Sabtu, 15 Oktober 2011

Sekadar Peringatan Utk Diri Sendiri & Semua

Hati.. hati.. kadangkala hati ini sukar dimengerti.. hanya Allah tempat mengadu dan meluahkan segala yang terbuku di hati ini.. semoga hati ini akan sentiasa mengingati-Nya tidak kira di masa susah atau senang.. Jangan hanya di waktu susah sahaja kita mengingati-Nya, tapi di waktu senang kita melupakan-Nya..

Ya Allah, Kau jadikanlah aku dan keluargaku serta semua umat Islam di muka bumi-Mu ini sentiasa istiqamah mengerjakan solat.. Walau dalam apa keadaan sekalipun, solat seharusnya menjadi perkara utama daripada perkara2 lain.. Sebagaimana firman Allah Taala fi kitabihil aziz.. "Asta'inu bissobri wassolah.." (Mintalah pertolongan daripada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat..), maka hendaklah kita sentiasa menjaga solat 5 waktu, insya Allah hidup kita akan lebih terarah dan hati2 kita akan menjadi tenang..

Sebagai manusia biasa, aku juga tidak terkecuali mengenai perkara ini.. kadangkala terlalu lalai dan mengabaikan waktu solat.. dan solat juga tidak se-khusyuk yang diharapkan.. semoga aku dapat memperbaiki ibadah solatku hari demi hari dan sentiasa istiqamah untuk melaksanakan amalan2 yang diperintahkan oleh-Nya.. dan menjauhi larangan2-Nya.. insya Allah.. Amin Ya Rabbal Alamin..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan