Khamis, 9 Jun 2016

Happy Birthday Anak-Anak Ibu !

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Sebenarnya ni adalah cerita sebulan lebih yang lepas, tapi tak kira nak masukkan juga. Eheheh.




Ni gambar celebrate kecil2-an birthday anak-anak yang ketiga-tiganya jatuh pada bulan April. Masuk bulan April tahun ni aqilah 7 tahun, faqihah 5 tahun dan arif 2 tahun.

Happy birthday anak-anak ibu!



Maaf tahun ni takde pun buat birthday celebration mcm thn2 lepas. Ada juga perancangan pada mulanya, pastu dah sibuk dengan mcm2 benda, last2 tak jadi pulak nak celebrate.

Nasib baik dah gi celebrate kecil2-an kat secret recipe ari tu. Makan kek kesukaan kami chocolate indulgence dan red velvet. Pastu anak2 makan spaghetti bolognaise, ayah makan mee kari dan ibu makan laksa singapore. 

Love u all so much !


Isnin, 6 Jun 2016

Ramadhan 1437H


Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi keizinan untuk bertemu lagi dengan Ramadhan kali ini. Hari ini 6 Jun 2016 bersamaan 1 Ramadhan 1437H, semua umat Islam telah mula menunaikan ibadah puasa. 

Pagi tadi kami sekeluarga bersahur biasa2 aje, lauk sardin. InsyaAllah tahun ini nak start latih Aqilah berpuasa penuh, semoga dipermudahkan.

Semoga kita semua akan memperbanyakkan amalan untuk mengejar pahala sebanyak2 nya dan meninggalkan terus segala sifat2 mazmumah dalam diri.

Checklist Puasa :
1. Niat puasa
2. Bersahur
3. Menunaikan solat wajib dan sunat
4. Membaca al-Quran
5. Berzikir dan berselawat
6. Bersedekah
7. Menjaga pancaindera
8. Menjaga hubungan silaturrahim
9. Bersederhana dalam berbuka puasa
10. Menunaikan solat tarawikh

"Ya Allah, kuatkanlah imanku, kurniakanlah aku Rahmat dan Hidayah-Mu, semoga di Ramadhan kali ini dapat ku perbaiki kelemahan dan kekhilafan diri ini.. bantulah aku Ya Allah"