Selasa, 17 Ogos 2010

7 Ramadhan

Alhamdulillah.. kita telahpun memasuki hari ke-7 dalam bulan Ramadhan ini.. diharapkan juga ibadah puasa yang telah kita laksanakan akan diterima oleh Allah S.W.T.. insyaAllah

Sesekali teringat masa puasa zaman kanak-kanak dulu.. bila petang je dah tak bole buat keje, dok terlepek je kat atas sofa.. memang menghitung je waktu berbuka puasa.. bila azan je punya la tak menyempat terus ngap.. hehe memang kelakar.. tapi sekarang Alhamdulillah umur dah semakin dewasa, perut juga dapat menahan lapar dan dahaga serta dapat menghayati kesengsaraan dan kelaparan yang dialami oleh golongan yang kurang bernasib baik..

Di harap pada bulan Ramadhan kali ini aku dapat melaksanakan ibadah puasa dengan baik di samping ibadah2 lain.. kerana sesungguhnya pahala yang dijanjikan oleh Allah pada bulan ini amatlah besar (rasa rugi kalau tak grap peluang ni..) InsyaAllah harapanku semoga sentiasa istiqamah melakukan amal ibadah dalam hidupku.. ("Anda buat, anda dapat" ~ versi kata2 Ustazah Siti Nor Bahiyah.. :D)

Aku masih lagi teringat ayat yang diajar oleh guruku semasa di Sekolah Menengah dan insyaAllah akan sentiasa aku amalkan dalam hidupku..

Allahumma arinal haqqa haqqan warzuknat tiba'ah
Wa arinal bathila bathilan warzuknaj tinabah

Sekian, wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan