Khamis, 29 Disember 2016

Selamat Datang Tahun 2017! Please Be Nice To Me :)

Assalamualaikum.

Pejam celik, pejam celik lagi 2 hari je lagi nk melangkah ke tahun baru 2017. Terlalu cepat masa beredar, begitulah juga putaran hidup ini. Setiap tahun semakin bertambah usia dan seharusnya juga amalan perlu ditingkatkan sebagai bekalan untuk ke alam lain nanti.

Macam biasa, sblm masuk tahun baru mesti ada azam baru. Walaupun azam tahun lepas tak semua tercapai, ada yg tercapai alhamdulillah, dan ada yang masih tidak tercapai insyaAllah akan diusahakan lagi dengan izin Allah.

Azam Tahun Baru :

  • Solat di awal waktu, jangan selalu qada' solat kecuali tertidur atau terlupa
  • Solat dhuha
  • Solat tahajjud (semoga aku kuat utk bangun kalau boleh di hujung minggu)
  • Galakkan aqilah solat 5 waktu sehari semalam, bagi semangat kpd faqihah sama (hmm kena beli lagi sepasang telekung utk diorg)
  • Rajin baca Al-Quran
  • Taat pada suami (kunci utk ke Syurga)
  • Bekerja dgn penuh amanah dan dedikasi
  • Ajar aqilah mengaji, faqihah dah boleh start ajar sikit2
  • Ajar anak2 pelajaran, English, hafazan dll
  • Banyakkan berzikir dan berselawat
  • Menabung (sikit demi sikit lama2 jadi bukit)
  • Diet (bukan sebab nak kurus je, tapi juga sebab selalu sakit lutut dan bila badan ringan senang nak beribadah)
  • Nak rajin tulis blog.. hehe 


Selamat tahun baru 2017 buat teman2 yang membaca blog ini. Semoga kita semua akan beroleh kebaikan di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan