Khamis, 10 Jun 2010

Aktiviti Hujung Minggu Ini..

Lusa, Jumaat kami nak balik melaka sebab ada sepupu helmi kawin.. Malasnya nak mengemas baju.. huhuhu.. Tak sabo rasanya nak bercoti2 ke sandakan.. hehehe..


glitter-graphics.com

Rabu, 9 Jun 2010

Bengang

Warggghhhh bengangnya.. Nape la skrg ni asyik tak bole je nak upload gambar kat blog ni?? Tak tau la apa sebabnya.. Mesti ada setting yg lari ni.. Tapi tak tau la nak buat mcm mana.. Skrg nak taruk gambar pun tak bole dah.. Adui.. Tensionnya!!!

Jumaat, 4 Jun 2010

Di Pagi Khamis Yang Hening..

Alhamdulillah.. kenyangnya perut ni.. Pagi tadi ada buat masak2 kat ofis ni.. makan nasi lauk sardin, sup sayur, ikan kering, telur dadar, timun dan sambal belacan.. Bos2 gi meeting kat Lumut so budak2 ofis ni pun masak2 ler.. hehe.. Bila plak nak diet ni??? Adoi!!!

Selasa, 1 Jun 2010

KL - Temerloh - Kuantan - KL

Hari Jumaat lepas, ingat nak bertolak pagi ke Temerloh, last2 bangun lewat then kitorg bertolak ke Temerloh lepas Helmi balik dari sembahyang Jumaat.. Bila dia balik je dari sembahyang, katanya rasa mcm nak demam then dia decide balik jugak kampung..

Mak, abah n afiq sampai kg dlm kul 2 rasanya. Kitorg sampai kat Temerloh masa tu dah petang n semua persiapan kenduri tahlil dah siap.. Then mlm tu kenduri tahlil pastu badan helmi dah semakin panas, dia tido dlm bilik wan.. Mlm tu jugak lepas kenduri kitorg pegi klinik..

Helmi terus je makan ubat sebab esok nak pegi Kuantan pulak.. Esok paginya bila bangun badan helmi masih lagi panas, then lepas mandi semua dia kata ok bawak perlahan2 gi Kuantan.. Sampai kat majlis org kawin punya la awal.. Baru sikit je org ada.. Then pegi tgk elly kat atas umah dia tgh bersolek n bersiap2.. Lepas makan, kitorg pun balik awal nak gi check-in Hotel Seri Malaysia Kuantan sebab helmi masih tak sedap badan.. Tak sempat la jumpa dengan kengkawan lain.. Btw selamat pengantin baru kepada Elly & Aus.. =)

Then kitorg pun check-in kat hotel dlm kul 2pm.. Helmi rehat tido sebab dia tak sedap bdn.. Mlm baru kitorg kuar gi Tanjung Lumpur makan ikan bakar.. nyum2 sedapnya.. punya la banyak makan sampai sakit perut.. Pastu gi jenjalan kejap kat padang MPK.. Aqilah pun apa lagi, berjalan ke sana sini la dia.. hehe

Esoknya lepas breakfast kat hotel, dlm kul 11 kitorg pun bertolak balik ke KL.. Wah, mmg hari minggu yang sgt memenatkan..

~ Nurul Aini ~