Jumaat, 22 Mei 2015

Majlis Aqiqah Anakanda Muhammad Arif Fakhri bin Muhammad Helmi

Alhamdulillah.. majlis aqiqah buat anakanda Muhammad Arif Fakhri bin Muhammad Helmi dan kenduri doa selamat rumah baru along telah selamat diadakan pada Sabtu lepas, 16 Mei 2015 bertempat di rumah along (Anjung Villa Condominium).

Majlis dimulai dengan marhaban seawal jam 10.00 pagi. Bacaan yaasin dan doa selamat diadakan selepas zohor. Terima kasih diucapkan kepada para tetamu yang sudi hadir memeriahkan majlis kami. 

Antara lauk pauk yang dihidangkan semasa majlis tersebut adalah seperti berikut :

1. Nasi putih
2. Kari kambing (2 ekor)
3. Ayam goreng berempah
4. Sambal udang petai
5. Sayur campur
6. Ulam-ulaman
7. Ikan masin
8. Buah tembikai
9. Bubur kacang hijau
10. Air oren
11. Jelly buah (disedekah oleh kawan mak)
12. Kudap-kudapan (kerepek, biskut dll)
13. Goodie bag

Huhu.. sedih sbb tak sempat amik gambar makanan.. sob sob

 Me and luvly hubby

 Sibuk di dapur (konon nye..)

 Kumpulan Marhaban

 Adik beradik pempuan mak

 Abah dan mak itam

 Pak itam

 Jemaah surau membaca yaasin dan doa selamat

 With my parents

 With my parents in law

 Bergambar dgn keluarga pakngah jenal

 Ci comel ibu

 Anak teruna ibu

Tuan empunya majlis.. Muhammad Arif Fakhri bin Muhammad Helmi