Rabu, 14 Mac 2012

My Sweetheart

Adik skrg dah pandai duduk.. dan yang paling pandai mengutip semua barang dan masuk ke mulut dia.. hmm semua benda nak dimakannya.. kena sentiasa perhatikan si kecik ni..


Lepas gi jenjalan last week, singgah kat surau helmi nak sembahyang.. anak2 kepenatan dan dua2 tido atas riba ibu.. so sweet..



Congrats

Tahniah buat suamiku kerana telah berjaya dalam exam MCITP yang telah didudukinya pada isnin baru2 ini..

Semoga akan lebih berjaya dan berjaya dalam kerjaya.. insya Allah..



Selasa, 13 Mac 2012

Anak2 Ku

Semalam cuti rehat, hubby pulak amik exam MCITP kat bandar utama.. semoga akan berjaya dengan cemerlang dan berjaya memperoleh sijil, insya Allah..

Boring nya hari ni.. tinggal 2, 3 org je kat ofis.. yang lain sume gi bengkel, gi lawatan tapak, gi buat SI, gi jabatan pendidikan..

Hmm tak tau nak tulis apa.. just nak tepek gambar2 terkini anak2 yang kucintai..

1st time akak potong rambut.. trim sket rambut kat blkg..

Adik nak drive..

Adik & ayah tunggu ibu & kakak beli brg2 kat pasar
.
.
.
.
Gambar2 masa shopping beli barang kat Tesco Extra Cheras





Kakak tak mau dok diam time nak ambik gambar.. haa kan dah blur


Jumaat, 9 Mac 2012

PLKK

Yeay! Akhirnya saya telah berjaya mendapat sijil tamat laporan Pelan Latihan Kemajuan Kerjaya (PLKK) JPS Malaysia untuk 5 tahun. Maknanya kena hantar 10 laporan.. 1 tahun 2 laporan kena submit..

Bestnya.. lepas ni takyah buat laporan dah.. dah 5 tahun lebih dah rupanya aku keje kat jps ni.. makin lama keje makin byk yang aku tak tahu sebenarnya.. banyak yg perlu dipelajari.. alam pekerjaan ni totally berbeza ngan alam belajar dulu2.. dulu2 byk kena suap oleh lecturer, skrg semua maklumat kena dptkan sendiri, kena kira sendiri.. eheheh

Aim saya akan dtg.. nak dapatkan Master.. n nak dptkan PE (Professional Engineer).. insya Allah..

 



Rabu, 7 Mac 2012

Happy Birthday To My Husband

Sabtu lepas 3/3/2012 genap la usia helmi 31 tahun.. Happy Birthday To My Husband..



Takde sambutan yang meriah2 pun, just celebrate biasa2 aje.. pagi tu kitorg pegi secret recipe makan 2 slice of cake.. choc cheese berry & chocolate indulgence.. aqilah punya la suka makan kek.. faqihah pulak taknak langsung mkn kek..






Tengahari nya pulak kitorg gi jalan bellamy makan ikan pari bakar & ikan kembung bakar.. ingat nak makan sotong bakar tapi dah abis sbb org punya la ramai.. datang lewat kot.. eheheh..

Lagi sebln lebih nak celebrate birthday both my daughters plak.. akak 3 thn, adik 1 thn.. buat kecil2an je.. insya Allah..