Rabu, 6 Jun 2012

Azam Pertengahan Tahun?..Hehe

Sedar tak sedar dah setengah tahun dah berlalu.. cepat dan pantas sungguh rasanya masa itu berlari.. sebulan lebih lagi umat Islam akan berpuasa di bulan Ramadhan.. Ya Allah, sihatkanlah tubuh badanku agar aku dapat melakukan ibadat sebanyak2 nya di bulan2-Mu yang mulia ini.. Rejab, Syaaban, Ramadhan..

Hari ni puasa. Kena ganti puasa 2 hari. Best gak puasa ni, dapat mengawal nafsu makan.

Sempena dah setengah tahun ni, saya nak buat azam baru la..
  • Saya nak kurangkan berat badan, insya Allah dengan usaha dan kesungguhan.. i can do it!
  • Saya nak bekerja dengan bersungguh2
  • Saya nak start ajar anak saya mengaji Muqaddam
  • Saya nak kurangkan penggunaan kad kredit.. Skrg ni ada 3 kad kredit, hmm rasanya nak terminate 2 la, nak tinggalkan 1 je
  • Saya harap adik saya akan berjaya dalam exam A-Levelnya dan dapat fly ke India untuk further study dalam bidang Perubatan this September
  • Saya nak duduk umah baru (lambatnya nak tunggu pemaju call suruh ambil kunci.. hmm.. harap2 dapat beraya kat umah baru)
  • Saya nak berbelanja dengan berhemah, taknak boros2 lagi
  • Saya nak tingkatkan self confidence diri
  • Saya nak celebrate our 4th anniversary di restoran2 best (aik, tadi kata nak kurangkan berat bdn, ni nak makan best2 plak.. adoi.. ala sesekali takpe kot.. hehe.. our anniversary time bulan puasa, makan berbuka la nampaknya)
  • Saya nak jadi isteri mithali untuk Muhammad Helmi bin Rahim dan ibu yang baik dan penyayang untuk Nur Aqilah binti Muhammad Helmi & Nur Faqihah binti Muhammad Helmi
  • Apa lagi ek? Rasanya byk lagi.. ehehe

2 ulasan:

  1. banyaknya azam, norma azam awal tahun tak tercapai....he,he,he

    BalasPadam
  2. Ye la norma, azam awal tahun aini pun byk tak tercapai lagi.. eheheh.. buat azam je lebih, tercapainya tak tau ler bila..

    BalasPadam