Khamis, 24 Disember 2009

Today's Entry

Alhamdulillah..

Hari ni 23/12/2009, genap anakku aqilah 8 bulan.. Sekarang dah suka menendang2.. tendang lantai, tendang dinding, tendang almari, tendang kerusi.. dsb.. skrg ni kalau mengesot ke depan, ke belakang, ke kanan, ke kiri bukan main laju lagi.. kalau menjerit pun bukan main kuat lagi.. kadang2 ada la jugak dia try2 angkat tgn n lutut untuk merangkak.. tapi kejap je then jatuh balik, duduk pun belum seimbang lagi.. insyaAllah tak lama lagi la tu... :D

Pejam celik pejam celik tak sedar masa berlalu begitu pantas.. dalam tak sampai 2 minggu lagi kita akan menginjak ke tahun baru, tahun 2010.. Bebudak n cikgu yang cuti sekolah pun dah nak masuk sekolah tak lama lagi.. Kejap je rasa masa berlalu.. Afiq pun dah tamat sekolah menengah dah.. lepas ni dia kena concentrate untuk further study ke peringkat lebih tinggi la plak.. ;) Dengan masuknya tahun baru, bererti bertambah jugalah umur kita.. Yang penting kena perbanyakkan amalan supaya umur yang dikurniakan oleh-Nya akan sentiasa diberkati.. :)

Tahun baru ni aku berazam untuk lebih berjaya dalam kerjaya, insyaAllah dan juga untuk keluarga.. Harap2 tahun depan akan lebih cemerlang dan memberi lebih banyak pengalaman yang berguna dalam hidup.. Sekarang ni semua kerja ada cabaran tersendiri.. Even suri rumah pun ada cabaran2 yang perlu ditempuhi.. Hehe.. Tak percaya?? Tak percaya tgk gambor kat bwh ni.. Ngehngehngeh... :P

Yang penting harus sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam kehidupan sehari2an..

Last but not least, selamat menyambut tahun baru 1431 H dan 2010 M buat semua.. dan moga menjadi tahun yang baik bagi kekeluargaan, kewangan, kerjaya, kesihatan dll.. insyaAllah

p/s : Buat abg.. jangan lupa tau azam abg tahun baru nanti yg abg dah janji dulu... :P (Jgn buat2 lupa plak.. )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan