Selasa, 8 Disember 2009

Raya, Konvo & KSU

Assalamualaikum..


Monday blues.. mcm biasa hari pertama memulakan keje.. Rasa mcm cuti sabtu ahad tak cukup je.. penat rasanya sabtu ahad ada org kawin.. cerita kali ni ttg cerita2 lalu.. Nak mengimbas kembali hehe =)


Hari raya aidilfitri tahun ni sambut kat melaka dulu, then baru balik temerloh sebab nak terus ngan majlis kenduri kawin samsul n anum. Rasanya kalau tak silap raya ke-4 balik temerloh. Time tu mak sorg je tinggal kat temerloh. Abah, along, dikyah ngan afiq dah balik sentul sebab along nak settlekan urusan pertukaran dia ke sandakan n dikyah plak nak keje..


Esoknya ada la skit2 tlg buat bunga telur, kopek kulit bwg dan sebagainya. Pastu aku rasa bosan plak, pastu kitorg 3 org aku, helmi ngan aqilah pun pegi bandor temerloh makan pizza hut..hehe.. Ni ler gambornye.. (org lain tak tau pun kitorg gi cekik pizza)..




pada 27/10/2009 plak kitorg gi konvo hanis kat uitm shah alam. Mak ngan ayah helmi pun dtg dari melaka tido kat umah dlm 3 hari kot kalau tak silap.. konvo nye start around 2.30 pm.. menunggu punya la lama naik letih rasa.. habis dalam kul 6 lebih.. aqilah pun dah sampai tertido2.. ni la gambor yg dpt tangkap masa konvo tu..





  ::Wah, tergelak besar aqilah tangkap gambar sebelah air pancut..::

konvo dikyah pun tak kurang hebatnya jugak, siap buat kat hotel istana, bukit bintang lagi.. bukan main lagi semua org siap kena pakai coat, abah ngan mak je dapat masuk dewan, aku helmi ngan aqilah menunggu kat luor dewan, bosan menunggu sempat gak kitorg pekena roti canai telur kat kedai mamak sebelah hotel.. hehehe..:p

semalam plak lepas je balik dari pegi org kawin, kitorg gi amik dokumen snp kat developer sentul murni sdn bhd. Lepas tu singgah jap kat kondo sentul utama, tgk2 progress pembinaan umah kitorg hehe.. pastu bwk aqilah tgk2 swimming pool, bukan main hepi lagi dia tergelak2 je dia bila kaki kena air.. hehe :)

Amboi, hepi betul dia kat swimming pool.. Sejuk je rasa air kat kaki dia tu.. :)


1 ulasan: