Sabtu, 19 Disember 2009

Maal Hijrah 1431 H / 2009 M

Assalamualaikum wbt...

Hari ni Jumaat, cuti umum sempena menyambut Maal Hijrah 1431 H.. Alhamdulillah kerana dengan izin-Nya kita masih dapat bersama-sama meraikan ketibaan tahun baru Hijrah ini.. Dengan iltizam dan kesungguhan, kita semestinyalah bersyukur di atas segala kurniaan-Nya dan terus berusaha untuk lebih maju di masa2 akan datang.. Teringat lagi lagu nasyid yang biasa dinyanyikan dolu2 setiap kali sambutan Maal Hijrah...

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta


Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman....3x
Hijrah...

Semoga dengan sambutan Maal Hijrah tahun ini, kita akan berhijrah daripada yang buruk kepada yang baik, daripada yang kurang kepada yang lebih.. dan seumpamanya... Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah, dan yang kurang baik itu daripada kelemahan saya sendiri.. Wallahu a'lam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan