Khamis, 18 Februari 2016

Luahan Rasa

As salam.

Hmm, tak tahu mcmana nak cakap. Tak tahu mcmana nak luahkan isi hati. Tak pandai nak bercerita dengan org sana sini. Mayb blog ni je la medium terbaik untuk aku meluahkan perasaan yang terbuku di hati.

Lately rasa mcm bekerja pun tak seronok. Bukan sebab surrounding kat ofis ni, surrounding kat sini ok. Kawan2 semua ok dan best. Mungkin perasaan hati ni membayangkan tugas kat sini dah tak syok kot. Aku dibayar gaji untuk laksanakan tugas, tak kira la tugas tu mcmana sekalipun. Kerja tu amanah, kena laksanakan seikhlas hati (muhasabah diri)

Dua anak dah bersekolah tahun ni. Memang agak penat. Mood bila penat mula la asyik nak marah je. Tapi aku bersyukur dikurniakan seorang suami yang cukup rajin. Kat rumah dia rajin memasak, basuh baju, sidai baju, mandikan anak2 dll. Kalau dpt suami pemalas mau nye aku tertonggeng buat semua keje rumah sorang2.

Pagi2 dah mengomel aku ni. Hmm mayb i need time for vacation. Jeles dgr kwn2 nak ke Phnom Penh, Korea, Jogja dll.. bila la peluang aku plak utk gi bercuti? Mayb next time, insyaAllah..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan