Rabu, 5 Ogos 2015

Anak Masuk Nursery

Sedihnya rasa hati.. anak asyik meragam time nak pegi nursery.. :(

Mak dapat tawaran mengerjakan ibadah Haji tahun ni dan tarikh penerbangan mak pada 18/8/2015. Jemaah diminta berkumpul di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya pada pukul 1.30 pagi. Aku dah start menghantar anak2 ke nursery (Taska Ana) di Blok B kondo kami pada 3/8/2015 untuk biasakan budak2 ni sementara mak ada masa rehat dan boleh mengemas barang-barang keperluan mak.

Arif memang taknak dgn org, bila dia nampak muka org tak kenal je, apa lagi keje dia asyik menangis pagi sampai ke ptg. Kakngah pun skrg setiap pagi mengamuk taknak pegi nursery. Aduh sedih jugak hati ni tengok anak pagi2 dah mengamuk2. Tapi kena la jadi 'hati kering', kalau tidak mmg setiap hari la aku pun 'banjir' sama. InsyaAllah doaku semoga anak2 ku dijaga dgn baik walaupun mmg sukar nak melayani kerenah anak2 ku. Jangan pengasuh hilang sabar pukul2 anak sudah.

Maklumat Penerbangan Mak adalah seperti berikut :

Penerbangan Pergi
Nombor Penerbangan : KT09
Tempat Melapor Diri : TH Hotel Kelana Jaya (Komples Tabung Haji Kelana Jaya)
Tarikh Melapor Diri : 18/8/2015
Waktu Melapor Diri : 1.30 Pagi
No. Pesawat : SV5201
Tempoh Berada di Tanah Suci : 47 Hari
Tuan/Puan Akan Dibawa Dahulu Ke : Madinah
Niat Ihram di Miqat : Bir Ali

Penerbangan Balik 
Nombor Penerbangan : 
Tempat Melapor Diri : Medinatul Hujjaj (Jeddah)
Tarikh Melapor Diri : 3/10/2015
Waktu Melapor Diri : 1.00 Pagi
No. Pesawat : SV5614  
Tarikh Tiba : 3/10/2015
Lapangan Terbang : KLIA Sepang
Waktu Tiba : 8.50 Malam

Semoga urusan mak mengerjakan Haji dipermudahkan Allah dan dikurniakan Haji yang mabrur, insyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan