Selasa, 29 Disember 2009

Last Week of 2009

Assalamualaikum wbt..

Hye all, hari ni Isnin, minggu terakhir untuk tahun 2009 ini.. Tahun yang manis bagi diriku kerana pada tahun ini aku telah berpeluang untuk melahirkan puteri hatiku dan menjadi seorang ibu.. ;) Pengalaman yang ditempuhi dalam mendidik dan membesarkan anak merupakan suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.. Ia membuatkan kita mengenang kembali jasa ibu bapa yang mendidik dan membesarkan kita satu ketika dahulu..

Hmm lagi 4 hari kita akan melangkah ke tahun 2010.. Kena bukak buku baru.. Dan menjadikan amalan kita lebih baik drpd yg sebelum2nya.. Yang penting buang yang keruh, ambil yang jernih, baru teguh peribadi.. Semalam aku, helmi, aqilah, hanis (adik helmi), sakinah (adik helmi) dan ika (sepupu helmi) pegi low yat plaza nengok2 laptop sbb hanis nak beli laptop baru.. So, berjalan2 la kami dan makan2 sampai ptg.. Penat gila rasa badan.. Hanis pun beli laptop baru jenama hp Pavilion.. Tapi laptop aku tetap comel Dell Studio hehehe :D

Masa balik tu singgah makan rojak kat kedai mamak ABC.. Aqilah dah letih sampai tertido2.. sian dia.. Hokey la sampai di sini dahulu.. sehingga berjumpa lagi.. Till then.. Daaaaaa



Kesian Aqilah penat sampai tertido2 kat bahu helmi..

Jumaat, 25 Disember 2009

Cucu2 Wan & Atuk

Assalamualaikum..

Hari ni, Khamis aku cuti.. sebab mak nak gi checkup kat klinik.. so menyinggah le kat umah mak.. Sesambil tu sempat ler jugak aku menangkap gambor dua bebudak nih untuk dijadikan tatapan especially along sbb dah lama dah dia tak nengok diorg berdua nih.. Tapi takpe tak lama lagi 31hb along dah nak balik kl.. Yeehaaaaa!!!!!........... Esok cuti gak sempena raya x'mas... Dok umah je la melepak... hehehe :P



Ni ler gambor cucu2 wan ngan atok yang sempat ditangkap.. hehe.. Dlm gambor ni farisa asyik nangis je sbb dia tak sihat.. Dia nak kat mak je, ngan org lain dia xnak.. k laa lain kali taruk gambar lain pulak.. hehehe :D

p/s : (Di dalam gambor ini : Mak, Nur Aqilah binti Muhammad Helmi & Nurfarisa Irwana binti Muhamad Ridhwan)

Khamis, 24 Disember 2009

Gaji Kakitangan Awam 2010

Ni ha aku post jadual gaji bagi kakitangan awam tahun 2010 nanti.. (Leh ler along buat rujukan.. hehe.. dan juga kakitangan2 awam yang lain :D)

Januari        = 25 Januari 2010 (Isnin)
Fabruari      = 8 Februari 2010 (Isnin)
Mac              = 25 Mac 2010 (Khamis)
April             = 22 April 2010 (Khamis)
Mei               = 24 Mei 2010 (Isnin)
Jun               = 24 Jun 2010 (Khamis)
Julai             = 22 Julai 2010 (Khamis)
Ogos             = 25 Ogos 2010 (Rabu)
September  = 23 September 2010 (Khamis)
Oktober       = 25 Oktober 2010 (Isnin)
November   = 10 November 2010 (Rabu)
Disember     = 20 Disember 2010 (Isnin)

Semoga dapat menggunakan gaji dengan berhemah dan berjimat cermat (Peringatan utk diri sendiri).. ;)

Today's Entry

Alhamdulillah..

Hari ni 23/12/2009, genap anakku aqilah 8 bulan.. Sekarang dah suka menendang2.. tendang lantai, tendang dinding, tendang almari, tendang kerusi.. dsb.. skrg ni kalau mengesot ke depan, ke belakang, ke kanan, ke kiri bukan main laju lagi.. kalau menjerit pun bukan main kuat lagi.. kadang2 ada la jugak dia try2 angkat tgn n lutut untuk merangkak.. tapi kejap je then jatuh balik, duduk pun belum seimbang lagi.. insyaAllah tak lama lagi la tu... :D

Pejam celik pejam celik tak sedar masa berlalu begitu pantas.. dalam tak sampai 2 minggu lagi kita akan menginjak ke tahun baru, tahun 2010.. Bebudak n cikgu yang cuti sekolah pun dah nak masuk sekolah tak lama lagi.. Kejap je rasa masa berlalu.. Afiq pun dah tamat sekolah menengah dah.. lepas ni dia kena concentrate untuk further study ke peringkat lebih tinggi la plak.. ;) Dengan masuknya tahun baru, bererti bertambah jugalah umur kita.. Yang penting kena perbanyakkan amalan supaya umur yang dikurniakan oleh-Nya akan sentiasa diberkati.. :)

Tahun baru ni aku berazam untuk lebih berjaya dalam kerjaya, insyaAllah dan juga untuk keluarga.. Harap2 tahun depan akan lebih cemerlang dan memberi lebih banyak pengalaman yang berguna dalam hidup.. Sekarang ni semua kerja ada cabaran tersendiri.. Even suri rumah pun ada cabaran2 yang perlu ditempuhi.. Hehe.. Tak percaya?? Tak percaya tgk gambor kat bwh ni.. Ngehngehngeh... :P

Yang penting harus sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupan sehari2an..

Last but not least, selamat menyambut tahun baru 1431 H dan 2010 M buat semua.. dan moga menjadi tahun yang baik bagi kekeluargaan, kewangan, kerjaya, kesihatan dll.. insyaAllah

p/s : Buat abg.. jangan lupa tau azam abg tahun baru nanti yg abg dah janji dulu... :P (Jgn buat2 lupa plak.. )

Sabtu, 19 Disember 2009

Maal Hijrah 1431 H / 2009 M

Assalamualaikum wbt...

Hari ni Jumaat, cuti umum sempena menyambut Maal Hijrah 1431 H.. Alhamdulillah kerana dengan izin-Nya kita masih dapat bersama-sama meraikan ketibaan tahun baru Hijrah ini.. Dengan iltizam dan kesungguhan, kita semestinyalah bersyukur di atas segala kurniaan-Nya dan terus berusaha untuk lebih maju di masa2 akan datang.. Teringat lagi lagu nasyid yang biasa dinyanyikan dolu2 setiap kali sambutan Maal Hijrah...

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta


Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman....3x
Hijrah...

Semoga dengan sambutan Maal Hijrah tahun ini, kita akan berhijrah daripada yang buruk kepada yang baik, daripada yang kurang kepada yang lebih.. dan seumpamanya... Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah, dan yang kurang baik itu daripada kelemahan saya sendiri.. Wallahu a'lam...

Khamis, 17 Disember 2009

Kenangan Honeymoon di Port Dickson

Ni gambor2 bercuti kat Port Dickson, dalam bulan Oktober tahun lepas.. tak ingat plak the exact date.. Kitorg dok kat Hotel Avillion Admiral Cove.. hehehe..

gambor ni ambik kat PD.. baru nak gi mandi kat laut.. dah ler tak reti berenang.. nasib baik bwk pelampung yang along beli.. hehehe :) .... (sempat lagi nak beli makanan2 hehehe)

sebelum balik tu sempat gak lagi nak bergambor kat front view hotel avillion PD.. hehehe :p



ha.. ni turn aku plak bergambor.. panas terik masa nih.. hah??? nampak kurus je aku masa ni.. nak dapatkan kekurusan mcm ni balik la.. skrg ni jgn cite la berkali2 ganda drpd gambor atas ni...huhu :(

Rabu, 16 Disember 2009

Celoteh Di Pagi Selasa

... Hmm bosannya rasa hari ni.. bestnye kalau sekarang ni tgh bercuti kat pulau ke, jln2 kat genting highlands ke, coti2 malaysia ke.. wah, mesti happening!! dah lama dah tak coti2 malaysia, asyik keje je.. kalau dapat bercuti ngan family, makan angin dll mesti syok.. dapat luangkan masa bersama ngan family... PRICELESS... tapi sekarang ni duit tengah kering.. huhuhu :(

Kata org MoNeY iS Not EverYtHinG.. but everthing needs money.. kalau takde duit sume benda tak boleh buat.. huhuhu.. lambatnya nak menunggu gaji ni.. duit dah kering ni, kat dalam bank pun tinggal abuk je.. manyak sedih.. takpe la lagi dua hari nak gaji, leh ler blanja2 skit.. nak menunggu duit kwsp plak may b bulan 2 nanti baru dapat... alahai lambatnye!!!

Takpe lah, yang penting SABAR.. Sabar tu separuh daripada iman.. Dapat duit nanti leh la gi shopping2 sedunia, beli kasut, beg tangan, perfume, beli baju2 baru untuk aqilah, gi makan2 dsb.. heheheh :p Dalam 2 minggu lebih lagi dah nak masuk tahun baru, tahun 2010.. Azam pun kena baru laa... Macam2 azam baru di tahun baru nanti.. harap2 tertunai ler kihkihkih... Petang karang plak nak gi tengok farisa sebab dia masuk wad paediatric hkl.. sian dia demam tak baik2 lagi.. hopefully she will recover very soon...

Yeyeye jumaat ni cuti awal muharam, jumaat depan lak cuti krismas, jumaat lagi satu plak cuti tahun baru.. wah, syoknya banyak cuti jumaat bulan ni.. boleh la gi jalan2 ke, shopping ke, window shopping ke... hehehe... alamak lapo la plak perut ni.. takpe2 jap lagi tghari nok balik makan nasi kat umah.. ok la till then... daaaaa

Sabtu, 12 Disember 2009

Lukisan Alam


* My favourite song by Hijjaz *

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitu aturan Tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh di pukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik di landa badai

Dalam sukar.. hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang.. awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaan-Nya

Usah mengharapkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan

Dalam diam.. taburkanlah baktimu
Dalam tenang.. buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar dalam jiwamu itu
Suburkanlah sifat sabar di dalam jiwamu itu..

... I like this song, and many more nasyid songs.. :)

Sebagai Pedoman


Today is Friday.. Tak de idea sangat apa yang nak ditulis sebab fikiran mcm berkecamuk je.. Macam2 perasaan ada berlegar2 kat minda ni.. Hmm.. Entah la.. Kadang2 fikir pasal masalah kewangan, masalah berat badan, masalah itu, masalah ini.. Camne la nak tambahkan duit dalam poket n bank ni?? Any idea?? Banyak benda yang boleh dijadikan iktibar dan pedoman dalam kehidupan kita sehari-harian.. Yang penting harus sentiasa berusaha.. berusaha.. dan berusaha untuk terus mencapai kejayaan dalam setiap tindak tanduk yang kita lakukan.. Di samping itu, tak lupa juga harus sentiasa berdoa kerana doa itu adalah merupakan senjata umat Islam.. :) Kemudian bertawakal kepada-Nya..

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.
Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara..

1. Masa muda sebelum tua
2. Masa sihat sebelum sakit
3. Masa lapang sebelum sempit
4. Masa kaya sebelum miskin
5. Masa hidup sebelum mati

p/s : post ni sebagai reminder kepada diri sendiri dan juga org2 lain.. tq :)

Jumaat, 11 Disember 2009

Cupcakes oh Cupcakes..




Sekarang ni asyik melayari internet cari gambor2 cupcakes je.. Rasa teringin plak nak beli.. Lebih2 lagi skrg ni cupcakes banyak design yang cantik2 n comel2.. Memang suka sgt tgk.. Cupcakes yang gambor baby shower pun banyak.. Tengok la nanti bila2 nak order gak la.. Mana berat tak bertambah, dok teringin makan benda2 menggemukkan je.. huh :p (insaf la sikit)..

Ni cupcakes kawan bagi makan2 kat opis.. Sedap betul!! Nak beli gak la untuk aqilah nanti..


Antara design cupcakes yang mmg comel..


Warrrggghhh..

Dari sehari ke sehari ke sehari berat badanku makin bertambah.. Sekarang ni berat badan dah macam masa mengandung 9 bulan dulu!.. This worsening me too much.. Baju2 pun dah banyak yang tak muat.. Camne nih? Tapi selera makan asyik bertambah je, kalau tak makan kang asyik lapo je.. Adoi!!! Harap2 azam aku nak diet awal tahun nanti menjadi kenyataan.. Dan aku akan mendapat balik my ideal weight.. Hehehe :)

p/s : Abg, apa kata kita rencanakan action plan kita.. Gi jogging taman tasik titiwangsa amacam??

Rabu, 9 Disember 2009

1st Pregnancy


1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
Nope. Just a month after married I found out that I was pregnant.

2. WHAT WAS UR 2ND CHOICE NAME OR OPPOSITE GENDER NAME?
Kalau lelaki cadangnye nak letak nama Muhd Arif (cadangan je la tu, tak finalise lagi), kalau pempuan tak decide lagi.. then after gave birth baru husband bukak buku balik cari nama yang sesuwai..

