak dia dtg ke Anjung Villa untuk berjumpa dengan mak.

Kami bertolak dari rumah dlm kul 10.30 mlm dan sampai dlm kul 11 lebih. Setelah selesai urusan pendaftaran dan lain-lain, kami menunggu di perkarangan kompleks tersebut sehingga kumpulan mak dipanggil masuk ke dlm dewan dlm kul 1.30 pagi, Selasa, 18/8/2015.

"Ya Allah, permudahkan urusan mak mengerjakan Haji di Tanah Suci, kurniakanlah mak kesihatan yang baik sepanjang mengerjakan ibadah Haji, permudahkan urusan petugas-petugas TH di sana dalam membantu jemaah-jemaah Haji, dan kurniakanlah mak dan jemaah-jemaah Haji yang lain Haji yang mabrur, insyaAllah"





Khamis, 13 Ogos 2015

Arif Warded

Kesian my dear son dah demam n batuk lama. Lately mulut penuh plak dengan ulcer. Malam sabtu lepas my husband decide terus bawa ke Hospital Tawakkal. We reached there about 1 am and after checkup by Doctor, arif warded at 2 am in the morning.

This is the first time my son warded at hospital. Masuk air almost 4 bottle and antibiotic. Alhamdulillah result darah dan x-ray ok. Cuma kahak agak banyak. Sehari dalam 4x kena amik neb (nebuliser) dan ubat2-an. Lastly before discharge doctor suh buat fisio dan sedut kahak sebab kahak terlalu banyak. Sian my dear son. Cepat sembuh ye anak manja ibu! 








Arif kena buat fisio dan sedut kahak. Nangis dia

Rabu, 5 Ogos 2015

Jalan2 Raya

Last Sunday, we went for Hari Raya gathering at my cousin's house, Idham at Meru, Klang. My parents and sister in law came from Melaka to my house at friday night and we went for 'raya' at Pakngah Jenal's house the next day. 

In Sunday, they decided to go to Nilai3 to buy some preparations for my sister in law's wedding that is going to be held in December 26, a day after Christmas. After that, we went to our first openhouse at Block A (hubby's friend). We were served laksa and lontong and it's delicious.

Then, we went to Meru, Klang for my cousin's openhouse. Tasya cook nasi beriani, laksa dan bbq for chicken, prawn and squid. Alhamdulillah the menu also delicious and superb. Their house compound is beautiful and colourful with flowers where tasya love to plant flowers.


From left : Me and my son, tasya, dilla and her daughter, and along


Mia, aqilah, faqihah & melissa

Anak Masuk Nursery

Sedihnya rasa hati.. anak asyik meragam time nak pegi nursery.. :(

Mak dapat tawaran mengerjakan ibadah Haji tahun ni dan tarikh penerbangan mak pada 18/8/2015. Jemaah diminta berkumpul di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pada pukul 1.30 pagi. Aku dah start menghantar anak2 ke nursery (Taska Ana) di Blok B kondo kami pada 3/8/2015 untuk biasakan budak2 ni sementara mak ada masa rehat dan boleh mengemas barang-barang keperluan mak.

Arif memang taknak dgn org, bila dia nampak muka org tak kenal je, apa lagi keje dia asyik menangis pagi sampai ke ptg. Kakngah pun skrg setiap pagi mengamuk taknak pegi nursery. Aduh sedih jugak hati ni tengok anak pagi2 dah mengamuk2. Tapi kena la jadi 'hati kering', kalau tidak mmg setiap hari la aku pun 'banjir' sama. InsyaAllah doaku semoga anak2 ku dijaga dgn baik walaupun mmg sukar nak melayani kerenah anak2 ku. Jangan pengasuh hilang sabar pukul2 anak sudah.

Maklumat Penerbangan Mak adalah seperti berikut :

Penerbangan Pergi
Nombor Penerbangan : KT09
Tempat Melapor Diri : TH Hotel Kelana Jaya (Komples Tabung Haji Kelana Jaya)
Tarikh Melapor Diri : 18/8/2015
Waktu Melapor Diri : 1.30 Pagi
No. Pesawat : SV5201
Tempoh Berada di Tanah Suci : 47 Hari
Tuan/Puan Akan Dibawa Dahulu Ke : Madinah
Niat Ihram di Miqat : Bir Ali

Penerbangan Balik 
Nombor Penerbangan : 
Tempat Melapor Diri : Medinatul Hujjaj (Jeddah)
Tarikh Melapor Diri : 3/10/2015
Waktu Melapor Diri : 1.00 Pagi
No. Pesawat : SV5614  
Tarikh Tiba : 3/10/2015
Lapangan Terbang : KLIA Sepang
Waktu Tiba : 8.50 Malam

Semoga urusan mak mengerjakan Haji dipermudahkan Allah dan dikurniakan Haji yang mabrur, insyaAllah.

Khamis, 23 Julai 2015

Minal Aidin Wal Faizin

Assalamualaikum wbt.

Salam aidilfitri, salam kemenangan...

