Rabu, 19 Ogos 2015

Mak Mengerjakan Haji Tahun Ini 2015M/1436H

Assalamualaikum wbt.

Malam Isnin, 17/8/2015 kami sekeluarga menghantar mak ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Paklong, idham, tasya dan ikmal pun turut datang ke sana. Shamsul ada keje di Ampang, stay di De' Palma, jadi mlm sebelum kami bertolak dia dtg ke Anjung Villa untuk berjumpa dengan mak.

Kami bertolak dari rumah dlm kul 10.30 mlm dan sampai dlm kul 11 lebih. Setelah selesai urusan pendaftaran dan lain-lain, kami menunggu di perkarangan kompleks tersebut sehingga kumpulan mak dipanggil masuk ke dlm dewan dlm kul 1.30 pagi, Selasa, 18/8/2015.

"Ya Allah, permudahkan urusan mak mengerjakan Haji di Tanah Suci, kurniakanlah mak kesihatan yang baik sepanjang mengerjakan ibadah Haji, permudahkan urusan petugas-petugas TH di sana dalam membantu jemaah-jemaah Haji, dan kurniakanlah mak dan jemaah-jemaah Haji yang lain Haji yang mabrur, insyaAllah"





Tiada ulasan:

Catat Ulasan