Jumaat, 26 Mac 2010

It's Friday.. =)

Salam,

Hari ni Jumaat, 26 Mac 2010. Hari Jumaat selalu hari yg best sbb rehat tgahari lama n esok lusa cuti... yeyeye.. bole rehat.. =)

InsyaAllah mlm ni flight along dari Sandakan - KL. Baca doa naik kenderaan tau, semoga selamat dalam perjlnn & selamat sampai insyaAllah.. Aku, helmi ngan aqilah plak mayb mlm ni balik melako plak sbb mak helmi suh balik melako ada org kawin.. Nanti isnin ler dpt jumpa along.. nanti bole la kita gi beli hadiah afiq n ko blanja makan.. hehehe..

Tak sabar mau makan kotam yang diterbangkan khas dr sandakan.. =D

Ok, that's all 4 now.. Daaa... Adios!!

~ Nurul Aini ~ 

Rabu, 24 Mac 2010

Aqilah 11 Bulan

Salam,

Hari ni 23/3/2010, genap la umur aqilah 11 bulan.. lagi sebulan je nak umur setahun dah anak aku.. rasa cepat je masa berlalu.. rasa mcm baru je lahirkan aqilah dulu, rupa2nya dah nak setahun dah masa berlalu.. hehehe..



Aqilah bergambar bersama sepupunya, Farisa


p/s : Along, bulan depan hari jadi aqilah ko nak kasi hadiah apa? yg mahal2 ok jugak.. hehehe

Selasa, 16 Mac 2010

Sunway Lagoon & I-City

Salam,

Hari Sabtu lepas, 13 Mac 2010, kami sekeluarga pegi jenjalan n mandi manda di Sunway Lagoon. Heheheh best ler jugak bawak aqilah berenang2 sambil pakai pelampung.. Dia ok je sebab dia tak takut air.. Terjerit2 je dia.. Tapi gambo ler tak dapat ambik sbb takut camera masuk air.. Dapat snap beberapa pic je masa kat dry park..

Ni ler jam yg kena pakai sepanjang berada dlm sunway lagoon nie..

Time ni masa memula sampai kat Sunway Lagoon..

Bergambar sebelah kandang harimau..

Time ni dah kat dry park.. Aqilah muka dah kepenatan lepas berenang..

Naik gondola..

Time ni masa naik cawan pusing.. Pening kepalo time ni..

Bergambor dekat kolam ikan..

Time ni pulak helmi tgh naik kapal pusing2.. Aku takut nak naik sbb dah ada pengalaman naik ngan along dulu, mmg sakit dada naik benda ni.. Time ni kapal berpusing 360 darjah..



Lepas balik dari sunway lagoon plak, kitorg singgah kat i-city shah alam, tgk lampu warna warni.. tapi tak bersinar sgt la sbb time kitorg pegi tu belum malam lagi..






Jumaat, 12 Mac 2010

SPM oh SPM..

Salam,

Hari ni 11 Mac 2010 merupakan tarikh di mana pelajar2 yang menduduki SPM 2009 akan menerima keputusan mereka.. Dan tak terkecuali jugak adikku, Muhammad Afiq bin Muhamad Mokhtar.. Dia telah melakar sejarah dalam keluarga kerana merupakan ahli keluarga yang pertama mendapat SPM semua A... 12A

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah Taala di atas rezeki kurniaan-Nya ini.. Semoga afiq akan lebih cemerlang dalam pengajian tinggi dan kerjayanya nanti.. insyaAllah.. Semoga dia akan sentiasa mengekalkan kecemerlangannya dan konsistensinya seperti sblm2 ini.. UPSR 5A, PMR 9A dan SPM  12A.. I'm proud of u..

InsyaAllah aku jugak akan mendidik anakku sedari awal lagi supaya dia akan cemerlang dalam persekolahannya, pengajiannya serta kehidupannya nanti.. insyaAllah.. =)

~ T. A. H. N. I. A. H. ~




p/s : Along, ko nak bagi afiq hadiah apa? hehehe..

