Isnin, 29 November 2010

Coretan Hari Ini

Salam.. =)

Hari ni masuk lewat skit kat ofis sbb aqilah ada appointment klinik.. umurnya hari ni 1 tahun 7 bulan 6 hari.. hari ni aqilah diberi last injection bagi tahap baby.. skrg ni bukan main lasak lagi, berlari ke sana, berlari ke sini, kalau tak dikawal mmg diterjahnya semua bilik2 yang ada kat klinik tu.. kdg2 tu mmg hilang sabar jugak tapi kena la sabar menangani perangai dan kerenah anak yang semakin membesar ni.. aku ni jenis sabar skit, kalau ayahnya sure dah kena babab dah.. hehehe.. alhamdulillah aqilah dah recover drpd cirit-birit yang dihadapi last week.. semoga anakku akan sentiasa ceria dan bersemangat untuk meneroka pengalaman dunia kanak2 nya.. bila ye nak start ngajar anak mengaji?? insya' Allah nanti bila aqilah dah bole fokus dan menerima pengajaran, aku nak ajar dia ngaji, membaca, mengeja, mengira dsb.. insya' Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan