Selasa, 27 Disember 2016

Primaland Port Dickson

Assalamualaikum.

This is a throwback story sbb tak sempat nak upload dalam blog lepas gi short vacation ari tu.

Pada 3 hingga 4 september lepas kami sekeluarga bercuti di Primaland Port Dickson (nama asal Tiara Beach Resort). Plan pada mulanya nak ke Legoland, JB sebab berharap akan dapat tiket percuma slps afiq kumpul kepala akhbar Sinar Harian untuk 7 hari berturut2. Helmi pun dah siap book homestay di JB. Namun, nasib tak menyebelahi kami rupanya bila time nak collect tiket, tiket habis dgn sgt cepat sampaikan ramai gila org yg beratur semua frust kerana rasa seakan tertipu dgn jumlah tiket yang ditawarkan. Hmm entahlah kalau diorg tipu lantak diorg la. 

Disebabkan dah amik cuti, kami pun cari la tempat yang ada waterpark utk anak2 main air. And lastly decide pegi Primaland PD. Kat sini waterpark nye best cuma apartment nye biasa2 aje sbb apartment lama dan bangunan pun nampak dah buruk. Kami dpt apartment dgn harga RM220 dan tiket waterpark RM20 x 10 = RM200. Jadi jumlah semuanya RM440 untuk penginapan satu mlm dan waterpark satu sesi. Kalau nak 2 sesi waterpark kena byr tiket RM35 utk seorang. 

Overall ok la sbb tido semalam je dan anak2 pun happy. 
























Tiada ulasan:

Catat Ulasan