Isnin, 23 Ogos 2010

Iftar @ Hotel Seri Pacific

Assalamualaikum wbt pembuka bicara.. Alhamdulillah hari ni dah hari ke-13 Ramadhan.. dah nak masuk pertengahan Ramadhan rupanya.. aku pulak sejak semalam tak berapa sihat, asyik selsema, batuk je..

Jumaat lepas, aku ngan hubby berbuka kat umah mak, mak masak nasi lauk kari ayam, ikan goreng, ikan masin, ulam2an, roti jala makan ngan kuah kari ayam, bubur lambuk, tempoyak & sambal & pengat keledek.. wah, mmg kenyang sgt2 makan, cadangnya nak gi bazar ramadhan tapi memandangkan dah banyak lauk, kami pun cancel kan la niat tu.. lepas kekenyangan, abg pun pegi sembahyang terawih kat surau.. tapi tunggu punya tunggu, abg tak balik2 lagi, rupa2nya dia gi jumpa kawan dia plak kat wangsa maju.. adeh.. penat menunggu sebab dah ngantuk gaban, last2 balik umah dlm kul 12 tgh mlm..

Esoknya pulak, as usual lepas subuh masing2 terbongkang balik atas katil.. bila aqilah terjaga kul 10 lebih, baru la aku bangun buatkan dia susu.. sian aqilah mesti haus kejap je dah habis susu diminumnya.. hehe.. then kitorg pun bersiap2 nak gi jalan tar sebab nak cari baju raya aku & aqilah.. tapi baju raya aku punya la payah nak cari sebab banyak yg tak berkenan.. last2 beli baju raya aqilah je kat semua house.. hehe.. mesti comel anak ibu nanti pakai baju kurung di pagi raya.. ayah nak cari tudung utk aqilah tapi tak jumpa2 lagi.. lepas tu pulak kitorg balik sentul dulu sebab nak siap2kan aqilah sblm gi berbuka puasa kat Hotel Seri Pacific.. gathering member2 UiTM hubby ku..

Kat bawah ni ler gambo2 yang sempat aku ambik drpd foto org lain.. hehe




Ari ahad pulak, lepas zohor kitorg gi jusco cheras selatan.. aku beli sandal scholl, hubby pulak beli kasut keje valentino rudy.. setelah penat shopping yang tak seberapa, kitorg bertolak pulak ke Putrajaya berbuka puasa ngan member sekolah teknik hubby.. kitorg iftar kat Ceritera Lake Garden Cafe, Putrajaya.. fuhh mmg minggu yang meletihkan.. Tahun ni raya kat melaka dulu, mlm raya pertama plak plan nak buat bbq.. wah bestnya.. balik temerloh pulak mayb raya ke-4/5.. dok temerloh sampai sabtu sbb terus sampai majlis peruz kawin.. Aku dah apply cuti raya dah 8 - 19 sept.. bos pun dah accept.. wah bestnya..

1 ulasan: