Isnin, 6 Jun 2016

Ramadhan 1437H


Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi keizinan untuk bertemu lagi dengan Ramadhan kali ini. Hari ini 6 Jun 2016 bersamaan 1 Ramadhan 1437H, semua umat Islam telah mula menunaikan ibadah puasa. 

Pagi tadi kami sekeluarga bersahur biasa2 aje, lauk sardin. InsyaAllah tahun ini nak start latih Aqilah berpuasa penuh, semoga dipermudahkan.

Semoga kita semua akan memperbanyakkan amalan untuk mengejar pahala sebanyak2 nya dan meninggalkan terus segala sifat2 mazmumah dalam diri.

Checklist Puasa :
1. Niat puasa
2. Bersahur
3. Menunaikan solat wajib dan sunat
4. Membaca al-Quran
5. Berzikir dan berselawat
6. Bersedekah
7. Menjaga pancaindera
8. Menjaga hubungan silaturrahim
9. Bersederhana dalam berbuka puasa
10. Menunaikan solat tarawikh

"Ya Allah, kuatkanlah imanku, kurniakanlah aku Rahmat dan Hidayah-Mu, semoga di Ramadhan kali ini dapat ku perbaiki kelemahan dan kekhilafan diri ini.. bantulah aku Ya Allah"

1 ulasan:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam