Khamis, 12 Februari 2015

Sambal Goreng

Assalamualaikum semua.

Selamat pagi dan semoga ceria-ceria selalu.

Hari ni saya nak kongsikan resepi sambal goreng daripada arwah mak mentua yang ringkas tapi sedap. Lebih kurang macam sambal tumis biasa je.


 Mula2 goreng ikan bilis sehingga garing

 Kemudian tumis bawang bersama belacan. Setelah garing, masukkan lebih kurang 5 sudu cili kisar (terpulang kpd individu). Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga agak kering. Kemudian masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan tutupkan api

Tadaaa! Dah siap. So simple. Sedap dan tahan lama. Kegemaran keluarga mentua dan saya