Alhamdulillah setelah sebulan umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, tibalah masa menyambut kedatangan Syawal, bulan kegembiraan buat semua umat Islam tidak kira di mana berada.

Tahun ini kami sekeluarga berhari raya di Melaka. Hari Khamis, (hari mantai umi kata) kami menolong umi (mak mentua tiri) masak mee kari, rendang daging, rebus nasi impit, sup tulang, sambal udang dan urap kelapa. Pukul 2 pagi jemaah masjid tiba utk takbir di rumah.

Hari Jumaat, hari raya pertama. Pagi kami berada di rumah menyambut kedatangan tetamu. Petang kami melawat kubur arwah mak mentua. Malam pula kami beraya di rumah abg abah mentua.

Hari Sabtu, hari raya kedua kami menolong umi menyediakan mee sup untuk jemaah masjid datang takbir di rumah. Malam pula kami beraya di rumah pakcik dan makcik suami. 

Hari Ahad, hari raya ketiga kami ke Jasin untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu suami, Asiah. Selamat Pengantin Baru Asiah & suami. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. Selepas itu kami beraya di rumah saudara umi dan pakcik suami sehingga Maghrib.

Hari Isnin, hari raya keempat kami bertolak balik ke KL. Akhir kalam, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

 Gambar keluarga

 Bergambar bersama umi dan adik ipar

 Selfie dalam kereta

Selamat Pengantin Baru Asiah dan suami

Khamis, 18 Jun 2015

Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum wbt.

Hari ini Khamis, 18 Jun 2015, 1 Ramadhan 1436H.

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan dan kesihatan untuk melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain dapat dilaksanakan sebaik-baiknya demi mencari keredhaan Allah SWT.

Salam Ramadhan Al Mubarak..





Jumaat, 22 Mei 2015

Majlis Aqiqah Anakanda Muhammad Arif Fakhri bin Muhammad Helmi

Alhamdulillah.. majlis aqiqah buat anakanda Muhammad Arif Fakhri bin Muhammad Helmi dan kenduri doa selamat rumah baru along telah selamat diadakan pada Sabtu lepas, 16 Mei 2015 bertempat di rumah along (Anjung Villa Condominium).

Majlis dimulai dengan marhaban seawal jam 10.00 pagi. Bacaan yaasin dan doa selamat diadakan selepas zohor. Terima kasih diucapkan kepada para tetamu yang sudi hadir memeriahkan majlis kami. 

Antara lauk pauk yang dihidangkan semasa majlis tersebut adalah seperti berikut :

1. Nasi putih
2. Kari kambing (2 ekor)
3. Ayam goreng berempah
4. Sambal udang petai
5. Sayur campur
6. Ulam-ulaman
7. Ikan masin
8. Buah tembikai
9. Bubur kacang hijau
10. Air oren
11. Jelly buah (disedekah oleh kawan mak)
12. Kudap-kudapan (kerepek, biskut dll)
13. Goodie bag

Huhu.. sedih sbb tak sempat amik gambar makanan.. sob sob

 Me and luvly hubby

 Sibuk di dapur (konon nye..)

 Kumpulan Marhaban

 Adik beradik pempuan mak

 Abah dan mak itam

 Pak itam

 Jemaah surau membaca yaasin dan doa selamat

 With my parents

 With my parents in law

 Bergambar dgn keluarga pakngah jenal

 Ci comel ibu

 Anak teruna ibu

Tuan empunya majlis.. Muhammad Arif Fakhri bin Muhammad Helmi

Khamis, 26 Mac 2015

A Famosa Resort Melaka

Cuti sekolah yang lepas, kami bercuti di A Famosa Resort Hotel Melaka walaupun plan di saat-saat akhir. Nak happy kan anak2 time cuti sekolah. Kami stay 19 - 21 Mac 2015, 3 hari 2 malam. Penginapan sekali dengan tiket ke Safari Wonderland dan A Famosa Water Park. Ada juga Old West tapi kami tak pergi. Overall alhamdulillah ok dan percutian yang seronok untuk anak2.

Jom layan gambo2 sat..

 Baru sampai di Safari Wonderland. Bergambar berlatar belakangkan burung2. Kakngah plak meragam taknak duduk sebab takutkan cicak

 Kakngah nak sangat naik gajah. RM10 sekepala. Kakngah n arif free. Nervous gak sbb first experience tapi seronok

 Naik bot nak ke pulau seberang - Pulau Monyet

 Semua teruja nak bagi monyet makan kacang. Mula2 takut pastu asyik nak bagi makan je

 Arif tengok je kakak2 bg makan monyet. Nasib baik tak meragam

 At last sebelum keluar, tengok persembahan gajah. Abg bergambo ngan gajah sblm bg dia makan tebu

 Setelah penat kami singgah pekena mee kari, cendol bakar durian dan cendol bakar VIP.. nyum2 sedap..

 Anak2 ibu dah bersiap pakai baju renang nak ke A Famosa Water Park

 Bergambo dulu sblm masuk

Seronok anak2 mandi manda

We are having fun!

InsyaAllah.. plan for our next vacation :)