Khamis, 25 Oktober 2012

Kenanganku..

Masih terngiang-ngiang lagi suaranya dan kepetahan mulutnya berkata-kata..masih terbayang-bayang lagi wajah bersihnya di depan mata.. singkat sangat rasanya saya dapat bersama beliau, hanya 4 tahun lebih sahaja.. dan masih terbayang kesengsaraan yang beliau tanggung di wad ccu hospital melaka.. kami semua menyayanginya.. tapi Allah lebih menyayanginya..

Tanggal 21 Oktober 2012, jam 10.10 pagi, mak mentuaku Hajjah Sapiah binti Hj. Kadir telah pergi meninggalkan kami semua.. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mak dan ditempatkan di kalangan hamba-hamba Nya yang beriman.. insya Allah.. al-Fatihah

Semoga abah tabah mengharungi hidup selepas ni.. abah kuat dan sabar menghadapi dugaan ini..









Kami semua menyayangi mak dunia akhirat.. ikhlas daripada Hj. Rahim bin Bakar, Muhammad Helmi bin Rahim, Muhammad Hanis bin Rahim, Nur Sakinah binti Rahim, Nurul Aini binti Muhamad Mokhtar, Nadrul Syahida binti Mohd Roslan, Nur Aqilah binti Muhammad Helmi, Nur Faqihah binti Muhammad Helmi dan semua..