Rabu, 28 Disember 2016

Bukit Gambang Resort


Assalamualaikum semua.

Hari ni dah 28 Disember 2016, 4 hari lagi sblm masuk ke tahun baru 2017. Cepatnya masa berlalu, setahun rasa sekejap je. Semoga kita akan melangkah ke tahun baru dengan azam baru dan keinginan untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

Alhamdulillah, cuti sekolah baru2 ni kami sekeluarga telah pegi bercuti di Bukit Gambang Resort pada 12 - 14 Disember 2016. Kami menginap di Arabian Bay Resort, apartment ni baru skit daripada Carribean Bay Resort.

Pagi2 selepas sarapan kami terus bertolak ke Gambang. Sesampainya di sana dlm kul 12 pm, kami ke Gambang Safari Park dulu sbb time check-in kul 3 pm. Seronok tengok bird show, binatang2 dan ronda-ronda naik bas tengok binatang2 yang dibiarkan bebas tanpa sangkar.





Setelah penat, masing-masing badan pun dah berlengas, kami pun check-in di hotel. Bilik hotelnya agak luas dan selesa. Lepas mandi, anak2 dah tertidur kepenatan.







Malamnya kami pekena Nasi Kukus Mama di Bandar Gambang. Terjumpa kedai ni masa isi minyak di Petron. Nampak ramai org kami pun try la, alhamdulillah mmg sdp..



Esoknya lepas breakfast kami terus bersiap2 ke Gambang Water Park. Taman tema nya agak luas. Aqilah dan faqihah mmg excited main air, arif je takut air skit. Hehe











Malamnya pulak kami ke Ana Ikan Bakar Petai di Kuantan. Perjalanan dlm 30 km. Lauk yg kami pilih ikan siakap bakar petai, pepahat goreng bercili, sotong goreng tepung, sata dan air kelapa. Harganya dlm RM120.00.


Esoknya selepas breakfast bwk anak2 mandi swimming pool dulu sebelum bersiap2 untuk check-out. Lps check-out kami pekena sekali lg nasi kukus mama. Hehe. Aqilah dan faqihah pun berselera mkn sbb ckp sdp..




Bergambar kenangan di pintu gerbang sebelum balik.. InsyaAllah bole dtg lg


Lepas tu plak kami ke Kedai Moksu Poksu di Kuantan untuk pekena sata, otak-otak dll. Mcm2 makanan ada, tapi tak larat nk mkn byk sbb dah kenyang, hehe.

On the way balik, jem teruk di Genting Sempah sbb ada lori terbalik. Punya la lambat kami smpai KL dlm kul 10 pm. Tapi takde rush sgt sbb amik cuti seminggu. Ngeee.. Bestnya bercuti. Plan for next year pulak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan