Jumaat, 4 November 2011

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui

Semasa aku dlm pantang anak kedua, adik iparku ada dtg tido kat umah sbb esoknya dia nak pegi interview kerja.. Semasa dia nak pergi interview, katanya dia tertinggal psp nya kat bilik kedua.. bila dia call suamiku tanya tentang psp nya, kami cari tak jumpa.. takut dia tersalah letak atau tertinggal kat mana2.. namun dia tetap berkeras ckp mmg dia ada letak atas katil sblm dia kuar gi interview..

Dipendekkan cerita, adik ipar aku n makwenya, shida pegi ke pusat perubatan darul syifa' untuk mengadu tentang barang hilang.. ustaz yang membaca ayat2 dan meneliti permasalahan ini menyatakan ada org telah memukau masuk rumahku dan mengambil psp tersebut, kemudian psp tersebut telah dijual di salah sebuah pasar mlm di kuala lumpur.. namun katanya lagi jika barang itu kembali semula, jangan dipersoalkan kewujudannya.. kemudian, aku menjadi takut mendengar berita itu.. aku memberitahu adikku dikyah tentang perkara ini dan dia menyuruh kakak kawannya 'melihat' perkara ini kerana katanya dia sejak dari kecil dapat 'meneliti' perkara2 seperti ini.. tapi kakak kawannya memberitahu psp tersebut masih ada di rumahku, cumanya psp itu tersorok di suatu tempat yang tidak diketahui.. katanya ia cuma merupakan kecuaian sahaja di mana kita tersalah meletakkan psp tersebut.. aku dan suamiku menjadi keliru.. kami pun berusaha mencari psp tersebut di sana sini tapi tidak jumpa juga..

Sekian lama perkara itu semakin dilupakan.. kemudian kelmarin aku mencari2 polisi insuran kami yang diletakkan di bilik ketiga dlm sebuah beg mengkuang.. selepas meneliti polisi2 kami, alangkah terkejutnya aku apabila mendapati psp tersebut ada dalam beg itu.. mmg sgt2 terkejut.. alhamdulillah dah jumpa kembali.. tapi kebenarannya.. HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan