Jumaat, 30 Disember 2011

Kenangan dan Harapan

Wah, sedar tak sedar kita dah berada di penghujung tahun 2011 rupanya.. cepatnya rasa masa berlalu.. hmm apa ye perkara2 best sepanjang tahun 2011?

27/4/2011 - Saya melahirkan puteri kedua saya, Nur Faqihah binti Muhammad Helmi. Masih di HKL. Dan masih juga thru ceaser sama mcm kakaknya.. (dah overdue 5 hari dah time nih)

Pastu yang bestnya dpt 3 bulan cuti bersalin, best giler dok umah.. bila once nak masuk keje je mmg rasa berat nak tinggalkan anak2.. huhu.. masuk keje balik 27/7/2011

1/8/2011 - Bertukar ke Bahagian baru, Bahagian Rekabentuk dan Empangan. Antara wish list saya dulu ni, sebabnya dah 5 tahun di Bahagian Korporat, org lain sume dah bertukar angin, saya je yang masih bertapak di situ.. dok lama2 kat satu2 tempat tak berkembang nanti pengalamannya.. eheheh

Oktober 2011 - Kami dapat beli kereta baru.. suami nak sgt beli MPV, kami pun beli Toyota Avanza.. alhamdulillah..

Itu je rasanya antara perkara besar saya dlm tahun 2011, impian saya tahun 2012 pulak;

~ Saya harap dapat duduk rumah baru early 2012 ni.. pemaju kata supposed dapat duduk dalam bulan feb 2012.. uish mmg tak sabar ni.. bestnya nak deco umah baru

~ Saya nak apply untuk ambik Master. Insya Allah

~ Saya sgt2 berharap adik saya akan lulus dalam peperiksaan akhir A-Level dia di INTEC, Shah Alam.. Kerana result inilah yang bakal menentukan dia dapat sambung belajar di Manipal, India.. Ya Allah, perkenankanlah.. Amin

~ Saya doakan suami saya berjaya untuk peperiksaan Cert IT yang diidam2kan, Insya Allah

~ Saya kena ganti puasa 2 hari.. Ingat Aini!

~ Saya nak buat birthday party utk anak2 saya.. yg bestnya buat sekali je sbb sama bulan.. eheheh..

~ Saya nak bekerja rajin2, nak timba ilmu sebanyak mungkin

~ And last but not least, dan yang paling UTAMA, saya nak jadi anak, isteri dan ibu yang baik.. sentiasa hormati mak, abah, MIL, FIL, taknak dah gaduh2 ngan suami, dan taknak dah marah2 anak.. kena sentiasa COOL

SALAM TAHUN BARU 2012 BUAT SEMUA.. BERSAMA KITA MEMPERBAIKI DIRI KE ARAH YANG LEBIH BAIK.. INSYA ALLAH

4 ulasan:

  1. berusaha kak..kak aini yang lembut ni pun ada mrh anak? huwaaaa.. sy ni apatah lagi..

    BalasPadam
  2. hehehe, dulu anak sorg marah skit2 je reza.. bila dah anak 2 ni asyik cepat je nak marah.. kena ubah sikap akak ni..

    BalasPadam
  3. Xde doa utk aku pun....... (~ ~) hmmmmmm....

    BalasPadam
  4. hehe.. doakan juga yang terbaik utk ko.. dan semoga cepat2 dpt transfer ke semenanjung balik.. dan semoga ko dapat sambung Master, Insya Allah

    BalasPadam