Khamis, 11 Mac 2010

Laptop Kami

Salam,

Hari ni nak cerita ttg laptop.. Wah, skrg ni helmi dah dpt laptop opis baru, jenama DELL Latitude E6400 ATG.. Laptop aku plak jenama DELL Studio.. Wah, sama2 DELL la nampaknya.. Tapi laptop aku cantik skit sbb warna ungu.. Hehehe..


Laptop Helmi


Laptop Aku


Selasa, 9 Mac 2010

Petua Kuruskan Badan Tanpa Ubat

p/s : Artikel ini diambil drpd Blog Simple Life..


1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaannya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.


2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.


3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.


4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.


5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.


6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.


7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.


8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.


9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.


12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.


13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.


14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. AMBIL MAKANAN YANG BEREMPAH

Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.


16. PILIH LEBIH BANYAK BIJIRIN DAN KEKACANG DALAM MAKANAN

Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


17. SIMPAN SATU DIARI

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.


18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.


20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!


21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.


22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.


23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.


24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.


25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing;


i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat


ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif


iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam


iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah


v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.


PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING


BERAT YANG BERLEBIHAN


Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.


26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.


Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.


27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.


28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.


29. NAK TURUNKAN BERAT BADAN

Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu


30. BADAN LANGSING SELEPAS BERSALIN

Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.


Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.


31. MENGURANGKAN BUNCIT

Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.


32. MENGEMPISKAN PERUT

Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba


33. KEMPISKAN PERUT ANDA

Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.


Hehehe.. Nak try ler amalkan petua2 kat atas.. Setakat hari ni try petua apa2 pun semuanya tak jadi.. Makin gemuk lagi ada.. huhuhu..

Jalan2 Bukit Tinggi

Alhamdulillah, pada hari sabtu lepas, 6 Mac 2010, kami tiga beranak telah pegi jenjalan kat bukit tinggi. Bertolak dari umah kul 11.30, sampai kat sana pukul 2 lebih kurang. Kami pun jln2 la kat sana.. Mmg penat tapi best la jugak dpt pegi jln2 tenangkan fikiran dan minda.. Haha


Khamis, 4 Mac 2010

Birthday Wishes To Dear Hubby

Today, 3rd March 2010 is my husband's 29'th birthday.. Wish him happy birthday n may Allah always bless him n our family.. Semoga lebih maju jaya dalam kerjaya dan kehidupan sehari2an.. Cheers!!!


glitter-graphics.com

Jom Heboh

Sepanjang cuti Jumaat, Sabtu, Ahad yang lepas.. ada la beberapa aktiviti yang telah dijalankan.. Antaranya hari Jumaat sempena cuti Maulidur Rasul, aku ngan helmi pegi joging jalan kaki 1 pusingan kat titiwangsa n main badminton.. Punya la letih n semput almaklumlah dah lama tak buat aktiviti sukan2 nie.. Dulu2 selalu gak pegi aerobik ngan along kat titiwangsa setiap ahad, hehehe.. Skrg takde dah.. Lepas balik dari titiwangsa tu, kitorg pun pegi membeli ikan, sotong, udang dan sayur kat pasar borong selayang..

Aktiviti hari sabtu plak, kami berjalan2 sambil membeli belah di karnival jom heboh, bukit jalil.. Wah, punya la ramai org.. ditambah pula dengan cuaca yang sangat panas terik, mmg sangat meletihkan.. My dress was drenched by sweat.. Antara barangan yang sempat dibeli adalah ribena, minuman cheers, horlicks, minuman yogurt nestle, percuma nestum cerelac utk baby dll..

Bergambar masa mula2 sampai di jom heboh.. Panas terik masa ni..


Tak sempat nak ambik gambor ngan Balqis (Iera Shaziera).. Snap dr jauh je..


Sempat jugak bergambor ngan Shera, pengacara mytv3


Hari ahad pulak, kami dok jln2 kat jusco cheras selatan.. Tak abis2 berjalan.. Hehehe.. =)