3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
Surprise

4. HOW OLD WERE YOU?
27 years old ++

5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
Personal check using urine test

6. WHO DID YOU TELLL FIRST?
Mr. hubby

7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
Yes. Tapi sampai hari nak bersalin pun still tak tau lagi gender dia sebab baby asyik kepit je kaki dia. Bila dah lahir baru dapat tahu

8. DUE DATE?
Actually 24/4/2009, but she was born 23/4/2009..one day early

9. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
Yes. Masa memula preggy dekat ngan bulan Ramadhan. Keje nye time pose asyik muntah je. Tak tahan betul!!

10.WHAT DID YOU CRAVE?
Time dah boleh makan mcm2 nak makan. Semua makan.. Bila dah last2 pregnant asyik nak makan durian. Tapi takut nak makan banyak sebab member kata nanti effect kat baby plak sebab durian panas..

11.WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
Bau perfume. Semua jenis perfume takleh nak cium, mesti nak termuntah..

12.WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?
Gegirl.

13.DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX?
Mana2 pun tak kesah.

14.HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
Rasanya 20kg ++ jugak (tak hengat)

15.DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
Nope.

16.WAS IT A SURPRISE OR DID YOU KNOW?
...

17.DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
Takde rasanya. Cuma berat berlebihan je la. Tapi bila check blood sugar, it's normal

18.WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Hospital Kuala Lumpur (dokek ngan umah mak)

19.HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
5 hours

20.WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
My dear hubby, time tu rasanya kul 1 pagi

21.WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
Ceaserian + doctor + nurse agaknya (suami takleh masuk bilik bedah)

22.WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
C-Section (baby dah berak dalam perut)

23.DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
Just an injection kat punggung. Katanya ubat tahan sakit

24.HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?
3.58 kg

25.WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN?
23/4/2009. It was Thursday. Time of delivery 8.59pm

26.WHAT DID YOU NAME HIM/HER?
Nur Aqilah binti Muhammad Helmi

27.HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?
7 months, 2 weeks n 2 days old


....Semoga anakku menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia & di akhirat...

Selasa, 8 Disember 2009

Raya, Konvo & KSU

Assalamualaikum..


Monday blues.. mcm biasa hari pertama memulakan keje.. Rasa mcm cuti sabtu ahad tak cukup je.. penat rasanya sabtu ahad ada org kawin.. cerita kali ni ttg cerita2 lalu.. Nak mengimbas kembali hehe =)


Hari raya aidilfitri tahun ni sambut kat melaka dulu, then baru balik temerloh sebab nak terus ngan majlis kenduri kawin samsul n anum. Rasanya kalau tak silap raya ke-4 balik temerloh. Time tu mak sorg je tinggal kat temerloh. Abah, along, dikyah ngan afiq dah balik sentul sebab along nak settlekan urusan pertukaran dia ke sandakan n dikyah plak nak keje..


Esoknya ada la skit2 tlg buat bunga telur, kopek kulit bwg dan sebagainya. Pastu aku rasa bosan plak, pastu kitorg 3 org aku, helmi ngan aqilah pun pegi bandor temerloh makan pizza hut..hehe.. Ni ler gambornye.. (org lain tak tau pun kitorg gi cekik pizza)..




pada 27/10/2009 plak kitorg gi konvo hanis kat uitm shah alam. Mak ngan ayah helmi pun dtg dari melaka tido kat umah dlm 3 hari kot kalau tak silap.. konvo nye start around 2.30 pm.. menunggu punya la lama naik letih rasa.. habis dalam kul 6 lebih.. aqilah pun dah sampai tertido2.. ni la gambor yg dpt tangkap masa konvo tu..





  ::Wah, tergelak besar aqilah tangkap gambar sebelah air pancut..::

konvo dikyah pun tak kurang hebatnya jugak, siap buat kat hotel istana, bukit bintang lagi.. bukan main lagi semua org siap kena pakai coat, abah ngan mak je dapat masuk dewan, aku helmi ngan aqilah menunggu kat luor dewan, bosan menunggu sempat gak kitorg pekena roti canai telur kat kedai mamak sebelah hotel.. hehehe..:p

semalam plak lepas je balik dari pegi org kawin, kitorg gi amik dokumen snp kat developer sentul murni sdn bhd. Lepas tu singgah jap kat kondo sentul utama, tgk2 progress pembinaan umah kitorg hehe.. pastu bwk aqilah tgk2 swimming pool, bukan main hepi lagi dia tergelak2 je dia bila kaki kena air.. hehe :)

Amboi, hepi betul dia kat swimming pool.. Sejuk je rasa air kat kaki dia tu.. :)